3/1/12 - 4/1/12 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 3/1/12 - 4/1/12

Kehamilan 40 Minggu

Nik Nurehan | Friday, March 30, 2012 | 0 Komen
Congratulations! Your baby is full term and ready to be born at any time. This is the last week of pregnancy – or is it? If your baby doesn’t come this week, don’t worry. It’s normal for due dates to be off a little and before you know it, your little one will be here. Babies come on their own time. You won’t actually be past due until you hit around 42 or 43 weeks (depending on your caregiver’s guidelines). Just try to relax and take it easy.

Congratulations! If you have not gone into labor yet, then you have successfully carried your baby to full term.

Congratulations! Your pregnancy will now be drawing to an end. Your family has now grown by an extra one, two or even perhaps three. The birth of a child is a life changing experience, both for good and perhaps for bad, as you will not have a good nights sleep for years to come! There is one certainty from all of this: the sleepless nights will become less, and your love for your children will grow in leaps and bounds, and no-one, no-one, can ever replace them to you, or you to them.

* ALhamdullilah shingga saat ini, Ann masih sehat&kuat... hurm..... msih lum ada apa2 tnda lg.

CARDIOTOCOGRAPHY (CTG)

Nik Nurehan | Thursday, March 29, 2012 | 0 Komen
PENGERTIAN UMUM CARDIOTOCOGRAPHY (CTG)
Suatu alat untuk mengetahui kesejahteraan janin di dalam rahim, dengan merekam pola denyut jantung janin dan hubungannya dengan gerakan janin atau kontraksi rahim.

Alhamdullilah settle sudah pmeriksaan ctg. heee. spt dinyatakan sblm ini, kena cek ctg pagi ini kn. alhamdullilah result comei aka okey.

Baby pun ok shj cuma masa memula cek tu, baby tgh sleep. start buat ctg neh skitar jam 7.15 pg. tapi baby bangun skitar jam 7.45 pg. heeeeee. baby ni noty la, bangun lewat yerp. letih sgt ek smalam, x brapa lena nk tido sbb takop ya. takop sbb tahu kena g spital ;P
aishh patutnya mommy la yang takop sbb mommy yg kena cek kn. hehe..

Degupan jantung yang rancak aja berbunyi. dubdab dubdab dgn lajunya.
Uri sudah pun masak/putih. air ketuban yang cukup. skg ni hanya menanti masa shj.
Bagaikan menanti buah yg masak jatuh/gugur aja. heeeeeeeeee....

Pemeriksaan ctg ni hanya btahan slama 3 hari shj. Skiranya Ann x de tanda2 utk bsalin shingga ahad ini, ahad ini jgk lah kena ke hospital utk buat pemeriksaan ctg utk kali ke2. aiyoyoyoo.....

Rasa camne ctg ni?
Pemakaian belt ini tsangat la ketat. sesak nafas wooo dibuatnya. ye lah kalau pakai longgar2 kang x elok plak grafnya. Normalnya belt ini dipakai slama stengah jam tapi bgantung atas keadaan baby la.

Utk apa pemeriksaan ctg ini?
Untuk cek degupan jantung baby, keadaan/pegerakan baby sama ada aktiv atau sbaliknya serta nk cek tahap kesakitan mommynya.
* Mommy dia sakit tlalu sdikit. heeeeeeeeeee.. sakit sbb belt ketat kut! kiki. Nyawa pun x brapa puas. kikiki.

* Doa2kan biar Ann sakit dgn sendiri yerp kekawan. Doakan kselamatan nyawa kami bdua. InsyaALLAH.

Jadikan saat2 istimewa, lebih istimewa....

Nik Nurehan | Wednesday, March 28, 2012 | 0 Komen
Chocolate brownie pieces in between the rich layers of chocolate and ice-cream.

I wanted more, but I am afraid that the baby will grow much bigger than normal because of my high level of sugar intake. I am so afraid that the baby will grow too big and it’s going to be so hard to him out…Hehehe…

* Saat istimewa la sbbnya makan2 ice cream dgn incik suami serta ibu tsayang!! ;P

Kandungan bergerak-gerak...

Nik Nurehan | Tuesday, March 27, 2012 | 8 Komen
Tempat : Kenny Rogers, Tesco Kota Bharu
Jam : Skitar 7.45 malam.
Tujuan : Membeli 3 set utk dinner ( take away )

Debarannya semakin kuat. Menghitung hari bagai kata kris dayanti. siang malam dalam keadaan bejaga-jaga.

Ramai orang sudah m'nanyakan dengan mata berkaca penuh harapan. lelaki ke perempuan? Jawapan Ann, biarlah rahsia. tidak mengharap seperti datin seri. tapi nanti sudah lahir baru diumum satu dunia. lelaki ke perempuan. Soalan mereka dimulakan dengan sudah scan? Pasti sudah. Dah lama kami skeluarga mgetahuinya. Ye lah, tiap kali pjumpaan dgn doc awang, smestinya kita akan scan keadaan baby dlm perut kn. Pastinya kita akan tahu jantina nya... heee....

Sekarang ini pergerakan bayi dalam kandungan sangatlah aktif. Alhamdullilah. Bagus!!! Lebih2 lagi an ni dh hampir 40 minggu. Sgt bahaya kalau baby senyap/x de pegerakaan dlm perut ni. Ada ketikanya herot ke sana senget ke sini.

Ramai orang kata perutku besar. Lebih2 lg org yg mgenali ku, kluarga ku tmasuk jugak incik doc. heeeeeeeeee.. "besar la perut awk ni". heeeeeeeee....

InsyaAllah. tolong doakan sesama oke... amin!

* kejap2 mak nanya, baby gerak ke, baper kali dh? hahaha.. risau oke!
* bila la ank ann ni nk tgk dunia/sekeliling. kuar2 la pulak....

I LOVE YOU! YOU lah sayang... ;P

Nik Nurehan | Tuesday, March 27, 2012 | 0 Komen
Incik Suami tcinta. Dah lama x tempek gamba suami kt blog ni. heeeeee.......
Dah lama jgk x ambik gamba incik suami, sian kamu kan.
Dah lama x de gamba tbaru. kikiki....
Smenjak bini pregnant. Bini x suka bgamba, dgn kamu2 x de gamba baru. kiki.

“Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga.”

* Alhamdullilah sudah 9 bln lebih kita sbg suami isteri....Muuaxssh..

Tidak sabar melihat wajah si buah hati ...

Nik Nurehan | Monday, March 26, 2012 | 2 Komen
Esok dah masuk 39 minggu 5 hari. Dan Ann masih belum ada apa-apa tanda untuk bersalin buat masa ini. Tiada sakit. Tiada show. Baby nak duduk dalam lama sikit agaknya.
Harap2 minggu nie dh bersalin tak yh induce. Doc ada gak suh kira pergerakkan klu kurang dr 10 kali bby movement harus segera ke hospital.
Bgn2 pg ni x de rasa pgerakkan my baby dlm perut ni. Mula gelabah/risau oke. X senang duduk dibuatnya......... Tapi pk positif ajalah yang baby sedang tidur. hurrm.... selang beberapa jam baru la trasa baby bgerak. ish baby ni, wat mommy takop oke! x mo apa2 jd kat baby!!

Bkn citarasa ku..

Nik Nurehan | Sunday, March 25, 2012 | 0 Komen

Wall’s fruit salad, which has small pieces of ­papaya, Californian peaches, grapes, pears and cherries mixed into the ice cream, are for those who want something light and fresh.

* x leh nk lawan ice cream double dutch walls lg. lagi shedapp woooooooo ;P
(incik suami, sila abiskan cepat2 okies. frezer kita tu dh penuh dgn macam2)
* citarasa berbeza. Lain org lain pdapatnya.

I just wish ....

Nik Nurehan | Saturday, March 24, 2012 | 0 Komen
my baby would come out already. knapa? Heeeeee.....
Skg ni an dah pun memasuki 39 minggu tau. kalau mengikut tarikh due, cukup 40 minggu las. Last day check up semuanya ok, sekarang memang tgh tunggu masa jer, tak tahu la bila baby nak keluar melihat dunia. oh my baby!!

Dr Awang nila ada kasi tau, tarikh yang seelokknya utk lahirkan baby sblm due ialah 15hb.
Tapi hari ini dah memasuki 24hb. heeeeeee.. Agaknya my baby ni mmg nk cukupkan tarikh due itu las. kikiki.

Alhamdullilah buat masa skg ni, baby bgerak dgn baik/normal. Untuk pgerakkan yg normal harus mcecah 10x shari. Kalau kurang or x bgerak harus sgera ke hospital lor... Baby jgn wt mommy risau yerp ;(

Appoitment sterusnya akan dilakukan pd khamis pg. Awal pagi skitar jam 7. (skiranya x branak2 jgk. heeeee....) Ann akan mjalani pmeriksaaan CTG. aiyoooyoyoo.....

Semoga dipermudahkan sgala galanya. dubdab dubdab.. My baby x bsedia or suka sgt duk dlm perut mommy ni yerp. Alahai mommy dh x sabar nk main2 dgn baby tau. heeeee. Jangan wt mommy risau/ takup ye sayang.


Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.
Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy) denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau electronic fetal monitor (EFM)

* Hati bdebar debar. Bila saatnya akan tiba...?

5th Buffered Earnings

Nik Nurehan | Thursday, March 22, 2012 | 0 Komen
Buffered Earnings kali ini agak mashyuk juga. Smua orang gembira kan kalau dapat buffered earnings. Saya pun begitu.
I hope this will encourage me to work hard to make money with my blog. Yap. If i count, this is 5 buffered earnings from Nuffnang.
I hope this blog will get more buffered earnings in future.

Thanks NUffnang.

Ngeri!!

Nik Nurehan | Thursday, March 22, 2012 | 6 Komen
Mau story2 neh. tp short story aja lah yerp.
x reti nk karang memanjang. cakap straight aja okies.

Ada la makcik neh. bketurunan cina.
Makcik cina neh slalu sgt la(blh dikatakan stiap hari) melepak kt gerai makcik melayu yg mjual nasik. An mmg perhatikan/nampak mmg stiap hari ada jerk makcik cina ni okey. Makcik cina neh kira peneman makcik melayu yg bniaga nasi lah..

Kali ptama Ann singgah ke gerai makcik ni x de la jd apa2. sbagai pembeli dengan pniaga sahaja lah. Makcik cina neh hanya bual2 dgn makcik mlayu ni je lah.

Selang beberapa hari, Ann singgah buat kali kdua.
Wah kali ni makcik cina dah btegur sapa dgn Ann okeh. Pada mulanya Ann x de kesah sgt lor.
Nk bual kosong smbil2 menunggu nasi sedang dibungkus.

Ank ptama ke dik.
Ann cakap iya lah kan.

Dah tu makcik cina tu jawab kembali. sakitttttttt ooooo dik anak ptama ni. sakit sangat.
Saya tahu la saya pernah beranak dulu. Sakit sangat. makcik siap mjerik sbb x tahan sakit.
Misi(nurse) siap marah2 lg. lain kali jgn beranak kalau dah tahu sakit. Misi(nurse) marah ooo. Dia x tahu makcik ni sakit. Boleh nk marah2 orang sakit.
Ank ptama ni susah sgt nk kluar. x brapa nk bukak jalan.

Ann : adoiiiiiii seksa nya tlinga ku mdengarnya. Hati pun x brapa best lorrr!! Makcik ini mnakot nakotkan kita pulak.

Makcik melayu mcelah : Hospital mana.

Ann : Hospital Perdana.

Makcik melayu & Makcik cina : x per lah kalau tempat bayar. Dia bg obat sblm sakit.

Ann senyum shj lah. Cepat2 jerk bayar n masuk dalam kereta. Dari ari itu, x mau dah singgah ke gerai makcik tu. kcuali makcik cina tu x de. X suka dia!!!!!!! heeeeeeeeeeeee.. dush..~~~~

Removing Facebook Timeline - Successfully ;P

Nik Nurehan | Thursday, March 22, 2012 | 0 Komen
If you have got Facebook Timeline and want to change back to viewing the old style profile pages. Boleh aja. Alhamdulilah Ann dah bjaya membuangnya. heeeeee. Pdahal Ann x de la kesah pun pakai jenis timeline atau old version tu.

Mcm mana nk remove ek? ikot aja step kt bwh ni okies.

2. Select browser yang korang duk guna kan itu.
3. Klik la browser tu, nanti korng install jerk timeline remove itu.
4. dah siap install.
5. Open fb korang, kembali ke asal lah. yang lelama dulu tu ;P

Slamat Mcuba!

Week 39: I'm almost done bakin'!

Nik Nurehan | Thursday, March 22, 2012 | 10 Komen
I'm 39 weeks as well. Kalau ikotkan my baby coming out 29 march 2012 bsamaan hari khamis depan. Masih takde show nak bersalin. Gementar pula rasanya terbit di lubuk hati.. Ye lah, tak pernah alami sebelum nie kan.. Happy sbb x lama lg nk ada baby sndiri, dalam dakapan neh, Pada msa yang sama takopppp lorrr. heeeee..
Check up sterusnya hari sabtu akan datang bsamaan 24 march 2012.
7 Days to go. auuuwwwwwww....

Doakan semoga semuanya selamat ye ols!

I feel no happy..

Nik Nurehan | Wednesday, March 21, 2012 | 0 Komen
I do. Everyday I wake up, I don't feel any happiness.
I just wake up, and I feel sad. I hate feeling like this. hurmm....
Pasti ada penyebabnya. hurm... (mgeluh panjang...................)

Double dutch ice cream!

Nik Nurehan | Tuesday, March 20, 2012 | 0 Komen

Hi everyone!!!!!! Do you love ice cream?
What is your favorite flavor?

I love this double dutch ice cream from selecta!
They have so many flavors but for me
this one is the best!!!! Yummm!!!
X suka jenis ni, huh. gilerrrrrrrrrrrrrrr maniss oke! skali makan x rasa nk mkn lg.
Beli? jawabnya tidak utk kali ke2. heeeeeeee.....
Bagi sesiapa yg brada di kaybee. Boleh dapatkan ice cream neh kat KBMALL dgn harga rm 5 shj.

Susahnya nak bangunnnn!

Nik Nurehan | Tuesday, March 20, 2012 | 0 Komen
Tahukah anda, bila kita bangun awal productivity kita pun lebih?
Nabi pun cakap kalau kita bangun awal- awal pagi rezeki murah kan?

Tapi macam incik suami ni susah sikit nak bangun awal pagi. Puas kejutkan, atau jam x menunjukkan 7.15 pasti x mau bgn nyer. adoii... Jawabnya jam 8pg baru ler nk ke office. hurm..
Dan stiap ari itulah my mommy asyik membebel.. arrrrgggggggggg stresss oke.
Bila i bebel kt incik suami, incik suami explain lah yang dia bknnya masyuk keje ikot office hour.
Last2 i jgk la yg kena dgr blk. hurm. Tsangat la tension!

7 Petala Cinta (OST)

Nik Nurehan | Tuesday, March 20, 2012 | 2 Komen
Assalamualaikum Cinta
Waalaikumsalam Rindu

Jangan biarkan hadirmu sekejap mata
Dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara
Insya Allahu Taala

Semakin hebat rinduku
Semakin deras degupku
Semakin teguh cintaku kepadamu
Hembusan nafasku saluti
Kata-kata penuh bermakna
Semua rinduku tersusun di hati
Menantikan masa

Tujuh petala cinta
Berbisiklah kedengaran
Terhamparlah syahadah
Titik percintaan

Kasih
Dengarkanlah rindu kepadamu
Cinta
Kepadamu hidup untukmu

Kasih
Ku dicinta
Hatiku bergema hiasi cahaya
Bersemilah rasa

* Nasib ler kt kaybee ni x de panggung wayang. kalau tidak confirm ajak incik suami pergi menontonnya. heeeeee.. Nampak gaya kena tunggu di youtube lah ;P

10 Days to go ;P

Nik Nurehan | Monday, March 19, 2012 | 2 Komen
Hari ni dah 19 March 2012. Tinggal ngam-ngam 10 hari lagi sebelum sampai ke due date untuk melahirkan si comel dalam perut ni. Heeee... My due date 29 March 2012 ini.

Perasaan??
Berdebar adalah pasti. Tak sabar pun ye jugak. Sapa x takut beb ;P

Kondisi badan sekarang?
Masih tiada apa-apa tanda untuk melahirkan.Boleh kata sekarang ni tengah menunggu sakit datang jek.

Tinggal sepuluh hari lagi.
Mungkin jugak tak sampai 10 hari.
Mungkin jugak akan lebih sepuluh hari.

Doakan yg tbaek/dipermudahkan la yerp. Bye Bye.

Empty words, empty actions...Empty Promises

Nik Nurehan | Sunday, March 18, 2012 | 0 Komen
Why do people make promises they cannot keep , But when they need something from you they expect to get what they ask for right on the spot?

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

Nik Nurehan | Saturday, March 17, 2012 | 2 Komen
Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Minggu 38 : saat mendebarkan dimulai..:-))

Nik Nurehan | Friday, March 16, 2012 | 6 Komen
Menunggu kelahiran cahaya mata yang sedang dikandung merupakan satu peristiwa yang mendebarkan tetapi menggembirakan.

Ramai ibu melahirkan zuriat mereka di antara minggu ke-38 hingga ke-42 dan tidak ramai yang bersalin pada tarikh yang dijangkakan oleh doktor yang merawat.

Mcm Ann sndiri, x tahu bila la masanya. Skg ni waktu bjaga2 la. Kalau ikotkan doc, due an 29hb ni. iaitu 29 march 2012. tapi x tahu la kan. kalau x branak jgk, 24hb ni kena g check up lagi lorr.

Perasaan takup smestinya ada, tapi harus tempuhi jgk lah. kiki.

Rabu lepas ada jumpa incik doc awang nila bin ismail. Alhamdullilah kdudukan baby, denyutan jantungnya sgt baik.
Berat badan btambah lagik, smanyak skilo kalau dibandingkan bln lepas x de naik. Hurm jgn nanya pd bln2 sblm ini. mmg naik 4 /5 skg gus oke. hehehe.
My Baby pun btambah sehat&besar. Berat nya pun auuummmm usah ditanya brapa. Maluu!!
Tau2 salah mommy, sbb mommy makan manyak, baby pun turut montel ;P

Buat masa sikalang, my baby x de menunjukkan tanda2 utk kluar. Ann jerk rasa x larat nk bgerak sana sini. Agak terhad. Mudah letih bila manyak bjalan. Pinggang/bahagian belakang x sah tanya la. cepat jerk sakit/lenguh. heeeeeeeee..

Doakan kan yerp kekawan, x kira sesiapa dan di mana. Doakan mudah2an semua proses kelahiran anak pertama kami ini lancar.

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Nik Nurehan | Thursday, March 15, 2012 | 0 Komen
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Kenali Bayi Baru Anda ;

Nik Nurehan | Wednesday, March 14, 2012 | 0 Komen
Bayi
Anda perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal anda hadapi sebaik sahaja bayi lahir. Jangan terkejut kalau anak yang lahir nanti kulitnya berkedut, ditambah pula dengan warnanya yang seakan kebiruan dan kurus. Keadaan seperti ini sememangnya lain daripada keadaan bayi yang biasa kita lihat. Untuk pengetahuan anda, perkara ini lumrah setelah sembilan bulan berada dalam rahim ibu.

• Kepala
Biasanya kepala bayi yang baru lahir akan kelihatan sedikit lonjong akibat proses kelahirannya. Ini disebabkan semasa proses tersebut bayi terpaksa melalui ruang yang terhad bukaannya. Tidak dapat dinafikan juga mungkin pada masa itu, pintu serviks ibu masih belum terbuka sepenuhnya. Oleh itu, kepala bayi akan mengikut saiz serviks pada ketika itu. Selain itu, ada sesetengah bayi yang benjol kepalanya. Keadaan ini biasa terjadi sekiranya bayi lahir dengan menggunakan bantuan vakum. Bahagian kepala yang disedut itulah yang akan benjol sedikit. Kepada bapa-bapa, janganlah risau kerana biasanya benjol itu akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

• Vernix
Jangan terperanjat jika anda mendapati semasa dilahirkan anak penuh dengan salutan bahan berwarna putih yang berminyak. Bahan tersebut dikenali sebagai vernix yang berfungsi melindungi kulit bayi daripada cecair amnion ketika berada dalam kandungan ibu. Jangan risau, bahan ini boleh dihilangkan dengan hanya mencuci badan bayi dengan air.

• Mata
Jika dilihat pada matanya pula, biasanya berwarna sedikit kebiru-biruan kerana proses pigmentasi masih belum berlaku. Proses ini hanya akan mengambil tempat setelah bayi berusia kira-kira enam minggu. Matanya juga kelihatan bengkak. Bengkak ini akan surut selepas dua atau tiga hari. Usah terkejut dan risau bila mendapati mata anak anda kelihatan sedikit juling. Ini adalah perkara biasa untuk tempoh lapan minggu pertama kerana mereka masih dalam proses untuk menyeragamkan pergerakan mata.

Jangan hairan jika bayi anda tidak menunjukkan sebarang tindak balas sekiranya anda berdiri di depannya. Untuk pengetahuan anda, penglihatan bayi pada minggu pertama kelahirannya hanyalah kira-kira 25sm jaraknya. Ini bermakna, dia hanya boleh melihat benda-benda yang dekat dengannya.

•Tali Pusat
Kepada bapa yang melihat sendiri anak anda dilahirkan, jangan terkejut jika melihat tali pusat bayi anda. Tali pusat ini sangat panjang dan bercantum dengan uri untuk proses pemakanannya semasa berada dalam kandungan. Selepas dilahirkan, doktor atau jururawat akan memotong pendek tali pusat tersebut lalu dikepit dengan klip plastik. Tali pusat ini perlu dijaga rapi sebelum dia tanggal dengan sendirinya kira-kira lima hingga sepuluh hari kemudiannya. Cuci semua kekotoran yang ada padanya untuk mengelakkan jangkitan. Kuman. Sila dapatkan bantuan bidan ataupun doktor sekiranya tali pusat bayi anda mengalami masalah.

• Alat Kelamin
Semasa dilahirkan, alat kelamin bayi sama ada perempuan atau lelaki kelihatan lebih besar daripada yang biasa, seolah-olah membengkak. Jangan risau kerana alat kelamin tersebut akan mengecut selepas beberapa hari dilahirkan. Ada kalanya juga, bayi perempuan akan mengeluarkan sedikit darah ataupun lendir daripada alat kelaminnya akibat perubahan hormon.

• Najis
Najis bayi yang baru lahir melekit dan berwarna hijau kehitaman. Najis ini dikenali sebagai meconium. Najis ini kemudiannya akan bertukar warna sedikit demi sedikit seperti najis bayi yang biasa kita lihat selepas mula menyusu. Pada minggu-minggu pertama kelahirannya, bayi kerap membuang air besar.

• Berat Badan
Berat badan bayi akan berkurangan sehingga 10 peratus selepas satu atau dua hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, berat badannya akan bertambah selepas mereka mula menyusu.

• Telinga
Jangan terkejut jika diberitahu bahawa bayi sudah boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu, dengarkanlah perkara-perkara yang baik kepada bayi anda semasa mereka berada dalam kandungan agar dia menjadi anak yang soleh, cerdas dan cergas.

Sentuhan
Percayalah bahawa sentuhan memainkan peranan yang paling penting dalam dunia bayi anda. Belaian lembut daripada anda mencerminkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Belailah anak-anak sekerap mungkin kerana anak akan rasa selamat setiap kali berada dalam dakapan anda.

• Rambut
Kepala bayi sudah mula ditumbuhi rambut ketika masih di dalam kandungan lagi. Walau bagaimanapun, rambut ini akan gugur sedikit demi sedikit selepas dilahirkan dan akan digantikan dengan rambut yang baru.

Perasaan yang hadir, realiti terpaksa dihadapi - Mohd Khairi!

Nik Nurehan | Wednesday, March 14, 2012 | 0 Komen
Bayi
Apabila semakin hampir dengan saat-saat yang ditunggu-tunggu, hati semakin berdebar. Seolah-olah sudah menjadi satu kemestian kepada suami zaman ini untuk menatap sendiri detik-detik kelahiran anak tersayang. Pengalaman yang pastinya akan menjadi kenangan paling berharga untuk seorang insan yang bergelar ayah. Walaupun ada di kalangan para suami yang pada mulanya gementar untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Namun, atas permintaan isteri tersayang, mereka sanggup mengetepikan rasa takut dan ngeri untuk bersama-sama memberikan sokongan moral kepada isteri tatkala menantikan kelahiran cahaya mata ke dunia. kiki. Amacam Mohd Khairi Abdul Rahman. Sudahkah anda bsedia untuk bsama sama dgn ku nanti...?? Bersiap sedialah dari sikalang yerp. Jangan tekezup, pengsan pulak. Hehe.

Kenali Air Ketuban

Nik Nurehan | Wednesday, March 14, 2012 | 0 Komen
Kehamilan
Ramai yang kurang arif tentang air ketuban. Mari menyelongkar 1001 rahsia tentang air ketuban yang memainkan banyak peranan kepada diri anda dan kandungan.

Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Memandangkan sifatnya adalah cecair, ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlahnya akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting! Antaranya, ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah ia bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Ketuban Pecah
Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor.

Risiko pecah ketuban mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Anda juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis), jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan anda (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Meconium aspiration syndrome pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.

Oligohydramnios
Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :
1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.
2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
4. Kematian sebelum lahir.

Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.

bought Portable DVD Player for my mom ;P

Nik Nurehan | Tuesday, March 13, 2012 | 0 Komen
Portable DVD Player (Black)

* She has a lot of free time. hehe. yeay!

Experience DVD fun on the run with Sony DVP-FX970. This free-spirited portable player features bright, high resolution 9-inch LCD monitor, convenient double headphone jack and car battery adaptor.
  • · 9 Inch High Resolution LCD Monitor
  • · 180 Degree Swivel Display
  • · 6 Hours Long-Life Rechargeable Battery Built In
  • · Multi Disc & Format Playback
  • · USB Content Playback
  • · Touch Key Operation

Tarikh Keputusan SPM 2011

Nik Nurehan | Tuesday, March 13, 2012 | 0 Komen
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) akan diumumkan pada hari Rabu 21 Mac 2012 ini. Maklumat ini diperolehi daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2011

Keputusan SPM 2011 boleh diperolehi melalui;
  • Di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2011 ini.
  • Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Semakan Secara SMS
  • Semakan secara SMS keputusan SPM 2011 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2012 sehingga jam 12 tengahmalam 27 Mac 2012.
Format Semakan SMS
  • SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888.

3 syarat mandi wajib ;

Nik Nurehan | Monday, March 12, 2012 | 0 Komen
Cara terbaik yang perlu dilakukan setiap wanita untuk mandi wajib yang betul dalam Islam.

MANDI wajib mempunyai peraturannya dan perlu diikut. Pertama, niat dengan lafaz ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala’ atau ‘sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala’.

Bagi wanita adalah lebih lagi untuk menentukan mandi wajib itu kerana haid dan nifas ketika niat. Niat hendaklah dilakukan ketika air mula sampai ke badan.

Kedua, menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi). Ketiga, menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Apabila anda menunaikan ketiga-tiga perkara itu, mandi wajib anda menjadi sah.
Antara perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib termasuk
(1) mengadap kiblat
(2) membaca basmalah
(3) membasuh dua tapak tangan
(4) mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
(5) menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
(6) berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
(7) tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan dan
(8) membasuh sebanyak tiga kali (Haji Mohamed bin Jusoh, 1990).

Perkara sunat ini dilakukan untuk mendapat kesempurnaan dan ganjaran pahala.

Epidural Anesthesia

Nik Nurehan | Sunday, March 11, 2012 | 2 Komen
Apakah itu Epidural Anesthesia?

Ia adalah satu proses pembiusan mengurangkan kesakitan semasa bersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Teknik ini terbukti selamat dan telah digunakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand sejak lebih 30 tahun dahulu.

Siapakah yang memberi Epidural?

Pakar bius (Anesthesiologist) yang akan melakukannya. Beliau adalah doktor yang terlatih dalam penggunaan ubat-ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Bilakah ubat itu mula berkesan dan berapa lamakah kesan ubat yang diberikan melalui Epidural?

Oleh kerana ubat itu perlu diserap kepada beberapa saraf, kesannya akan bermula dalam 10 minit dan kesan maksimum dalam 30 minit. Kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk semula jarum epidural di belakang badan. Ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin.

Adakah Epidural melambatkan proses bersalin?

Setiap ibu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat epidural. Kebanyakkan ibu akan merasa gembira kerana ubat epidural membuat mereka lebih tenang dan selesa. Ini boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.

Apakah kesan sampingan dari pembiusan Epidural semasa bersalin?

Komplikasi jarang beraku. Kalaupun terjadi, biasanya tidaklah membimbangkan dan dapat diatasi, Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah: penurunan tekanan darah, badan menggigil, sakit kepala dan sakit belakang.

Bolehkah ibu 'meneran' bila diperlukan?

Epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku. Epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja. Jadi ibu mempunyai lebih banyak tenaga. Sekiranya ibu tiada rasa untuk meneran, kakitangan bilik bersalin akan mempastikan ibu meneran apabila berlaku kontraksi. Jadi tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada.

Adakah Epidural perlu untuk ibu yang bersalin?

Setiap ibu yang mengalami proses bersalin mempunyai hak untuk mendapat nikmat kelahiran yang selesa dan tidak menyakitkan. Tidak kira samada kehamilan tersebut kehamilan sulung atau seterusnya. Anda sudahpun berkorban dan berhempas pulas dengan kehamilan anda, bila tiba saat kelahiran yang dinantikan, epidural mungkin menjadi hadiah yang berharga untuk saat yang cukup bermakna itu.

Adakah kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin?

Suntikan pethedine: Perlu diberl 4-6 jam sekali. Kesan penahanan sakit biasanya kurang berbandlng epidural, lagipun ia boleh memasuki darah bayi dan menyebabkan kesan sedatif terhadap bayi. Bayi mungkin perlu mendapat bantuan pernafasan selepas lahir. Menyedut gas Entonox (campuran oksigen dan nitrous oxide). Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat (50%), ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan. Cara-cara lain seperti akupuntur dan latihan pernafasan dan meneran semasa bersalin.

Tanda-tanda hendak bersalin..

Nik Nurehan | Sunday, March 11, 2012 | 0 Komen


Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

* Masih kuat untuk bgerak kemana mana shj. Still lum ada tanda2 sakit nk branak. kikiki. Skg ni mood nk kuar jejalan jerk... hehe.


Tick Tock.. Tick tock.. dah 37 minggu

Nik Nurehan | Thursday, March 08, 2012 | 0 Komen
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini.
Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.

Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Perasaan, tentulah sedikit tertekan, risau dan takut. Nak melalui saat bersalin yang sudah tentu mengalami pengalaman 'sakit' yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Moga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya . Amin.

Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka.

* Aishhh camne neh? tanda2 yg mcm mana? harap2 blum bsalin lg. biar cukup waktunya ya. heeee.. next check up 14/3 dgn doc awang nila.

Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) – LAGU

Nik Nurehan | Wednesday, March 07, 2012 | 1 Komen

hariku
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan senyumanmu
alangkah indah
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu
hariku
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
alangkah indah (2x)
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu

Simple dessert!

Nik Nurehan | Tuesday, March 06, 2012 | 0 Komen
Hello everyone. I choose a simple dessert that almost everyone love about Mc Donald.

Of course it’s the Sundae ice-cream!
Honestly to say, in health-wise, McD’s ice-cream is full of fats and junks despite of it tastes reeeeeeeally yummy. Although so, it won’t stop me from enjoying this one. As long as you don’t consume this everyday, it won’t be any problem.

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com