11/1/10 - 12/1/10 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 11/1/10 - 12/1/10
CIKGU SHIDA SERIOUSLY AWESOME ! Wajib tgk. hahaha.

CIKGU SHIDA SERIOUSLY AWESOME ! Wajib tgk. hahaha.

Siapalah cikgu shida ni kan. haha. mmg femes giler ah. siap fara fauzana myebut namanya di melodi pd ahad yg lepas. haha. sblm2 ni tak bminat pun nk nengok tapi entah la petang ni tgerak/tbukak hati utk menengok video klip nya. yaaaaaaaaaaaakkk!! mmg nakal/lawak ah. haha. teruss buat entry ni. hahahaa. Cikgu Shida nie,kira very sporting dan confidence dgn diri sendiri. lawak gak. pecah perut Cik An tgk cikgu ni miming. nak kutuk pun x bleh gak sbb ni hasil kerja seni dia. apa lagik korang, layannn ah!

Kalau nak tau, beliau kini adalah seorang guru yang sangat hot di Facebook dan Youtube. Beliau tidak perlukan promo gempak-gempak, gosip yang meliar dan undian sms bagai menggila, tetapi beliau hanya perlukan medium simple iaitu Desktop/ Laptop, headphone, Webcam, sambungan Internet dan Akaun Youtube.

3 characters in 1, the father, the mother and the Setan. haha. kreatif dan berani... cayalahhh!!!

tajuk lagu : kalau berpancaran

>
Happy 4 Month Engagament!!!

Happy 4 Month Engagament!!!




Alhamdullilah, syukur padaNYA, hari ini 30 November 2010, genap la 4 bulan kami btunangan.
Pada hari kami btunang tu, jatuh pd hari jumaat tau..
Skitar jam 3.45 rombongan lelaki smpai di rumah cik an :)
Sangat gementar ketika itu tau. itu lum nikah lagik, br btunang. tangan dh kesejukkan.
Esk2 nk kawen entah camne. haha.
Pada hari btunangan itu, kami bpakaian serba cream diiringi 5 bekas hantaran.
Dianataranya sbentuk cincin white gold, sireh, beaded chiffon, cupcakes bserta pulut kuning+bunga telur
manakala utk si dia dikasi sbentuk cincin bmata hijau+diomand, chocolate, kain baju mlayu, kain songket(sampin) dan jgk sireh.


semoge ikatan yg dibina ini kukuh buat selamanya
dan
terpelihara serta diredhai Allah SWT
malah
kasih sayang, kepercayaan, tolak ansur, kesefahaman & sifat saling menghargai dr kedua-dua belah pihak
dapat dijadi benteng dlm mengutuhkan lg ikatan ini
dan sentiasa bertambah kasih sayang antara kita dr hari ke hari


iringan doa akan sentiasa meniti di bibir agar
ianya mekar sentiasa
dan berakhir dgn ikatan perkahwinan agar ianya mampu menambahkan seri perhubungan ini kelak


selamat ulang tahun Mohd Khairi Abdul Rahman
terima kasih di atas segala kebaikan yg tlh dicurahkan
dan
maaf ku pohon jika ada kesilapan, keterlanjuran perbuatan selama kita berkenalan.

Buah Cempedak & Nangka. Anda Keliruu..?? Ya!

Buah Cempedak & Nangka. Anda Keliruu..?? Ya!

Slalu sgt keliru di antara buah nangka & buah cempedak. haha.
ya!! sgt keliru hinggakan saya x mengenali mana satu nangka, mana satu cempedak. terukk kan saya :(
Sememangnya 2 jenis buah ini adalah dalam spesies yang sama. Malahan bentuk buah dan pokoknya hampir sama.

Info Cempedak
Cempedak merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah Artocarpus champeden.


Info Nangka
Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.
Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan.


Berikut merupakan kedua-dua gambar buah tersebut. Secara kasarnya ia kelihatan sama je. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara cempedak dan nangka :-

1. Hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.
2. Buah cempedak lebih kerap digoreng dengan tepung manakala nangka pula sering digunakan untuk dimasak sebagai lauk hidangan.
3. Buah cempedak lebih kecil dari buah nangka

Sebenarnya perbezaan antara 2 buah ini tidak ketara.
Sekiranya anda mempunyai maklumat perbezaan antara cempedak dan nangka diharap dapat berkongsi bersama.

Sekian.
"Time is Money"

"Time is Money"

Saya tidak pernah mahu jadi seorang yang kaya atau jutawan, apa yang saya inginkan hanyalah sebuah sebuah kehidupan yang bahagia, senang dan mudah. Bebas bergerak kesana dan kemari disamping mempunyai masa untuk melakukan apa yang saya suka, pada waktu yang sama dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan.

Saya seorang yang serba ringkas, saya tidak suka hidup dalam keadaan yang berserabut. Anda...??


“Life goes on, you can always get whatever you want another day, when time comes or meet it purpose , just let it go and move on”.

Sinopsis Drama Putera Katak – Slot Lagenda TV3

Sinopsis Drama Putera Katak – Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda baru Putera Katak akan ditayangkan pada 29hb Nov ni selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.


Cerita ini mengisahkan Putera Amar(Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya,Putera Zadora(Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya.Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?Sama-samalah kita saksikan kesudahan cerita ini.



Episode baru drama putera katak ini bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.


Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama “Putera Katak” bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.
Weight loss tip

Weight loss tip

Today's weight loss tip: Use superglue as lip gloss. muahaaha.

boleh dikira tips jgk ke tu? opsss gurau sahaja. hihi tapi ye lah dalam kata lain, kuatkan diri dari mkn yg belebihan. mkn skadar mgalas perut bkn nya makan shingga kenyang x leh nk gerak2 dh. opss cik an x leh nk bg tips lebih2 sbb cik an sndiri mgalami masalah diet. x leh nk kuattt!! nafsu mkanan sgt2 la over. pantang tgk mkanan sedapppp!! kalau sedap mauu saja di abiskan :) hahaha

'Goreng tangan'..?? Goreng Pisang....???!!

'Goreng tangan'..?? Goreng Pisang....???!!


SERDANG: “Tiada rahsia atau petua yang saya amalkan untuk memastikan tangan tidak melecur atau luka, hanya dengan kalimah Bismillah selepas mendapat satu bisikan suara 11 tahun lalu,” kata peniaga pisang goreng, Hartini Maliki, 53.

Dia yang sudah 23 tahun menjalankan perniagaan pisang goreng mendakwa tidak pernah berlaku sebarang kecederaan atau luka pada tangannya walaupun sering berbuat demikian.

Mengimbas kali pertama menggoreng menggunakan tangan, dia berkata, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila terdengar satu suara berbisik menyuruh dia menggunakan tangan.

“Tanpa sebarang rasa ragu, saya terus mencelup tangan ke dalam minyak yang panas, malah berasa hairan apabila tangan saya tidak melecur.

“Sejak itu, saya tidak lagi menggunakan sebarang peralatan untuk menggoreng malah pelanggan saya mendakwa pisang goreng saya lebih sedap berbanding biasa,” katanya.

Hartini berkata, hasil daripada jualan pisang goreng yang sudah diusahakan sejak 23 tahun itu, dia mampu menghantar tiga anaknya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

“Dua orang anak saya sudah bekerja, hanya seorang masih belajar, namun saya tetap meneruskan perniagaan ini yang sudah menjadi sumber pendapatan kami sekeluarga sejak dulu,” katanya yang ditemui di gerai Sulawesi di sini, semalam.

Katanya, dia turut berterima kasih kepada kerajaan Sulawesi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kerana menjemputnya berkongsi kepakaran itu.



Rendam Tangan Dalam Minyak Panas Ketika Menggoreng Pisang Keistimewaan Ta Nou

Oleh Ahmad Fuad Yahya

GORONTALO (SULAWESI), 17 Jan (Bernama) -- Warung Pisgor (pisang goreng) Ta Nou di Jalan Raja Eyato di sini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kebolehan penjualnya memasukkan, mengalih dan mengangkat pisang goreng daripada dalam minyak yang panas menggelegak hanya dengan tangan tanpa ada kesan melecur.

Keistimewaan yang dimiliki oleh Ta Nou, yang bererti wanita kesayangan dalam bahasa Gorontalo ini, menyebabkan jualan pisang gorengnya semakin laris dan menambahkan rezeki bagi keluarganya.

Beliau juga boleh meletakkan tangan ke api tanpa meninggalkan kesan terbakar atau melecur.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang dibawa Gabenor Gorontalo Ir Gusnar Ismail ke warung itu malam tadi, kagum dengan kebolehan Ta Nou dan mengundang beliau untuk menunjukkan keistimewaan itu di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan Malaysia (Maha) November ini.

Berusia 52 tahun, Ta Nou, yang nama sebenarnya Hartin, berkata kebolehan itu diperoleh pada satu malam 10 tahun lepas setelah beliau mendengar bisikan suara wanita di kedua-dua belah telinganya, ketika sedang menggoreng pisang di warungnya itu.

"Bisikan suara itu berkata 'ayo balikkan dengan tangan pisang goreng', lalu saya dengan yakin membaca Bismillah dan membalikkan pisang goreng itu dengan tangan dan ternyata saya boleh berbuat demikian tanpa rasa sakit atau sebarang kesan pada kulit.

"Saya terus mengucapkan Alhamdulillah dan sejak itu selama 10 tahun ini saya boleh berbuat demikian tanpa sebarang masalah," katanya kepada Bernama.

Ta Nou, ialah kata singkatan kepada tante yang bererti puan dan nou kesayangan. Beliau akan menjual goreng pisang di warung itu setiap malam selepas solat Maghrib.

Ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana kelebihannya itu dapat menambah rezekinya hampir sekali ganda dan membantu suami membesarkan anak-anak.

Bekas gabenur Gorontalo Ir Fadel Muhammad telah juga membawa beliau ke Jakarta, Yogyakarta, Ambon dan Perancis bagi menunjukkan keistimewaan Ta Nou kepada masyarakat di luar Gorontalo.

Fadel kini menyandang jawatan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia.

"Saya juga dipelawa untuk mengikuti beliau ke Australia tapi tak boleh berbuat demikian kerana ketika itu cucu saya sedang sakit," katanya.

Ta Nou berkata sepanjang 10 tahun beliau menggoreng pisang dengan tangannya itu, beliau dapat merasai ada beberapa cubaan ilmu sihir untuk menggagalkan kebolehannya tetapi semua cubaan itu gagal.

Ta Nou gembira mendapat pelawaan Noh untuk ke Malaysia dan berharap dapat menunaikan undangan itu apabila tiba masanya nanti.

Bagi pengunjung Maha, peluang menyaksikan penampilan Ta Nou, wanita kesayangan Gorontalo pada November ini, adalah sesuatu yang tidak harus dilepaskan.

Doa Apabila Mendengar Guruh!

Doa Apabila Mendengar Guruh!

Guruh dan petir pun turut mengeluarkan iramanya.
Bunyi guruh yang begitu kuat,amatlah kuat.
Segera beristighfar.
Di sini cik an titipkan doa apabila mendengar guruh dan petir,



Antara doa lain ialah,
Ya Allah,ya Tuhanku,janganlah bunuh kami dengan kemurkaanMu,dan janganlah membinasakan kami dengan azabMu,tetapi sejahterakanlah kami sebelum itu.

Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut,kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah.
Insya Allah.

DOA APABILA MELIHAT HUJAN
Doa 33
Hujan bterusan di kota bharu!!

Hujan bterusan di kota bharu!!


hujan non stop. mlm neh disertai guruh plak tu! ujan itu rahmat . jangan merungut . jangan menolak . tak elok . dulu time panas panas , semua bising . kata panas gila. haha. Kilat sabung menyabung, guruh dentum berdentum.bunyinya sangat kuat!!!!!! kalau hujan non stop boleh jadi banjir lah. insyaALLAH kawasan perumahan cik an neh x penah dinaiki air lagik.


Disbbkan hujan yg tlalu lebat ini, astro mula la bermasalah oke. mula x nampak siaran, services currently not available. huuwaaaaaaaaaa.. nsib la incik internet & lappy ada menemani ku! :P
Semakin lebat~~ Wanna stop dulu dulu. Guruh manakotkan saya!!



Bagaimana dengan tempat anda ya?

Ya Allah..Biarkan kami sentiasa bahagia!

Ya Allah..Biarkan kami sentiasa bahagia!


Kami Bahagia. ALhamdullilah sgt bahagia.
lagik 3 hari masyuk la 4 bulan kami btunangan. wah kejap nyer masa blalu. tut2 dh hampir 4 bln. cepat jek kan. ish ish. Minggu ni yang paling best disbbkan 3 hari turut2 kami btemu. utk mkn2 bsama, kuar ke mall sesama & ke ekspo sesama. hihi. Sgt best bila ditemani oleh org yg kita sayang!
Alhamdullilah my parents smakin sporting oke. tapi ada jgk psanan dr my mum, kumpul2 duet tu utk kawen esk2. haha. baik mak! :) any sponsorr? hahaha


Makan2 di Red Warrios Station!

Makan2 di Red Warrios Station!


Haaaa kat sini nk share total utk makan2 di the red warriors station ya.

chicken chop+lamb Chop+kueteow lakna+mee goreng+apple blended+bandung cincau+air kosong.

total : RM 47.

Amamcam? harganya biasa2 saja oke. normal dh kalau ke kopitiam skitar rm 50. 2 plate utk mkn2 n 2 bukus utk dibawa pulang.

mee lakna & kueteow lakna tu price, rm 6 each. so total : RM 12

apple blended tu harganya rm 6

bandung cincau, rm 3.50

air kosong, rm 0.50

chicken chop bharga rm 10 manakala lamb chop bharga rm 15

The Red Warriors Station KBharu!

The Red Warriors Station KBharu!


The Red Warriors station @ KTC ini terletak di bangunan Kelantan Trade Centre dan bersebelahan dengan Perdana Medical Centre. Harga mkanan2 kat situ biasa2 jerk. standard price spt kopitiam2 lain. dari segi rasa nk kata telalu best jauh skali. bole la beb kalau lapar kan. hehe.

Dengan hiasan dalaman yang banyak menampilkan perihal bolasepak Kelantan hinggakan menu makanan dan minuman pun berlatarbelakangkan individu2 daripada skuad 'red warriors' itu. Selain itu terdapat juga sudut jualan cenderamata pasukan tersebut untuk untuk anda jadikan ianya sebagai kenang-kenangan.

Bagi sesiapa ingin mencuba boleh la ke sana. x de paksaan utk mcuba. tepuk dada tanya slera. hihi

THE RED WARRIORS STATION

http://www.facebook.com/trwcafe

Restaurant Manager:
Ms Nik Rozianee

Location:
Kota Bharu, Malaysia, 15200
Phone:
+6097473332 / 30
Mon - Sun:
9:00 am - 1:00 am
Tepung Malas aka Cucur!

Tepung Malas aka Cucur!

Kat kampung cm orang tak panggil cucur tapi panggil "tepung Malas".Agaknya kuih ni sangat senang nak buat......malas pun boleh buat hehe. ...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, serbuk penaik telur,udang segar,garam, kucai & tauge. tapi kalau nk letak carrot lagik chantek.!! ....
Bancuh kesemuanya dan perap sekejap sebelum di goreng.Senang saja kan.. konfirm sedap dimkn waktu2 petang.

Info tbaru dari Nuffnang. System Message - Duplicated earnings issue.

Info tbaru dari Nuffnang. System Message - Duplicated earnings issue.

Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us.

Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Most of nuffnangers hilang earnings mereka.. harap bersabar.. apa kata kita tingkat kan lagi usaha~ mana tau, lepas ni rezeki makin banyak ke? gudluck!! khilangan rm 1 :( huuwaaaa..

Heran jgk kemana hilangan duet rm 1 neh. wah bkira ok walaupun rm 1. tut2 check email dapat pulak email dari incik nuffnang. apa pulak emailnya kali ini. taaa daaaaaaaaa rupa2nya ada masalah teknikal dan ditarik balik duet tu. sobsob.!

Sedey2 pun tetap bsyukur tiada pemotongan yg banyak kan. ok la. apa pun Nuffnang - Asia's First Blog Advertising Community .... Terbaik!!!!!!

2Day, Last day!! Ekspo Cheng Ho di KBharu.

2Day, Last day!! Ekspo Cheng Ho di KBharu.

25 November 2010, kami bdua ke ekpso cheng ho yang blansung dari 21hb shinggalah 26 nov iaitu hari ini. hurm kiranya ari ni last day la beb. Kebanyakan pmeran/barang2 yang ada skitar ekpso itu didatangi dari negara china.
Ramai giler org yang ke pameran/ekspo itu tapi kami bdua merasakan x de la best sgt. punya la khemah dia rang tu besar2 giler tapi ish ada sumthing yg x dpt mnarik minat kami bdua. ada kekurangan skit kut. x happening walau ramai. aik kalau ramai x kira happening ker? muahaha.

Kami bdua bkesempatan jgk la utk melihat Kaligrafi Quran Cina yang terpanjang di dunia! 3 1/2 masa yang diambil olehnya untuk menyiapkan kaligrafi ni. Kaligrafi Quran 30 juzuk sepanjang 260 meter. Untuk pgetahuan korang la yerk, penulis itu bukanlah seorang Muslim.

Tawaran Terbaikkk BB hanya di Ekspo Cheng Ho!!

Tawaran Terbaikkk BB hanya di Ekspo Cheng Ho!!

Hi Smua nya!
Skadar nk share info bg penduduk/rakyat kelantan/kota bharu yg bminat dengan bb.hihihi..
Hanya di Ekspo Cheng Ho tau! ala yang di stadium kota bharu tu lah. angguk2 pala tanda paham oke! hihii.
Bagi sesiapa yg ingin memiliki bb torch, dengan rm 1088 sahaja. tapi downpayment haruslah, rm 200 yer! package nyer rm 188 sbulan. murah giler beb. tapi 2 masalah jek kalau pakai torch ni. batery nyer kurang tahan ok. lebih kurang 4 jam je boleh tahan. slide dia mudah bmasalah dan jgk torch screen nyer. telebih aktiv. tp x tahu la, orge celcom tu yg cerita. kalau dia rang tipu, cik an jd tipu korang gak ler. haha
Bb bold 9700, hanya rm 588 shj. sama gak downpayment dia tetap dgn harga rm 200 jgk! hurm utk bbb 9780 plak lum ada di pasaran celcom kb. x sure bila akan kuarnya edisi tbaru neh.(sbenarnya cik an tminat dgn 9780 pulak dh bila dh tahu kelemahan torch 9800) hihi.
Manakala bb 8520 tu pcuma oke, cuma bayar downpayment nya tetap dengan rm 200. best tu! best sbb free kan cuma bayar bulan2 jerk. ala brapa sgt, hanya rm 188 oke! tp x best tang cmera tu la. 2.0mp shj! ish! cik an amat penting kan dari segi cmera! pentingg as blogger tu! haha.

Amacam, menarik bukan. so sesiapa yang teringin nk memakai bb boleh la ke booth celcom skg. tapiiiiiiiii shingga hari esk, jumaat 26/11/2010 oke!!

Alamakk!!!!!!! esk dah last day la beb. cepat sblm tlambat!!!
AArrgggggg Incik Celcom! x baek tau wt cam gini :(

AArrgggggg Incik Celcom! x baek tau wt cam gini :(


Line phone di block. aiya sekat dulu br la incik celcom tehegeh hegeh send sms bg 'sms peringatan'. x de guna nya okey! x suka service cam gini. sblm d sekat sila la send sms awal2 ok.
pangilan di sekat kerana telah melebihi had kredit (credit limit RM 150) tapi bila dpt sms peringatakan yang creditku mencecah RM 275.90. Muahahaha. boleh gitu? limit rm 150 tapi bill ku nk cecah rm 300..???

Buat apa di setkan credit limit kalau pengguna boleh menggunakan lebih dari had yang di tetapkan. Memang nak cekik darah Celcom ini. oke2 saya x nafikan yg sy menggunakan scara aktic utk talian internet. maklum la hp baru. btenet pun sedap tapi incik celcom patutnya sekat la awal2 kan. biasa la kita sbg pengguna, guna mmg la sedap x ingat donia, mana la nk tahu yg kita dh telebih over limit. kalau dh melebihi limit spatutnya potong jerk awal2. kan senang cerita. huhu. Bkn nya x mo bayar ke apa tapi rasa myusahkan pulak.

Bayangkan kita urgent nk guna tut2 phone x leh nk digunakan. camne tut!! huuwaa. x dapat bayangkan ok. mintak dijauhkan dari sgala bahaya lebih2 time tu phone di potong tanpa di sedari.

* incik celcom, awk jahat lah!!

BlackBerry Bold 9780 vs. BlackBerry Torch 9800

BlackBerry Bold 9780 vs. BlackBerry Torch 9800

Everyone has heard of BlackBerry’s two latest phones, the BlackBerry Bold 9780 and the BlackBerry Torch 9800. I was became very interested in both of these phones, so I decided to compare the two BlackBerrys.

BlackBerry Bold 9780:

The BlackBerry Bold 9780 has everyone buzzing about it.

  • 2.44″ 65K Colors Screen
  • Full Qwerty Keyboard
  • Touch-Sensitive Trackpad
  • 256MB Internal Storage
  • 512MB RAM
  • microSD Up to 32GB (2GB Included)
  • 5 Megapixel Camera with LED Flash
  • Video Camera
  • BlackBerry OS 6.0
  • 624MHz Processor
  • 528h Stand-By
  • 6h Talk-Time

The BlackBerry Bold 9780 has everything that every BlackBerry user loves plus a great camera. This phone has already been a great success in Canada.

BlackBerry Torch 9800:

  • 3.2″ 16M Colors Touch Screen
  • Full Qwerty Keyboard
  • Optical Trackpad
  • 4GB Internal Memory
  • 512MB RAM
  • 512MB ROM
  • mircoSD Up to 32GB (4GB Included)
  • 5MP Camera with LED Flash
  • Video Camera with 24fps
  • BlackBerry OS 6.0
  • 624MHz Processor
  • 432h Stand-By
  • 5h 40m Talk-Time

The BlackBerry Torch 9800 has specifications that are almost the exact same to the BlackBerry Bold 9780. The only main difference is that the BlackBerry Torch 9800 has a touch screen.

My Opinion:

I think that if you like the touch screen phones, go purchase the BlackBerry Torch 9800. If you don’t really want or need the touch screen, I would go with the BlackBerry Bold 9780. The BlackBerry Bold 9780 is predicted to be a lot more successful than the BlackBerry Torch 9800.

'Queen Sized' movie offers a trite-and-true lesson on bullying

'Queen Sized' movie offers a trite-and-true lesson on bullying

Nikki Blonsky in 'Queen Sized,' about intolerance in high school

the kind for whom just being pretty and popular and getting almost everything they want isn't enough. They also need to belittle people like Maggie, by nominating her for homecoming queen as a humiliating joke.

At first crushed, Maggie listens to friends who tell her to fight back, and eventually she locates her own backbone. She makes a couple of bad mistakes, but she finds something else: a silent pool of people who also resent bullies and will, if given the chance, reject them.

That's a good message, though it doesn't make for a lot of subtlety anywhere in the film. Maggie's eating problem is dramatized, for example, by having her open the freezer and pitch everything onto the floor until she finds her target half-gallon of ice cream.

The best part of the film, by far, is the loving but uneasy relationship between Maggie and her worried and frustrated mother, played by Annie Potts.


An overweight girl, Maggie Baker, is elected Homecoming queen by the mean girls in the high school.

Liz overhears and decides to nominate Maggie as a joke. The joke is on her though as many students get excited about Maggie being the queen, including Tara, who is, of course, nominated herself. Maggie easily collects 160 signatures to put her on the ballot (twice as they are stolen the first time around) and becomes an official nominee. Maggie starts campaigning but gets upset one day when she sees Tara's posters out in the hallway and imagines her mom praising Tara's thinness and beauty. She runs home to find comfort food. Meanwhile Liz vandalizes Tara's posters so the principal will think it's Maggie and take her out of the race. The plan does not work and Tara begins to suspect that her best friend is trying to sabotage Maggie. At voting time Maggie wins Homecoming Queen, and the popular clique is shocked and rudely sit and glare at Maggie, but Tara looks genuinely happy for the plus-sized beauty queen.

It is later revealed that Tara voted for Maggie and not herself. Maggie is bombarded with offers from the press who wish to discuss the experience with her. However, the popular kids are not ready to accept Maggie's win without a fight and plan to get her to resign. Tara's boyfriend Trip (Kyle Russell Clements) and Liz plot to ruin Maggie's homecoming float. When Maggie sits on it the float busts, making it look like Maggie's weight broke it. Tara is outraged and breaks up with Trip. She also discovers that Liz only hangs out with her because she's popular and ends their friendship. The other popular girls stop speaking to Liz as well. Maggie goes on television to discuss her win but comes off sounding rude and ungrateful towards her friends and supporters. She has also been ignoring Casey who has been trying to ask Maggie for advice on whether or not she should consummate her relationship with her now boyfriend.

Angry, Casey spews out some harsh insults and Maggie shoves her into a row of bikes, getting herself suspended. Maggie has alienated from her friends and no longer wishes to be Homecoming Queen although the school tells her she can. Maggie realizes that she plays the victim and that her harshest critic is herself. She decides to go through being Homecoming Queen even though the reception will most likely be bad and asks Louis to be her King. She reconciles with both her mom and Casey who eagerly cheer her on at the game. Although many people boo her a lot of people cheer for her too. Maggie realizes that she not only won Homecoming Queen but she changed herself as well.

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com