1/1/12 - 2/1/12 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 1/1/12 - 2/1/12

Kontraksi Braxton Hicks

Nik Nurehan | Monday, January 30, 2012 | 1 Komen
Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Di saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:

* Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
* Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
* Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
* Sakit perut
* Cirit-birit
* Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
* Berat badan menurun
* Sedikit peningkatan dalam tekanan darah

Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.

Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa

* Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
* Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
* Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja

Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.

Info : Dari FaceBook Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

So Yummy Red Velvet Cupcakes!

Nik Nurehan | Sunday, January 29, 2012 | 0 Komen

Moist,sweet,cream cheesy and red! You still don't know what I'm talking about? Well it's simply the delicious red velvet cupcakes topped with cream cheese frosting. Enjoy eating cake so much... TQ Nik Athirah ( heeee trima kaseh manyok my cousin desh. dgn adanya cupcakes ni, inilah kali ptama Ann dapat memakan cake velvet. heeeee... ketinggalan :P )

Minyak Bayini Mestika..

Nik Nurehan | Wednesday, January 25, 2012 | 0 Komen
Minyak Bayini Mestika( Minyak telon ) sangat sesuai untuk kesihatan bayi. Digunakan secara tradisional untuk
  • melegakan hidung tersumbat
  • sakit perut
  • kembung perut
  • kanak-kanak kencing malam.
Gosok minyak Bayini pada perut bayi selepas mandi untuk mencegah kembung perut dan sakit perut. Gosok sedikit di dada untuk melegakan pernafasan bayi, bayi akan mudah tidur. Telah berada di pasaran lebih 35 tahun. Ianya sungguh berkesan dan hasil yang menakjubkan.

* Hari ni ke mydin membeli minyak telon utk my baby. heeeeee my mom kata, awalnya beli!! heeee.... lebih baik beli awal2 kan. alang2 dh ke sana, harga pun bpatutan. Sumer menda kata nanti2, kang sumer menda x tsedia.

* Hakikatnya manyak menda lg x disettlekan lg. hurmmm bila nk start shopping brg baby neh. Mmg la ada dh belinya tapi serba skit je.. Ann ooooo Ann.........

Ayah (Lyrics) - Peterpan ft Candil's

Nik Nurehan | Tuesday, January 24, 2012 | 1 Komen

[Ariel]
Dimana akan ku cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi

Chorus:
[Candil]
Untuk ayah tercinta
[Ariel]
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku
[Candil]
Ayah dengarkanlah
[Ariel]
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

[Candil]
Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dulu, yeah...

[Ariel & Candil]
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku bernyanyi

Chorus:
[Candil]
Untuk ayah tercinta
[Ariel & Candil]
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku
[Candil]
Ayah dengarkanlah
[Ariel & Candil]
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

[Candil]
Yeah... yeah...

[Candil]
Ayah dengarkanlah

[Ariel & Candil]
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

[Candil]
Yeah... yeah... yeah...

[Ariel & Candil]
Hanya dalam mimpi

Hargailah AYAH anda selagi ada...

Nik Nurehan | Tuesday, January 24, 2012 | 1 Komen
Tak boleh t'pandang gambar arwah ayah.. terus sebak! ...
Tp nk tgk gambar, rinduuuuu ;(
Sebagai orang Islam kita tidak boleh menolak kehendak takdir.
Semoga rohnya d cucuri rahmat. Amin.

Star-lite Swing - Once Upon a Time

Nik Nurehan | Monday, January 23, 2012 | 2 Komen
Guaranteed by mums to keep baby entertained

Fantastic new folding travel baby swing with adjustable light canopy, twinkling lightshows and MP3 jack so you can plug in your MP3 player for baby and you to enjoy!

Why Buy Me:

- Detachable and reversible canopy features a choice of light shows with two speed settings
- Control includes five motion settings and a choice of lullabies with volume control
- MP3 player compatible
Features & Benefits:

- Choice of two twinkling lightshows from the overhead canopy specially designed to be both height adjustable and detachable
- Five swing settings - choose the best one as baby grows, (includes gentle swing for newborns).
- This is a momentum swing and will only operate once baby is in the seat
- Automatic timer setting to switch off after 5, 10 or 15 minutes
- Plug in your MP3 player to play baby your own music or choose from the built in lullabies, rhymes and stories that are unique to Once Upon a Time
- Volume control
- Three position reclining seat
- Padded seat with five point safety harness that can be removed for machine washing at 40°C.
- Seat locks easily into stationary position by the locking pin under the seat
- Soft touch carry handle and folds flat for easy storage and transportation
- Requires 4 x C and 2 x AAA batteries (not included)
- For optimum performance Mamas & Papas recommend using High Power, Alkaline batteries, for example Energizer or Duracell

Age suitability: birth to 6 months approx.
Maximum weight: 9kg
Size: H: 68 x W: 47 x D: 63cm approx.
Folded size: H: 21 x W: 47 x D: 70cm approx.
Weight: 5.7kg

* My cousin kata bouncer ini tsangat la cantek & canggeh. Apa lagik, dah x jadi beli set katil, jawabnya confirmkan bouncer ini baby tcinta! heeeeeeee... hurm skg neh tgh sales okies.

* Safe and has so many functions my baby loves it! It looks adorable too so it's a win, win =)

* Lambat lg lor nk dapatkannya. skg ni out stock. kiranya dlm masa 3 minggu lg baru ler my cousin leh poskan dr dublin. heeee. pghantaran mgambil masa 6-8 minggu jgk la ;P

* x kesah la, asal my baby dapat memilikinya, kan kan.. heeeeeeee..

Perihal MATI...!

Nik Nurehan | Monday, January 23, 2012 | 0 Komen
jakim image
Definasi

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)

Hukum Ingat Mati

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

Hikmah Ingat Mati

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.

Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Never Ready to say GOODBYE!!!

Nik Nurehan | Monday, January 23, 2012 | 0 Komen
Al-Fatihah utk arwah ayah & tokwe

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

Hari ke 12.


23 January 2012, Isnin
Tempat : Tanah Perkuburan Banggol, Kelantan

Week 30: 10 more weeks mama!

Nik Nurehan | Saturday, January 21, 2012 | 0 Komen

Fetal development in pregnancy week 30

~length
15.7 in | 40 cm
~weight
3 lbs | 1.3 kg

Woohoo! You can finally see the finish line now that you're in the final quarter of the race!!!

Whether you felt like your pregnancy's been flying by or slower than a snail scaling Everest, you've arrived in your thirtieth week and your baby's cookin' beautifully!

In animal news: the fine lanugo hair that covers their little monkey-like body will start falling off this week in preparation for the big day.

Still, don't be too shocked if your baby ape is hairier than you’d anticipated. Some babies keep their lanugo after birth - which is totally normal, and it will fall off eventually.

Checking in on the fat factory: your little porker is getting even cuter with increasingly pudgy arms and legs, thanks to their ever-growing layers of subcutaneous brown fat.

In terms of numbers, your big ol' baby should be weighing in at around 3 pounds 12 ounces (or more!) and be nearly 16 inches long!

Keep up the good work you two!

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.


29 weeks pregnant

Nik Nurehan | Saturday, January 21, 2012 | 0 Komen
Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang.

Seringkali gagal mengawal air mata…

Nik Nurehan | Saturday, January 21, 2012 | 2 Komen
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku..

Kudoakanmu beroleh SyurgaNya!

* Hari ke 10, Sabtu. 21 January 2012

Pergi Tak Kembali

Nik Nurehan | Friday, January 20, 2012 | 0 Komen
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

"Jumaat, hari ke 9. Smoga ayah tenang di alam sana. InsyaALLAH."

Nik Nurehan | Friday, January 20, 2012 | 2 Komen
Ampunkan lah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, sayangilah dia, peliharalah dia dari azab kubur dan azab api neraka, dan masukkanlah dia kedalam jannahMu dengan RahmatMu wahai Tuhan yg maha pengasih lagi penyayang"..

Arwah AYAH yg terCINTA!

Nik Nurehan | Monday, January 16, 2012 | 4 Komen
Allahyarham Nik Hassani bin Mohamad, iaitu ayah saya yang dikasihi, telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 1 pagi pd hari khamis (hari ini), 12 Januari 2012. Tiada apa yang boleh kami buat, hanya Allah lebih menyayanginya. Alhamdulillah, arwah ayah selamat dimandikan, dikafankan di rumah. Disolat jenazahkan di Masjid Muhammadi & selamat dikebumikan di tanah perkuburan banggol, Kelantan.

Tarikh lahir : 6 APRIL 1939
Meninggal : 12 JANUARY 2012


PANDUAN MEMILIH PAKAIAN BAYI

Nik Nurehan | Monday, January 16, 2012 | 0 Komen
BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi.

Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian.

Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut

Kain daripada kapas.
Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

Pilih saiz yang tepat.
Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

Elakkan baju bertali.
Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

Berleher lebar.
Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

Butang.
Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

Asingkan pakaian
Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

Guna sedikit sabun
Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.

Cara basuhan tangan
Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

Cara basuhan mesin
Gunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.

Bakal Ibu... (Info)

Nik Nurehan | Monday, January 09, 2012 | 1 Komen
Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.
Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

Folic acid is very good and beneficial for physical and mental well-being.

Nik Nurehan | Monday, January 09, 2012 | 1 Komen
SEIMBANG...makanan seimbang lengkap mengandungi semua gizi dalam piramid makanan.
“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”

Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?


Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.

Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.


Belum bkemampuan.. heeeeeee.. ;P

Nik Nurehan | Sunday, January 08, 2012 | 0 Komen
File:Euro banknotes.png
Hajat mcm x kesampaian jerk. Harga barang & harga shipping lebih kurang jerk tau. Huwaaa.
X tmampu lorrr.... Rasa x bebaloi shj beli mahal2. Bagi org x brapa mampu ni mesti kata x bebaloi lah. Trasa amat mahal dari segi shipping. kiki..

For my coming baby!

Nik Nurehan | Saturday, January 07, 2012 | 2 Komen
1st time "mommy to be"
jadi perasaan E.X.C.I.T.E.D tu mesti ada.... yeay!! x lama dh. Doakan kselamatan kami bdua ya!!
Bagi yang dah berkahwin,bergelar isteri, bakal menjadi ibu tidak lama lagi pasti akan merasai perasaan yg sama. kiki.

I've already started shopping for the baby. It's much more fun and exciting than shopping for yourself!
Kalau korang nampak Ann duk check in di mothercare gurney tu. haaaa itu la jawapannya.
Tapi x de la manyak mana pun. Asas serba skit tu ada la. beberapa lai baju,nursing bra,baby baths, hooded bath towel, bla bla bla. x kan la nk cerita panjang lebar plak kan. heeeeeee..

Manyak menda lagi x dibeli. beli2 mau pakai duet oke. jadi slow2 la beb, sikit demi sdikit. Bagi korang yg b'kemampuan boleh la beli semuanya skali gus kan. Lagipun slagi baby neh x dilahirkan pasti aja ada menda yang perlu dibeli/nk dibeli. hehe. Ada jerk rasa menda x cukup/bkenan. heeee.. Chumel2 belaka.
Kali ni sibuk pulak nk kan nursery furniture. heeeeee... Kalau pmulaan kita shopping2 barangan di mothercare. Kali ni ups skit lah, kita jamu2 mata dgn melihat koleksi 'Mamas & Papas'.
Stahu Ann lah, barangan 'Mamas & Papas' ini takde lagik di Malaysia ;P
Bak kata my cousin, Nik Farrah aka Kak Farrah "kalau kt europe, 'Mamas & Papas' ini lebih exclusive dari 'Mothercare'. Aiayayayayaaa.......... Jangan kata x de di malaysia! Barang 'Mothercare' aja pun x de di seluruh negeri. Contohnya di Kbharu,Kelantan neh. Mana ada oke!

* Mula rambang mata, mahukan yg tbaek. tetapi kena ikot budget yang adow la. jangan pulak membeli yg di luar kemampuan. x kan nk bhutang/pinjam along kut! heeeeeeeee.. Yang tmampu itulah utk kita ek!
www.mamasandpapas.com


❤ Mamas & Papas

Nik Nurehan | Saturday, January 07, 2012 | 0 Komen

Mamas & Papas is the leading brand for prams, pushchairs, car seats, cots, highchairs, nursery furniture, bedding and toys.


Jom kita lihat2. Pasti ada jerk yg bkenan. Adakah anda rajin melayan kerenah sayerp? ingin membantu dalam memilih barangan utk baby saya nanti? Heeeeeee..... ;P


Everybody's so busy now..

Nik Nurehan | Saturday, January 07, 2012 | 4 Komen
Everybody's busy. hurm... You're busy. Mommy busy. hurm....
I'm busy too. Busy duk servey2 barang baby. heeeee... Maklum la skg ni dh bln 1 kan.
InsyaALLAH due hujung bulan 3 nanti.

My daddy plak x sehat dari bulan lepas lg. Start 18hb until now, my daddy masih di hospital.
Oh daddy tcinta, cepat2 la sehat. Anak rindu ayah tau!!
Sian mommy ari2 kena ulang alik ke hospital.
Dari wad mahsuri ke wad 10. Dari wad 10 ke wad temenggong(HDW).
Dari situ ke bilik bedah intan sterusnya ke ICU TERATAI.
Settle situ di pindahkan semula ke ad temenggong & skg neh di wad 10 kembali.

My incik suami plak gitu la bgilir gilir dgn my mommy.
Nasib la ada incik suami. Bayangkan kalau me & mommy jerk, entah mcm mana.
Bukan Ann x mau mjaga ayah di wad tp disbbkan keadaan x mengizinkan, x dapat nk membantu. Dgn bebadan dua neh, agak bahaya utk tinggal lelama di hospital.
Bak kata misi/nurse tu lah, nampak jerk hospital neh bersih disebaliknya. X sesuai utk para ibu yg tgh mgandung/hamil duduk lelama.
Macam2 pnyakit/bakteria yang ada di sana. Mana nak g tau, x bnasib baik mjangkit ke baby dalam perut neh, adeshhh mintak jauh la. Niatnya nk mjenguk ayah tcinta!!

Dalam sibuk2 ni harus lah mcurik masa skejap utk mnilik.servey2 barang baby di internet.
Adeshh rmbang mata/susahnya nk buat pilihan neh. Tantek2 belaka. keke.
Nk tanya pdapat my mommy/incik suami. adesh tgk keadaan skg ni, masa sgt la terhad.
Apa boleh buat, tunggu dan terus menunggu. Nk buat pilihan seseorang rasa x best jerk..

Chicken Prosperity burger! It’s finally here at McDonald's Malaysia.

Nik Nurehan | Wednesday, January 04, 2012 | 0 Komen
You’ve missed it so badly and craved for it immensely. You long to taste the tender chicken pattydipped in black pepper sauce and topped with slivered onions.

It’s finally here!

McDonald’s Chicken Prosperity Burger is now yours to enjoy. Hurry, go get yours today as part of McValue Lunch from only RM10.95!

Prices differ in East Malaysia. Other terms & conditions apply. For more information, visit www.mcdonalds.com.my



McDonald’s Propserity McFizz, a mix of Minute Maid 100% orange juice and Sprite.

* From RM10.95, every Monday – Sunday from 12 noon – 3 pm. Only at McDonald’s.

PERINGKAT-PERINGKAT KELAHIRAN

Nik Nurehan | Wednesday, January 04, 2012 | 3 Komen

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.

Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.

Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.

Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

Peringkat Kedua

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

Peringkat Ketiga

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

Apa yang berlaku selepas bersalin

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.

Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.

SUMBER : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung (FACEBOOK)

Pregnancy week 28

Nik Nurehan | Tuesday, January 03, 2012 | 3 Komen
~length
14.8 in | 37.5 cm
~weight
2.2 lbs | 1 kg

You know how you’ve been feeling like a whale with legs?

To state the obvious, that feeling isn't going anywhere until you finally get down to the hard work (aka labor) of evicting your womb-squatter.

For the time being, your little genius is in the fat collection business!

Despite being a bipedal whale, this fetal fat collection stuff is serious business, and you’ve got to put up with it because it’s going to keep your little porker warm and healthy after birth, since their brain will be unable to regulate their tiny baby-body's temperature.

Other good stuff from inside the womb: your little explorer's eyes are doing lots of blinking this week because they’re now responding to light and dark!

And in life-critical physical developments: your champ's tiny industrious bone marrow is now a major construction site for blood cells, while their super-cute adrenal glands are actually producing androgen and estrogen — which will stimulate your body to begin milk production.

Say “Moo”!

Sumber : http://pregnancy.baby-gaga.com


27 weeks pregnant

Nik Nurehan | Tuesday, January 03, 2012 | 0 Komen
Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.


Pemilihan huruf pertama pada nama adalah penting.

Nik Nurehan | Monday, January 02, 2012 | 1 Komen
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
BSelalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
CRamah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
DPendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
EPandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
FPunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
GKerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
HMudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
JRamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
KPandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
LRamah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
MPandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

NBaik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
OSerba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
PPandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
QSetia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
VTutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
WRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
XBudi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
YPendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tahun 2012

Nik Nurehan | Sunday, January 01, 2012 | 0 Komen

2011 pasti satu tahun yang manis untuk kita semua, namun 2012 pasti’nya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik & indah untuk kita tempuhi.

* Tahun 2011 - kawen + pregnant tetapi phujung tahun mulai 18hb ayah masuk hospital kb shingga hari ini..... * cepat2 sembuh ye ayah. ank rindu sgt kt ayah tau!!


I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com