9/1/12 - 10/1/12 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 9/1/12 - 10/1/12

Tidur Slepas Asar

Nik Nurehan | Friday, September 28, 2012 | 0 Komen
((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. 

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Sunnah Sunnah Hari Jumaat

Nik Nurehan | Friday, September 28, 2012 | 0 Komen
Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Nabi Musa as. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa as. pula hari Ahad, Nabi Ibrahim as. hari Isnin, Nabi Zakaria as. hari Selasa, Nabi Yahya as. hari Rabu dan Nabi Adam as. hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. 

Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu. Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” – 

SEJARAH HARI JUMA'AT 
Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa 
Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha 
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa 
Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis 
Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah 
Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah 
Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah 

KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.

Burger bakar pertama di Kelantan

Nik Nurehan | Thursday, September 20, 2012 | 0 Komen
 

DARI kiri, Mohamad Syarim Zaini, Shamsul Halime dan Hishamudin Yusof menunjukkan burger bakar yang terdapat di Planet Grill yang terletak di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

* Dh try smalam. blh terima. sedap ;) skali mkn nak lg. shedap dr kb burger bakar yg bhadapan dengan pizza hut tu 

Dengan menggunakan resipi tersendiri dan menitik beratkan kesempurnaan dalam hidangan membuatkan burger bakar di Planet Grill yang terletak di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, menjadi tumpuan ramai. Planet Grill yang diusahakan oleh tiga orang sahabat iaitu Mohamad Syarim Zaini, 40; Shamsul Halime, 34, dan Hishamudin Yusof, 41, turut tampil dengan hidangan yang mempunyai cita rasa berlainan berbanding burger-burger lain yang sedia ada di pasaran. 

Lebih istimewa, burger bakar ini juga merupakan satu-satu menu seumpamanya yang terdapat di negeri ini dan ia kini mula menjadi fenomena masyarakat di sini. Mohamad Syarim berkata, Planet Grill mula dibuka pada Julai lalu hasil cetusan idea dia bersama rakan-rakan yang mahu mengetengahkan menu baharu itu di negeri ini. Sebelum memulakan operasi mereka terlebih dahulu membuat kajian mengenai menu tersebut. Katanya, mereka turut menguji rasa menu-menu yang disediakan terlebih dahulu agar ia dapat diterima 'tekak' masyarakat tempatan. 

Ujarnya, percubaan mereka itu akhirnya membuahkan hasil kerana burger bakar Planet Grill mendapat sambutan yang luar biasa dan rata-rata pelanggan turut menyatakan mereka sudah lama menanti kemunculan burger bakar di negeri ini. Katanya lagi, burger bakar ini sememangnya sudah popular di beberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak serta Johor, dan di negeri ini ia merupakan menu baharu. "Kami telah menghasilkan burger bakar dengan 100 peratus mengunakan resipi sendiri di mana dagingnya diproses sendiri mengunakan tiga jenis mesin. "Kami juga menghasilkan mayonis dengan mengunakan resipi sendiri dan proses melaksanakannya juga dilakukan sangat teliti. Semua ramuan akan disukat untuk mendapatkan rasa yang sempurna. 

Selain itu, tambah Mohamad Syarim, antara keistimewaan burger bakar Planet Grill ialah saiz dagingnya lebih besar dan ia dibakar dalam masa 20 minit menggunakan dapur arang sehingga menjadi sangat lembut dan garing. Menurutnya, walaupun baru memulakan operasi, mereka mampu menjual sehingga 100 biji semalam dan jumlah tersebut dijangka meningkat selepas ini. Bagi Mohamad Syarim, angka tersebut menunjukkan bahawa burger bakar Planet Grill sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri, walaupun ia baharu bertapak di negeri ini. "Burger bakar yang dijual ini sebenarnya juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana daging-dagingnya dibakar dan bukannya digoreng. "Secara tidak langsung ia bukan sahaja satu menu sihat untuk dinikmati semua masyarakat malah ia juga merupakan satu hidangan baru bagi menu burger," katanya. 

Planet Grill menawarkan lima menu untuk pilihan pelanggan iaitu Grilled Chiken Burger, Grilled Chess Burger, Grilled Blackpepper Burger, Grilled Beef Bacon Burger dan Special Burger. Ujarnya, kesemua menu yang disediakan turut disajikan dengan pelbagai sos dan perisa seperti lada hitam, thousand island, keju, mayonis, barbeku, cili dan juga tomato. "Dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga lewat malam, kesemua menu di burger bakar Planet Grill boleh didapati pada harga RM6.80 sehingga RM8.80," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Halime pula berkata, perniagaan burger bakar ini adalah sebagai platform sebelum mereka mengorak langkah mempelbagaikan lagi menu dari masa ke semasa khususnya makanan Barat. Katanya, perancangan mereka selepas ini adalah untuk memperluaskan perniagaan ke beberapa negeri lain dengan tetap mengunakan jenama Planet Grill. "Sasaran terdekat kami juga ingin meluaskan perniagaan di negeri ini dengan akan membuka beberapa cawangan seperti di Wakaf Che Yeh dan Kubang Kerian," katanya. 

Sementara itu seorang pelangan, Mohd. Zafrie Ikhmal, 23, ketika ditemui berkata, burger bakar yang terdapat di Planet Grill ini berbeza dari burger biasa yang terdapat di Kota Bharu. Katanya, dagingnya lebih besar daripada biasa, garing dan lebih lazat daripada burger biasa yang pernah dia nikmati sebelum ini. "Saya paling suka menu Grilled Blackpepper Burger kerana ianya mempunyai cita rasa yang tersendiri," katanya.

Zietie Shadean, 26, pula berkata, cara penyediaan yang mementingkan kebersihan dan kualiti menyakinkan dirinya untuk menikmati burger bakar Planet Grill tanpa rasa ragu-ragu. Katanya, di samping itu dia gemar menikmati dagingnya yang asli dan lembut berbanding dengan daging yang terdapat pada burger biasa.

3 Perkara Jadikan Hidup Sempurna

Nik Nurehan | Wednesday, September 19, 2012 | 0 Komen
SEBAGAI manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.

Allah SWT berfirman bermaksud, “Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (Al-Baqarah: 156).

Ayat ini jelas menunjukkan kehidupan manusia itu sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian ini bertujuan melihat kesabaran pada hamba-Nya.

Firman Allah bermaksud, “Hai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sesungguhnya takwa.” (Surah Ali Imran:102).

Selanjutnya Allah berfirman bermaksud, “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memberi kepadanya jalan keluar (dari segala kesukaran) dan diberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (Riwayat Surah Ath Thalaq:2-3).

Setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan akan mendidik seseorang itu menjadi manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah.

Kehidupan jangan tersasar dan mesti mengikut Rasulullah SAW dalam segala bidang. Baik yang berhubung dengan Allah mahupun berhubungan dengan sesama manusia. Hal ini sesuai dengan firman Allah bermaksud, “Tidak ada manusia yang paling mulia di sisi Allah melainkan yang benar-benar takwa kepada Allah.” (Al-Hujarat:13)

Dalam hal kesabaran Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya bermaksud, “Sabar yang sebenarnya pada saat bermula tertimpa musibah.” (Riwayat Al Bukhari).

Sementara Hukamak pernah berkata, “Apabila seseorang itu reda menerima apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, maka dia akan menjadi orang terkaya di dunia.” Oleh itu, reda dan sabar adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang dalam menghadapi ujian dan musibah.

Seterusnya, Nabi SAW bersabda bermaksud, “Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.” (Riwayat Al-Hakim).

Ada pepatah mengatakan kesempurnaan hidup terletak pada tiga perkara, iaitu pandai menahan hati dalam menjunjung agama, sabar ketika ditimpa musibah dan pandai mengatur belanja.

Sementara itu, ahli Tasauf Hassan Basri menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

Sifat sabar sangat penting dalam kehidupan. Kata-kata ini boleh dijadikan renungan “Sabar terhadap teman yang menyakitkan lebih baik daripada mencacinya. Mencaci adalah lebih daripada memutuskan silaturahim dan memutuskan silaturahim adalah lebih baik daripada berkelahi”.

Dalam kehidupan tidak ada seorang pun yang terlepas daripada kesedihan dan tidak seorang manusia pun yang terhindar daripada kesusahan. Oleh itu, bersabar menghadapi musibah.

Dr Aidh Abdullah Al-Qarni mengatakan, “Setiap musibah yang menimpa dirimu misalnya kesedihan, kesusahan, kelaparan, kemiskinan, penyakit, hutang dan musibah lain, Allah akan memberi pahalanya kepada anda jika anda bersabar.”

Percayalah dunia ini adalah tempat ujian dan cubaan. Semuanya ini adalah ke arah mencari reda Allah. Oleh itu, kita digalakkan meminta pertolongan hanya kepada Allah.

Sebagai ibu bapa, seseorang itu mesti bersabar menghadapi kerenah anak yang sedang membesar. Semua kebahagiaan terletak pada kesabaran ibu bapa yang menentukan sama ada bahagia atau sebaliknya dalam rumah tangga.

Dalam kehidupan, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

Sesungguhnya, sifat sabar dapat memaafkan kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh pancaroba.

Dah pandai bguling! yeayy...

Nik Nurehan | Monday, September 17, 2012 | 0 Komen
Photo: Good Morning! Dah bgn pun. Wake up with a smile. Make someone else smile...
Photo
Photo
Alhamdullilah masa 4 bulan 10 hari dgn rasminya blh mniarap. Bila dh 5 bulan ni sudah boleh bguling guling. heeeeeeee.. sgt bahaya kalau tinggalkan hadif di atas katil seseorang atau letak di bwh pun, jangan sampai telepasss pandang. Sgt2 bahaya utknya. Bab senyuman tu ikot mood la. manyak serius dr tsenyum kut. kiki. Hadif kuat menyembur / main air liur. Kalau duduk depan dia, agah-agah dia, confirm la kena sembur. Ann ada tbaca kalau baby suka sembur2 ni. rambut si ibu akan gugur ... ye ker?? Ann tak tahu nk kata betul ke tidak sbbnya rmbut ann ni slalu gugur. Lebih2 lg hadif ni suka sgt tarik rambut!!! arrrrrrggggggg sakitnya!! Normalkan 100 lai shari rambut kita akan gugur.

Moga senyum-senyum selalu :)

Nik Nurehan | Wednesday, September 12, 2012 | 2 Komen
Photo

Encem Boy Mama Dah Pandai Senyum

Alhamdulillah,sekarang Hadif Hassani dah pandai memberi senyuman. Seorang bayi yg baik, tak banyak ragam, nanges manja lagi. Nangesnya slalu time lapar aja. kalau cukup kenyang no problem. heeeeeeee.. Hadif ni seorang yg serius. Kiranya kalau dia kasi senyuman itu tsangat la bharga dan istimewa :)
Heeee.. nurun arwah toknya lah yg seorang yg serius lg bekeng. bekeng ker? heeeee tak lah. ayah bekeng ngan org jerk dgn ank sndiri tsangat2 la pnyayang. love you ayah. smoga tenang di alam sana. insyaALLAH.
Dari segi pcakapan itu ada lah yg dicakapnya. tp biasa la nama lg baby, bahasa dia la kan. Yang peliknya kalau nk bebel mesti nk masukkan tangan dalam mulut. aishh apa pesyen ni. hihi. Skg ni jgk suka sangat 'sembur' aka buat buih di mulut. kikiki. t'sembur abisss air liurnya. nakal!

Photo

Love HUGO BOSS

Nik Nurehan | Monday, September 10, 2012 | 0 Komen
Photo: Tq Aunty Farah! ♡ Hugo Boss! Nati upload ek gamba hadif. Kiki.
Thank You Aunty Farah utk Hugo Boss neh. Heeeeeeee.. Confirm hadif nmpak ensem giler dgn baju mahal ni. kikiki. Sayangnya, suar itu tidak muat dengan hadif. hadif bdk gemokk! haha. Utk pengetahuan korang2 ek, baju & sluar neh bersaiz bdk 1 thn. tak muat tu sbb cutting kecik kut! hurm........ esk2 hadif kuruss tak?? sayangnya x leh pakai, tpaksa simpan utk adik2 dia la ni. Boleh ke hadif? hihi. insyALLAH.

I Love you !

Nik Nurehan | Monday, September 10, 2012 | 0 Komen
Photo: We're a happy family ♡ Me, Mama & Papa

Marriage is like a book, the 1st chapter: relationship, 2nd chapter: engagement, 3rd chapter: marriage, and the last is growing old together.

Selamat belajar!

Nik Nurehan | Monday, September 10, 2012 | 0 Komen
Faez dah selamat berangkat ke Jordan utk menyambung pelajaran nya. Moga kejayaan yang lebih cemerlang lagi mampu dicapai. Sama-sama lah kita doakan faez. Jaga diri di tempat orang ya!

SUPER KAMPUNG STYLE - T'gelak & Repeat banyak kali..

Nik Nurehan | Monday, September 03, 2012 | 0 Komen
SUPER KAMPUNG STYLE
Everybody wants to come to the city
For the promise of bling and lots and lots of money
What they don’t realize is that it’s noisy and hazy
And a 5 minute trip becomes a 5 hour journey.

But in your kampong,
You can wear sarong
Anywhere you go oh
Everybody knows oh
In your kampong,
Lepak kat lorong
You can go
Everybody knows
You can pancing, pull the pacat, panjat pokok, gotong royong

Super kampong style

Ehhhh…. nenek molek eh eh eh eh eh
Ehhhh… sexy monyet ooh ooh ooh ooh

In Kelate, we say huk alohh bakpomu natebeghuk
But don’t say that coz u might kena tumbuk

Wo mahder’s from Kampo
And we got excellent Kai Chai Peng
They’re funny looking biscuits made for humans out of chicken

Dei macha, Klang is our kampong in the city
Dei macha, we got cheap tires and great bkt
Dei macha, our kampong is as big as a country
Dei macha, say it, dei macha.

Coz in your kampong,
You can wear sarong
Anywhere you go oh
Everybody knows oh
In your kampong,
Lepak kat lorong
You can go
Everybody knows
You can mandi sungai, panjat kerbau, main lastic, gotong royong

I don’t know, US is my kampong yo,
We eat burrito, what is sambal telor?
Naw I love Terengganno,
We eat k’ropok lekor

Super kampong style

Meniarap Sudah..

Nik Nurehan | Saturday, September 01, 2012 | 2 Komen
Aktif meniarap. Dah boleh terbalikkan badannya sendiri . Siap dah pandai betul-betulkan tangan. Good Boy!! Yeay... Hadif dah buktikan yg Hadif boleh. walaupun bdn hadif besar tp Hadif bjaya lakukannya. bila tiba masanya x perlu kita paksa, insyALLAH blh dgn sndirinya.

Mosquito net. Aiayayaya...

Nik Nurehan | Saturday, September 01, 2012 | 0 Komen
Ann perhatikan baby hadif suka sangat main dengan mosquito net bila bgn dr tidurr.. heeeee... Time subuh utk susu then tido balik(bgn utk susu jerk x de nk main2 pun). kduanya skitar jam 8 pg. Kelambu pun blh buat main sayang?

Tisu!

Nik Nurehan | Saturday, September 01, 2012 | 2 Komen

Baby hadif i neh suka sgt bmain dengan tisu!! hehehe... bengkurap la gini.
nampak gaya pasni kena beli tisu murah2 skit, hurm.... cap tesco ker. haha. murah ker??? heee.. murah mahal suma kena guna duet.. ingat senang ker nk dapat duetttttt hah?

Makan2 Pizza & Choc Mud

Nik Nurehan | Saturday, September 01, 2012 | 0 Komen
Photo: Mkn2 sempena birthday ;)
Celebrate my besday dengan pizza hut? heeeeeee... simple tp menarik. haha. slalunya tiap tahun mesti order dgn new horizon kan tp thn ni blainan okeh, order fast food sajork. keke.
Yg lebihnya, siap order 3 biji ok. mcm ler blh abiskan. haha. hoiiiiiiiiii!!! bknnya dasar mkn byk dah ada kupon dr pizza so gunakan aja lah. lg pun kelmarin tu last day tau.. rugi kalau x guna. tul tak?? 3 biji pizza size regular bserta tax hanyalah rm 40.30 ;) murah kan,kan....
Photo
* x abis pun, simpan dlm frezer. kiki.

Enjoyed cheese brownies!

Nik Nurehan | Saturday, September 01, 2012 | 0 Komen
Photo: Trima Kaseh K.Nah! Sukanya! Ada jgk la birthday cake. Hihi. X puas mcm choc mud cake dr sr smalam. Rezeki! ;)
mmm so yummy ... Trima Kaseh to my cousin, Kak Nah! x sia2 okeh i gurau2 mintak sbiji cake. mau lompat jerk bila tpandang cake di atas meja. suka hati nya! hehehe...
I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com