9/1/11 - 10/1/11 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 9/1/11 - 10/1/11
Membeli belah Buku scara ONLINE!!?? ;P

Membeli belah Buku scara ONLINE!!?? ;P

Trasa nk beli buku scara online shj. Korang2 dh biasa ke beli buku scara on9 ni? Heee kalau brg2 lain tu pernah la mcm tudung,handbags,cake lapis bla bla bla tapi buku lum pernah lg ni.
Bukan apa dh merata an cari buku yg an mahukan ini di sekitar kota bharu. tapi kesemua kedai buku tidak mjualnya. Entah kenapa. Ann rasakan buku ini sgt bagussss tau.
Buku ini dr syarikat Pelangibooks. Huhh... Ann tekad sudah utk membelinya. Smoga ia smpai dgn slamatnya.

Buku apa yg Ann maksudkan itu? Nanti tunggu, dh smpai pasti Ann kongsikan kepada semua. Choww dulu.. Daaaa...

Air Asia - Fabulous deals, flying from 7th – 31st October 2011!

Air Asia - Fabulous deals, flying from 7th – 31st October 2011!


More reasons to celebrate with this weekend! Check out our Fabulous Fly-day deals for this week to plan for your next holiday! Singapore, Penang, Bali, Chiang Rai and many more for all-in-fare from only RM39 one way, flying from 7th – 31st October 2011!

These Fabulous deals are only available tomorrow 30 September 2011, from 11am – 4pm (GMT+8)! Remember to book it @ www.airasia.com!

Don't forget to share this fabulous news with your family and friends!

* Alangkah indahnya kalau dari Kbharu.

14 weeks pregnant

14 weeks pregnant

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran
Sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

Sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.



Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

wallahu a'lam.
Congratulations of new born BABY!

Congratulations of new born BABY!

Wahhhhhhhhhhhhhhhh... tiada yang lebih indah bila selamat melahirkan anak. ewahhhh.. bukan saya lah.. tapi my frenz, Syasya aka Cha ;P
Msihkan korang2 ingat akan entry yang ada gamba si kura2 itu. haaaaa dia lah orgnya.
Alhamdullilah slamat mlahirkan baby boy yg smestinya comel itu. Lahir pada 27sept 2011. Jam 8.30 mlm.. Seberat 2.97
kg.. Tahniah Cha cayunk...!! Alhamdullilah, si dia bsalin scara normal. psssttt!! nanti leh la citer serba skit pgalaman yerp cha. May god bless the new born with health, wealth and happiness.
Sumber gambar : http://lakaranhatii.blogspot.com ( pohon share utk tunjukkan kpd kekawan cha yg lelain )
Siapakah yg an maksudkan ini : http://hijaucantik.blogspot.com/

*huhuhu~~ tak sabarnyaa nak ada anak sendiri.. woauuu. heeeee....

Bila Ann masuk Stadium..GOLL!!! itu yg bebaloi nya kalau masyuk!

Bila Ann masuk Stadium..GOLL!!! itu yg bebaloi nya kalau masyuk!

Kelantan berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 mengalahkan Felda United dengan kedua-dua jaringan adalah dari Norshahrul Idlan Talaha. Berikut merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Piala Malaysia 27 September 2011 :

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2011

Kedah ( 1 vs 1 ) Perak

Johor ( 1 vs 4 ) Sabah

Terengganu ( 0 vs 0 ) Negeri Sembilan

KL Sime Darby ( 0 vs 1 ) Selangor PKNS

Kelantan ( 2 vs 0 ) Felda United FC

Johor FC ( 3 vs 1 ) Sarawak

Selangor ( 2 vs 1 ) Kuala Lumpur

PDRM ( 0 vs 6 ) T-Team


* Inilah kali pertama Ann menonton bola sepak scara live/didalam stadium. Slalunya nengok bola depan tb jerk. heeee. bkn slalu jgk pun. Sejak akhir2 ni shj.
* Frust nya apek x de main smalam, nasib la talaha adow oke! heeee....
* Jgn pulak korang wt andaian yang baby Ann kandungkan ini smestinya lelaki sbbnya Ann sndiri yg nk g tgk. Ye lah dh incik suami ajak kan, peluang tu. bila lg nk masyuk stadium ni. Betul takk.......??? Nk jgk merasa/nengok scara lansung.

NUFFNANG BAGI BUFFERED EARNINGS KE-7

NUFFNANG BAGI BUFFERED EARNINGS KE-7

Alhamdullilah, minggu ni BE meningkat/bertambah tambah. heeee suka.
Korang jgn jeles ek, esk2 pasti BE korang pun turut meningkat cam gini. Walaupun x smpai angka 10 pun tapi dh syukur memanyak dh ;P
  1. Celcom Channel X Thematic
  2. Wrigley 5 Gum FB Game Launch Sept
  3. Sony E-Mount NEX-C3
  4. DiGi Super Reload Social - Scratch & Win (Beauty)
  5. Neutrogena Ageless LR
  6. Shell FuelSave Day
  7. Shell FuelSave Day
Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.

Penghujung Cintaku

Penghujung Cintaku



Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang milikiTiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Habis spinggan ;P

Habis spinggan ;P

Asam laksa

Asam laksa is a sour, fish-based soup. Asam (or asam jawa) is the Malay word for tamarind, which is commonly used to give the stock its sour flavor. It is also common to use "asam keping" also known as "asam gelugor", dried slices of tamarind fruit, for added sourness. Modern Malay spelling is asam, though the spelling assam is still frequently used.

The main ingredients for asam laksa include shredded fish, normally kembung fish or mackerel, and finely sliced vegetables including cucumber, onions, red chillies, pineapple, lettuce, common mint, "daun kesum" (Vietnamese mint or laksa mint) and pink bunga kantan(ginger buds). Asam laksa is normally served with either thick rice noodles or thin rice noodles (vermicelli). And topped off with "petis udang" or "hae ko" (蝦羔), a thick sweet prawn/shrimp paste.

Variants of asam laksa include:

  • Penang laksa (Malay: Laksa Pulau Pinang), also known as asam laksa from the Malay for tamarind, comes from the Malaysian island of Penang. It is made with mackerel (ikan kembung) soup and its main distinguishing feature is the asam or tamarind which gives the soup a sour taste. The fish is poached and then flaked. Other ingredients that give Penang laksa its distinctive flavour includelemongrass, galangal (lengkuas) and chilli. Typical garnishes include mint, pineapple slices, thinly sliced onion, hε-ko, a thick sweet prawn paste and use of torch ginger flower. This, and not 'curry mee' is the usual 'laksa' one gets in Penang.


http://en.wikipedia.org/wiki/Laksa
* Shedapp!! Kuahnya pekat. Harganya sgt murah hanya rm2 sbungkus.

13 weeks pregnant

13 weeks pregnant

Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

Majlis Part 1 Selesai.

Majlis Part 1 Selesai.

Hi. Selamat malam semua.
Alhamdulillah tadi selesai sudah majlis pertunangan adik ipar Ann iaitu Dikna Aka Nur Azrina. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Mmg agak tekejut d psiapan dl m msa sminggu je tau. knapa agak tgesa2 yerp? Hanya tuan punya bdn jerk leh mjawabnya. hehe. Salah satu nya ialah disbbkan umi/abah akan ke mekah tidak lama lg, jadi nk settle2 je lah majlis yg baik ni.
Kdatangan pihak laki dari terengganu didatangi smanyak 4 buah kreta.
Tarikh 24 September 2011
Jam : 11.45 Pagi

Diharap selepas ini hubungan pertunangan ini akan bertukar menjadi perkahwinan secepat mungkin. Dan tahniah sekali lagi.


Mcdonald's Dessert - Apple Pie

Mcdonald's Dessert - Apple Pie

Crispy pie crust with tasty apple chunks.
Sabtu lepas belikan mak ayah pie neh. Dah lama dia rang x mkn menda neh. Kami bdua apa lg masyuk ke mekdi utk membeli ice cream cone & mc'flurry oreo lah ;P hihi...

*Promosi GCB sudah tamat lorr, frust!!!!
MIL/FIL bakal ke MEKAH bulan hdapan, Alhamdullilah.

MIL/FIL bakal ke MEKAH bulan hdapan, Alhamdullilah.

Nampaknya hajat my MIL/FIL nak ke Mekah tahun ini. akan tertunai. Insya Allah pd 5hb October 2011. InsyaALLAH mereka akan berangkat dari Sultan Mahmud Airport serves the city of Kuala Terengganu, Malaysia. The airport is 15km from the city centre and handles over 487,000 passengers per year.

The airport is currently being upgraded to an international airport and seasonal flights do operate to Guangzhou (AirAsia) and Jeddah and Medina (Malaysia Airlines). Domestic flights operate to Kuala Lumpur, Penang and Subang.

Tahun ini, 27 ribu jemaah Malaysia akan menunaikan haji berdasarkan kuota yang diluluskan kerajaan Arab Saudi.
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan


Lokasi restoran ini terletak dalam kawasan tumpuan pelancong iaitu Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf.

Restoran ini menyediakan masakan tengah hari yang meyelerakan seperti asam pedas ikan patin, gulai darat ikan keli, ikan dan daging singgang, sayur masak lemak, ayam dan ikan keli goreng berempah serta ikan bakar dan beraneka jenis ulam. Tidak lengkap sekiranya tanpa budu dicampur perahan limau nipis, tempoyak, mangga muda dan cili padi.

* Stelah bebulan bulan x datang mkn ke sini, kami bdua bsetuju utk makan tgh hari pd sabtu lepas. sabtu lepas tu maksudnya br jek kelmarin ok. keke. kiranya x lunch di rumah loll...
* Ramai giler yang datang utk mjamu slera di situ.
* Pehhhhh kenyang giler oke..!!!!!!!! abis la rm 20 tmasuk air ;P mahal ke murah ya?
(tmasuk lauk ayam grg,sayur lemak, sayur cuk paku, ikan patin,ikan panggey tawar, budu & air sirap bandung)

12 weeks pregnant!

12 weeks pregnant!

Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing.

Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.
Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi.

* 12 minggu bsamaan 3 bulan, wah cepatnya masa bjalan kan... Huhu.

Tercari Cari... Anda tahu??

Tercari Cari... Anda tahu??

Majalah Mami & Baby Malaysia

Ini lah majalah pertama yg kami belikan spanjang 3 bulan hamil neh ;P
Majalah Mami & Baby
Menarik, banyak info yg dapat melalui majalah ini. Keliru tau sama ada nk beli Pa Ma or Mami & Bayi neh. Tapi Ann amik Mami & Bayi dahulu. Esk2 kita beli plak Pa Ma plak. Heee.. Lg pun x rugi kalau kita membeli majalah2 sbegini. Yang x tahu apa2(zero) ada jgk la ilmu kan.
Korang2 ada syorkan majalah2 yg sesuai ker?
Utk pengetahuan korang2 an tgh mcari satu buku bertajuk
" BUKU PANDUAN LENGKAP PENJAGAAN IBU & ANAK "
Publisher : Penerbitan Pelangi
Main Category : Family & Health

Merata2/semua kedai buku sekitar kota bharu neh an masyuk tapi kesemuanya kata x de buku ni. Aiii kenapa la susah sgt ekk nk membelinya. An ada tengok2 kt internet yg buku ini sgt la bagus/sgt tperinci tau. Sgt2 mahukan buku ini. Korang2 ada perasan ke kt mana buku ini dijual di kota bharu atau luar/tempat2 korang? Kalau tidak tpaksa la membelinya di internet. heeee x pernah lg beli buku mlalui internet neh, kalau tudung2,biskut&cake tu pernah sgt lah :P

Buku Panduan Lengkap : Penjagaan Ibu dan Anak merupakan terjemahan daripada buku The Complete Book of Mother & Baby Care. Pengarang buku ni ialah Elizabeth Fenwick.
  • Panduan praktikal berilustrasi yang lengkap bagi penjagaan anda dan anak anda - dari tempoh kehamilan hingga usia anak tiga tahun.
  • Buku bayi pertama yang benar-benar menunjukkan cara penjagaan bayi, selangkah demi selangkah, kepada anda.
  • Dikemas kini sepenuhnya untuk memberikan maklumat terkini bagi ujian antenatal serta panduan terbaru bagi nutrisi, keselamatan waktu tidur, dan pengimunan.
  • Direka bentuk dengan teliti untuk rujukan yang mudah dan cepat serta diilustrasikan dengan lebih daripada 800 gambar foto berwarna.
  • Menyediakan penyelesaian secara langsung dan wajar bagi semua masalah yang kemungkinan besar akan anda hadapi.
Chipster!

Chipster!


A potato chip with personality? It’s about time!

Twisties, has finally done it. Breaking into the potato chip market with the launch of Chipster, their first line of potato chips, the distinctive black bag tears open to release crisp chips with a whole lot of personality.

Made from 100% Australian potatoes, the delicate Chipster potato chips come thinly sliced for a big burst of taste with their five exciting flavors – the classic Original, zesty Sour Cream & Onion, fiery Hot & Spicy, smokin’ Flaming BBQ and tangy Tomato Tornado.

Eating Sandwiches!

Eating Sandwiches!

Lama2 x mkn sandwich sardin. heeee sedap ;P mudah jerk. Sardin,lada merah,tomato,bawang besar, timun, limau nipis & garam scukup rasa. 2 keping abis dimkn, yummy.. Mmg elok dimakan utk sarapan makan mahupun makan petang bsama kluarga tcinta!

TQ SYASYA aka CHA CAYUNK!!! I LOVE YOU...

TQ SYASYA aka CHA CAYUNK!!! I LOVE YOU...

Comel kan sicomel ni. Nama lg comel mesti la comell kan ;P kikikiki...
Si comel neh adalah pmberian oleh salah seorang cust aka my frenz yg brada di kolumpo sana.
Walaupun kami bdua x pernah bjumpa satu sama lain,tp ikatakan psahabatan still leh on. hehehe
Untuk pngetahuan korang2 la kan, Ann mmg dh lama sukakan patung neh. Keinginan utk memiliki tu mmg ada tapi tangguh2 aja dulu. Nsib baek jgk x belinya, tup2 smpai sekor kt rumah neh. Nasib la si comel neh x leh gerak2, maunya gerak2 di pintu rumah. Larikkk jgk! Ye lah tetiba pulak, mana pulak datangnya. keke. kikikiki. Tgh hari td, datangnya si uncle posmen pos laju utk mhgantar parcel. firasat ku sudah mgatakan parcel itu pastinya/datangnya dari Syasya(CHA). Cuz dia slalu kata nk pos brg/adiah spena kahwen/besday. hihihi. Jadi dapat jerk bungkusan itu, kannnn betul jangkaan ku. Heeeeeeeeee....

Tapi korang2 jgn jeles ek, bkn nya satu menda jerk yg Ann dapat tapi 3 ketul adiah wooo ;P
Korang mana kasi or dapat manyak2 gini kan. kikiki.. kedekut tul! kiki... Lg skali Ann ucapkan trima kaseh bebanyak ye. Heeee dh 3 bulan pun kawen, br dapat adiah. Patut la dapat triple adiah. UNTUNG!! untung skali pos ye. hihi..
* ingin bkenalan dengan lebih dekat lg, sila layari http://hijaucantik.blogspot.com/
* tapi si dia neh, bini org oke. jgn mggatal.... kikiki.

Who had trided?

Who had trided?

Okay maybe ramai dah tahu roti gardenia sekarang dah ade jual waffles ...
Agaknya Ann jerk yg ketinggalan. hehe. Sabtu lepas, an ke mall. Mmg dh nampak pun waffles tapi tgn ni berat jerk utk mgambilnya/mcubanya.
Stelah salah seorang blogger aka kawanku yg brada dijohor iaitu sis lin(http://linmdnoor.blogspot.com) mgatakan ia shedap. Baru la thegeh hegeh utk membelinya. baru brani ok! hehehe. Ternyata!!!!!!! BEST OK!!
Gardenia Delicia Waffles dimkn bsama nuttela :p shedap. blh beli lg.. heeee..
Harganya murah jerk, rm 1.40 utk 2 keping. tapi nk kasi kenyang, mkn jerk dedua tu. Trasa x sabar utk membelinya lg. Waffles ni ada manyak perisa, jadi tepuk dada tanya slera. Slera memasing/blainan... heeeeeeeee...
* Mintak kebenaran/sory lin copy paste gamba. heheehe. next time an pastikan amik gamba sndiri oke! hehe.
* X smpat nk mgambil gamba sndiri, hp x diturunkan ke dapur ktika myiapkan srapan pg. hehe.
* Slamat Mcuba!!

Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011

Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.


IBADAT HAJI DAN UMRAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }

Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi

{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Pengertian Haji

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib haji dan umrah:

(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.

Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.

Maksud istitaah @ berkemampuan:

(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

No More Heels..

No More Heels..

Bukanlah penggemar kasut bertumit tinggi, hanya sekali sekala gatai beli kasut tumit tinggi sekadar mengada2-nak-nampak-tinggi. Haha.
Stakat 3/4 inches tu ok lah. lebih dari 5,ai rasa x confident kut, donno x pernah try lg. keke.
Skg ni pakai heels yg dibeli masa kawen ari tu, brand murah aja, lewre. Tsangat slesa ok.
Lagipun ia ada bling2 di atasnya, sgt comel bg ku. Suka sgt memakainya slain memakai kasut croc yg agak lama itu. Nk kasut croc baru bole?? dh tsangat buhsan memakai yg lama ini.. Huuwaaa..
Hari ini, Ann memakainya spt biasa, apa lagi ditegur oleh my mum, x perlulah memakainya. kcuali ada kduri kendara yerp. stakat nk ke kedai or dekat2 ni x yah lah. utk kselamatan tjamin elakkan dari memakai heels. Sobsob..
Jika wanita hamil terjatuh, maka tidak saja akan membahayakan dirinya tapi juga janin yang dikandungnya.

Sesetengah wanita mengandung saya perhatikan masih memakai kasut bertumit tinggi . Memang kasut bertumit tinggi membuatkan anda kelihatan menarik tetapi ia kurang sesuai di pakai atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Selain risiko kaki terseliuh sewaktu berjalan kerana kandungan yang semakin membesar, kasut tumit tinggi menyebabkan pinggang anda berasa sakit kerana terpaksa mengawal badan ketika berjalan.

Amalkan memakai kasut yang lebih rendah sewaktu mengandung dan tidak terlalu ringan supaya anda selesa ketika berjalan.

Yang sehsuwei dengan ibu hamil
comfort, no heels, no wedges, no no no
yang penting ai mau tapak itu yang empuk-empuk sahaja
hahahahahaha…

Wahai Kawanku, Ingatlah...

Wahai Kawanku, Ingatlah...

‎‎: diperolehi dr seorng kwn" Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN"

TAPI INGATLAHHH.
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin d pusara kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"

Milo McFlurry not nice at all!

Milo McFlurry not nice at all!

The price of Milo McFlurry is RM4.50.

Anyone tried Milo McFlurry @ mcdonalds?....
dun try!
Tak terlawan McFlurry Oreo, terbaik!!
The milo ‘kick’ is not enough. They didn’t put enough of milo to have that ‘kick’.

Overall, Milo Mcflurryn is just average.
Tak sah x bcakap pasal makan2 ;P

Tak sah x bcakap pasal makan2 ;P

Morning.Heeeeeeee slamat tgh hari la Puan Ann.
Jam menunjukkan 12 tgh hari sudah. Nampak sgt ler bangun lewat. kekeke.
Opssss ampun, kui 10.30 pg baru leh Puan Ann tkial kial nk bgn dari tidur. hehe. Biasa lah, mommy to be ni makin kemalasan oke. Asyik nk tidur aja. Yang pasti kewajipan sbg isteri utk membuat brekpes, mghantar suami di muka pintu tetap dijalankan. Stelah incik suami blalu pergi apa lagi terus smbung tido. kekeke.

Alhamdullillah dgn rezki ari ni, dh slamat memakan 1 piece pizza dgn 3 ketul garlic bread. kekeke. Makan x hingat, bila tgk cermin baru maluuuuuuuuuu eee gemuk nya.
Abis baju2 dh mula sendad ok. Dah pun mgadu kpd incik suami smalam, mahukan koleksi baju2 baru. Yg ada trasa spt balut nangka aja. X leh nk pakai dh size M neh rasanya. kuikui.. owh tidak! Tahu2 kena control pemakanan tapi mulut ni tlalu ikut nafsu ok. Hurm cuba lah kurangkan :(

Spt korang2 sumer ketahui, kelmarin merupakan ke 3 bulan pkahwinan kami bdua, jadinya x de slot masak2 yerk utk dinner. Beli jerk. Kalau ikut hati ni x tahu nk memilih sbb mcm2 nk mkn, ye lah skg kan dh abis bulan puasa. mau ganti mkanan yg dh lama x dimakan lol.
Nak makan nasi yg dibeli di horizon ataupun pizza hut. hurm. nk domino's pizza enggak ada pulak. kekeke. pk punya pk, Ann memilih utk memakan pizza.Incik suami mengikut aja. Parents kasi pilih sndiri apa yg rasa nk di mkn.
Ok, skitar jam 8 malam kami bdua ke pizzahut yg brada di kbmall. Sbbnya dinner pd jam 9 malam di rumah, slepas smayang isyak ;P
Utk menu smalam Ann memilih satu set regular super supreme add cheese beserta pizza yg tbaru iaitu chunky loaded. Korang2 dh cuba ke yg tbaru itu..?
Dari segi comment mengenai pizza tbaru.
- ia menggunakan tepung wholemeal.
- tidak jemu krn cheese tlalu skit.
- mgeyangkan krn tepung wholemeal nya pasal.
- insyaALLAH tidak menggemukkan spt super supreme add cheese ini. keke.
- nk kata tlalu bestttt x jgk, boleh la mkn. ok x de rasa teruk, boleh diterima lah.
- nipis shj

Super supreme add cheese
- Tbaekkkk!!!! sapa x sukakannya.. hehe..

Kami brempat mmg enjoy makan bsama. slalu pun mmg dinner bsama pun. x de makan asing2 pun ;P x amalkan makan asing2 la yerp. Biarkan brempat di ruang meja makan, syiokk!! ;P

Antara Doa .... * Bakal2 Ibu. InsyaALLAH

Antara Doa .... * Bakal2 Ibu. InsyaALLAH

Bunting Pelamin?? apa tuh??? Kata org putih, bunting pelamin tuh.. "become pregnant within the first month of marriage.Maksudnye.. lepas mlm pertama terus sangkut lah! Sbb tu org2 zaman dulu.. pilih tarikh kawen hampir2 waktu suburnye.

Hurm kalau kami x gitu, pihak an telah mcari tarikh mengikut calander islam.
Kiranya ada seorang bpangkat tok dgn ann ni pandai m'baca kalender utk tarikh yang sesuai/tarikh yang elok utk membuat sesuatu majlis/keraian. Kami skeluarga spakat tidak mahukan ari jumaat disbbkan ksuntukan masa utk bsemayang jumaat jadinya memilih 12 june 2011 iaitu pd hari ahad.

Alhamdullilah, hari ini perkahwinan kami telah memasuki angka 3 iaitu 3 bulan.
Dan kehamilan ku mcecah 11 minggu 4 hari ;P

Doakan kebahagian kami bdua, insyaALLAH.
Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Pernah hayati?

Pernah hayati?

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
:: Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
:: Warhamnii (sayangi aku)
:: Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
:: Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
:: Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
:: Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
:: Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
:: Wa’fuannii (Maafkan aku)

Semoga solat kita lebih indah :)


I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com