7/1/12 - 8/1/12 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 7/1/12 - 8/1/12

Apa diaper pilihan anda????

Nik Nurehan | Saturday, July 28, 2012 | 3 Komen
Ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana, apa kriteria pemilihan diapers anak anda?

A. Selesa
B. Harga
C. Jenama

Untuk permulaan, Ann belikan mamypoko new born utk hadif.
Sempat jgk la hadif memakai beberapa pek newborn ini. Bila hadif smakin membsar ni, ann mula la beli size S plak. heee.. next pakai pulak size M. heeee..
Pernah jgk ann belikan hadif huggies dry & huggies ultra bersaiz kan M. alhamdullilah nasib la kulit hadif ni sgt2 la bagus. stakat ini takde rashes lah walau guna mana2 brand diaper pun. sesuai shj.

MamyPoko Ss
MamyPoko M
Clinically proven* to help prevent diaper rash, Huggies® Dry diapers keeps your baby's skin drier and healthier with a 100% breathable cover, double leak barriers and the trusted leakage protection of the quick lock system.
Clinically Proven* to helps prevent diaper rash, Huggies Ultra Natural Care diapers will help guard against skin irritation, with added protection from natural extracts of soothing Aloe Vera, Vitamin E and Chamomile.

Hey!!! minggu ni 28/7, tesco ada buat promosi diaper bjenamakan drypers? Agak2 korang nk tak kalau kita cuba 1 pek? heeeee.. pantang mata tgk tesco buat promosi. kiki.

Drypers Wee Wee DRY

New Drypers Wee Wee DRY with 4 Botanical Extracts (Aloe Vera, Chamomile, Olive Extracts and Vitamin E) helps to moisturize and rejuvenate baby’s skin, keeping baby’s skin clean, healthy and comfortable.

New Flexi-Tape™ is easy –to-fasten and allow multiple refastening.

Drypers Wee Wee Dry comes with fun, stylish & fashionable backsheet design.

Drypers Wee Wee DRY size M is available in packs of 4, 14, 28, 52 and 80.

ROH DI BULAN RAMADHAN

Nik Nurehan | Friday, July 27, 2012 | 0 Komen
Semoga roh ayah dirahmati Allah swt.

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Haid selepas bersalin..

Nik Nurehan | Thursday, July 26, 2012 | 2 Komen
Salam semua,

Ann nak tanya, kebiasaannya berapa lamakah tempoh kawan2 semua rehat dari haid selepas setiap kelahiran? berbulan? bertahun? atau.. abis je nifas, bulan seterusnya terus period?

Where to get the cheapest Bumbo Seat?

Nik Nurehan | Tuesday, July 24, 2012 | 0 Komen
I hopped on to myBBstore.com. I were overjoyed when we saw the price. RM199 for seat + play tray! Ain't this a better deal?

Buy Bumbo Baby Sitter Seat and Bumbo Play Tray together in a set at an attractive price.

Why Bumbo?
The Bumbo is manufactured to the highest safety standards from low-density foam material, which makes it lightweight and portable. It is soft and comfortable for the baby, safe, hygienic and non-toxic. The integral outer skin of the material is durable and easy to clean.

The Bumbo Baby Sitter is versatile and can be used safely and conveniently anywhere on any level surface, and is definitely the extra set of hands you have always been looking for the perfect gift for that special occasion.

The seat does not require any uncomfortable straps or fasteners. It gives a wonderfully new way to ensure maximum interaction and enjoyable communication with your child. Depending upon the individual development of the child, some babies will be able to climb out of the bumbo, so never leave your child unattended.

Multiple Award Winner:
- iParenting Media Awards 2003 in the USA
- Best New Product 2003 Awards UK
- A Winner of Design Institute Industrial Design Award 2002
- A Winner of Design Institute Engineering Award 2002
- Winner of South African Bureau of Standards (SABS) Chairman's Award for Excellence

Recommended Age: 3 months and up
NOTE: Prevent Falls; Never use on any elevated surface.

Ramadhan 1433H

Nik Nurehan | Monday, July 23, 2012 | 0 Komen
Hari ke 3, Bulan ramadhan telah berakhir. Syukur Alhamdulillah saya masih mampu untuk berpuasa dengan izin Allah Yang Maha Esa. Semoga ramadhan kali ini saya dan seluruh umat islam dapat memanfaatkan dengan baik.

Tahun ni menyambut Ramadhan kali pertama tanpa ayah yg di kasihi yg pulang ke rahmatullah bulan 4 yg lepas. terasa bila ketiadaan arwah. rindu yang teramat sangat....Semoga roh arwah Ayah aman disana dalam peliharaNYA. I LOVE YOU

InsyaAllah.

Selamat berbuka puasa kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. selamat menjalani ibadah puasa dengan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Marhaban Ya Ramadhan”

Nik Nurehan | Saturday, July 21, 2012 | 1 Komen

Selamat bersahur kawan-kawan jgn lupa Niat puasa :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَ

Marhaban yaa Ramadhan,
pucuk selasih bertunas menjulang,
dahannya patah tolong betulkan,
puasa Ramadhan kembali menjelang,
salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Selamat Menunaikan Ibadah puasa.

20 by Rizalman, Exclusive Collection for Tesco

Nik Nurehan | Thursday, July 12, 2012 | 2 Komen
Bukan senang nak pakai design by RIZALMAN unless you have a fortune in ur account?!

20 by Rizalman will be made available at selected Tesco stores around the country from July 7th onwards. Prices range from RM180 to RM250 per piece.

This Raya season, you will be able to don designer baju kurung and kebaya from Rizalman at affordable prices. The designer is celebrating his 20 years in the fashion industry, thus the Raya collection is named 20 by Rizalman. It is a milestone to be proud of as Rizalman’s workmanship is exquisite and fans have grown by the dozen over the years.

“After being in the industry for a good two decades, I would like to bring myself closer to my fans and share with them my wonderful moments.”

For this collection, he played with a lot of texture, lace, brocade and striped design. Detailing was not missed as we see his line-up of bow ribbons, sequined sleeves and pretty rosettes adorning the pieces. Are you excited yet to go visiting friends and family this Raya season?


heboh sana sini. heeee.. terbeli jgk la 2 lai. hehe. ok la tu! nk kesemua koleksi? aiyakkk kering la duet pocket bln ni. hehe.

Which one is better, Baby cot or Playpen..??

Nik Nurehan | Wednesday, July 11, 2012 | 0 Komen
Hi, I am planning to get a bed for baby hadif hassani. I nak tahu between play pen and baby cot, which one is better? Mana lagi last long and more useful?Any advise whether I should get a baby cot or just buy a playpen will do?

Maksud Akikah | Hukum Aqiqah | Akikah Anak Lelaki Perempuan

Nik Nurehan | Wednesday, July 11, 2012 | 1 Komen
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: “Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul(menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.
Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat sah aqiqah ialah:
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Umur
  • Biri-biri ; 1 tahun atau lebih
  • Kambing ; 2 tahun atau lebih
  • Lembu/kerbau ; 2 tahun atau lebih
  • Unta ; 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua

“BUY 1 Chicken Foldover a la carte & Get 1 For Free” from 12 – 25 July 2012.

Nik Nurehan | Tuesday, July 10, 2012 | 0 Komen
HOT NEWS! McDonald’s Lovin’ Mid Month special is back! It is an offer not to be missed.

“BUY 1 Chicken Foldover a la carte & Get 1 For Free” from 12 – 25 July 2012.

More great news! Now, you can flash the coupon on your mobile phone at your favourite McDonald’s restaurant to enjoy this special offer! You can also print out the coupon to redeem. The choice is yours.

Obtain your official coupon here: http://bit.ly/LZCWf4

Limited to one coupon per receipt, while stocks last. Offer valid in Malaysia (not valid via MDS, Genting and airport).

Hilangnya Juwita

Nik Nurehan | Tuesday, July 10, 2012 | 3 Komen
Apa komen anda mgenai drama mana hilangnya juwita?
hurm. jalan cerita nya agak slow. maap, kalau saya katakan ia tidak menarik.
hehe. jalan ceritanya mbuatkan saya bosan oke!

Kisah ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.

Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota . Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita?

Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur , dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang.

Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota ?

ANAK adalah hadiah daripada ALLAH

Nik Nurehan | Monday, July 09, 2012 | 3 Komen
Cerita pasal anak ni , bila dah berkahwin..siapa yang taknak anak. itu lah pengikat kasih sayang suami isteri. Ada yang dah bertahun-tahun berkahwin, mencuba untuk mendapat anak tetapi masih tidak berjaya. banyak dugaan ditempuhi, akhirnya mereka memilih untuk mengambil anak angkat . Indahnya hidup ada anak, mereka berusaha mengambil anak angkat .

Ada juga yang dah berkahwin,tetapi decide tak mahu ada anak dulu. Priority lain yang didahulukan .

Anyway, pada mereka yang mengandung sekarang. jaga diri baik-baik.makan dan minum perlu di ambil berat. Yang mana masih mencuba, teruskan mencuba diikuti dengan doa kepada Allah SWT.

Setiap anak ada rezekinya.
Rzeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada ALLAH.

* Bila dah ada anak lelaki teringin pulak anak perempuan. heeeee....
* Hadif Hassani baru aja 3 bulan 4 hari. rilek dulus! ;)

My lovely Tok♥Hadif Hassani

Nik Nurehan | Sunday, July 08, 2012 | 0 Komen
Photo: Bgambar bsama Tok ;P heee...

3 Month Old Baby: Newborn No More

Nik Nurehan | Wednesday, July 04, 2012 | 2 Komen
Photo
My Baby Just Turn 3 Months.
So much has happened in so little time! Your baby has gotten a whole lot bigger and his brain power is increasing every day, too!
Photo: Koleksi 0-3 month, slamat tinggal. Heeee... ☺
Cant believe it's been 3 months already! he grow so fast!
Baju yang new born to 3 months tu memang dah x leh pakai dah.
Dah disimpan/pack elok2 dalam plastik. Tamat sudah! heeee..
Skg ni my little hero dh mula memakai size 3-6 month oke. heee.
PhotoPhotoPhoto
Semoga Hadif Hassani menjadi anak yang soleh dan dapat menolong mama & papa di dunia & akhirat nanti. Semoga anak lelaki ini membesar menjadi penyejuk mata mama & papa. InsyaALLAH.

Mama's birthday..

Nik Nurehan | Wednesday, July 04, 2012 | 0 Komen
Assalamualaikum all.
Sorry for not updating.
Photo: Today is a special day, cause it's my Mama's birthday...  Kau lah yang terbaik untukku..terima kasih Ya Allah...Semoga kau panjangkan umur mak, berikan dia kesihatan yang sempurna, berikan kegembiraan dunia dan akhirat..Amiiinnn...
ya,2 hari yg lepas aka 2 JULY 2012 was my beloved moms birthday.. happy birthday mak!!!! Hope u'll stay healthy and happy as always..

so, for her birthday, I bought her this...
Photo: birthday present for my mak! Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡
To mak, I know you're happy eventough you keep saying me waisting my money... I want you to know that, I really love you more than u know..
Red velvet topping cream chesse, strawbery & toblerone white choc.

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baek2 shj. insyaALLAH.
* I don't know what will happened to me once its the time Allah take you from me ... I love you!!!

Kau lah yang terbaik untukku..terima kasih Ya Allah...Semoga kau panjangkan umur mak. Berikan dia kesihatan yang sempurna, berikan kegembiraan dunia dan akhirat..Amiiinnn.
I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com