2/1/13 - 3/1/13 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 2/1/13 - 3/1/13
Mothercare Sales Highlights ( 1 March - 24 March 2013)

Mothercare Sales Highlights ( 1 March - 24 March 2013)


Sales Period : 1 March - 24 March 2013. Available at all Mothecare outlets in West Malaysia. Some item may only available at selected outlets. While stocks last.

PhotoPhoto
PhotoPhoto

* ada peluang la nk bshopping di mothercare bln 3 nanti. insyaALLAH ;)
PETUA ANAK MENANGIS MALAM :

PETUA ANAK MENANGIS MALAM :



PETUA ANAK MENANGIS MALAM :
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :
1. surah al-Fatihah,
2. ayat al-Kursi,
3. surah an-Nas
4. dan surah al-Falaq,
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
Wanita. Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.!

Wanita. Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.!


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

» Fakta Mengenai Pelukan «

» Fakta Mengenai Pelukan «



• Untuk kesihatan jantung 
Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah) 

• Memperlahankan kadar degupan jantung 
Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal. 

• Meningkatkan rangsangan sistem saraf 
Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka. 

• Menghilangkan sifat negatif 
Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutan, kesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan. 

• Meningkatkan keserasian 
Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan pelukan, akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik. 
 kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.


Assalamualaikum...

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..?
Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita.
Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur. Semoga kita sentiasa menjaga kewajipan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa dgn sempurna.

Wallahualam...
Perkongsian yg bagus.Moga ianya menjadi amalan semua

Perkongsian yg bagus.Moga ianya menjadi amalan semua




Salam Jumaat buat cinta hati semua....
Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pej guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila2". Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya kuarkan dompet duit saya ... Dlm fikiran saya mula mengesyaki yg org tua ini mempunyai niat yg tidak bagus tp dlm masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan org tua itu.
Org tua itu senyum, seolah2 dia tahu apa ada dlm fikiran saya lalu berkata "Jgn bimbang, Pakcik tidak berniat jahat". 
Apb melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sbnr org tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yg byk, dlm ni cuma ada RM10 jer, cukup utk tmbg balik & mkn saya hari ini".
Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% drp RM10 td bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 td & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."Insyaallah jika Cik amalkan ini sampai bila2 Cik tidak akn papa kedana". 
Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akn mengambil 20% drp wang yang ada....melipat & menyelitnya di dlm dompet. Setiap bln apb saya keluarkan bkn ratus tersimpan malah ribuan ada di dlm selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dlm akaun simpanan. 
Banyak membantu saya, krn kdg2 duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..
Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh ep 1 & 2

Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh ep 1 & 2



Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:


Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
TIPS MENGURANGKAN MASALAH BENGKAK DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG :

TIPS MENGURANGKAN MASALAH BENGKAK DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG :


1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Okey, diharap tips di atas dapat membantu ibu-ibu comel yg sedang mengandung.
Doa untuk menambahkan susu:

Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. AMIN. 

*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum,

PETUA ANAK CEPAT BERCAKAP

PETUA ANAK CEPAT BERCAKAP


Photo
1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas


3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat


4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.
Perlu lebih berhati hati.

Perlu lebih berhati hati.

Photo: Ada jerk kt tgn nk masuk dlm mulut.. tisu, kertas itu peveret.
Pantang ada barang di tangan. laju jerk dia masukkan ke dalam mulut. Smemangnya semua bdk bperangai sbegitu kan. Risau jgk bila pegang kertas n tisu! Waaaaaaa itu pun dimakannya.. x pasal kena korek2 dlm mulutnya takut tetelan. hadif ooo hadif... Bukannya mama, papa atau tok x kasi hadif makan kan. Kenapalah nk makan yg bukan2. Bahaya tau. Kalau tlepas pandang mcm mana?
Bila Hadif ke Mall..... temani Mama n Papanya SHOPPING..

Bila Hadif ke Mall..... temani Mama n Papanya SHOPPING..

Photo: Sampai tesco, monyok sbb br bgn tido. Kuar tesco mcm pning kepala byk sgt mama dia shopping kut. Duet duet. Hihi.. boros la mama aku nih.
Gaya Hadif di Tesco Kota Bharu
Photo: Vroomm vroomm di kbmall. Suka sgt naik benda ni sbb hadif sukakan stereng kreta.
Gaya Hadif di KBMALL. Minat sangat ngan kreta. Siap ada sound effect yg kluar dr mulutnya. Sejam lebih jgk la hadif sempat 'enjoy' dengan mainan nya itu..... Agak2nya ada ke tidak kedai mainan yg jual kreta sbegini rupa. hihihi.

Photo: Hero tua & hero muda. Hihi
Makan2 di PCB, Kelantan.

Makan2 di PCB, Kelantan.

Photo: First time makan2 di pcb. Bg kami agak mahal. Rm42 mcm neh jerk... hurm....
Makan2 di waktu petang stelah penat bshopping di KBmall N Tesco. Hurm. bg kami bdua x bebaloi la dengan mkanan spt di atas dengan bayaran rm 42. hurm........ Apakah!! tahap restoren dh neh padahal hanya spinggan nasi grg paprik, mee goreng, air cocout shake 2 gelas bserta gorengan 3 cucuk iaitu keropok lekor, udang dan ketam. Skali mkn dh serik ok. Adakah kami bkira? heeeeeeeeee... rasa x logik pun ada. time bayar tu tgaman jgk tp bayar je lah. spatutnya kita tanya harga satu persatu baru la puas hati dok!!??
Hadif climb stairs?

Hadif climb stairs?

Photo: Kejap2 naik tangga. Biarlah blh b'jalan dulu Hadif Hassani. Mohd Khairi Hurm...
Your baby probably will start trying to climb stairs soon after he learns to walk. This often happens about 12 months old, but she may take her first steps anytime between 10 and 18 months.

Before he starts walking, you may notice your child "climbing" stairs by crawling up or down them on his hands and knees.
If you haven't already installed safety gates at the top and bottom of your staircases and covered banister openings with mesh or plastic covers, do it as soon as possible. "Never let your child play unattended on or near staircases unless there's a gate," says Victoria J. Youcha of Zero to Three, a nonprofit organization devoted to the healthy development of infants and toddlers. "And keep your safety gates up until your child is at least 3 years old."
Once your child starts walking, it's safe to let her climb stairs on her feet, holding your hand and/or the railing for support. Make sure she doesn't have to stretch so far that she loses her balance. Some early walkers prefer the hands-and-knees method of climbing for a few months until they feel comfortable enough climbing the stairs standing up.
By 24 months old or so, your child should be able to go up and down stairs safely on her own while holding onto the railing, though you should still stay close by to prevent slips and falls. Outdoor play equipment with a short ladder to climb or steps up to a slide are great practice, too. 

TIPS : Isteri Hamil Perlu Di Urut

TIPS : Isteri Hamil Perlu Di Urut


Sebelum tidur adalah waktu relaks terbaik untuk Si Suami memanjakan Isteri yang sedang hamil. Walaupun dengan hanya urutan yang ringan dan lembut , ianya amat bermakna buat si isteri dan memberi kesan yang baik kepada bayi kelak. Urutan juga adalah sebagai satu cara terima kasih suami terhadap isteri yang mengandungkan zuriatnya.

Perlu diingatkan jangan diurut di bahagian perut dan sekitarnya , memadai dengan urutan di belakang , pinggang ,betis dan kaki.

Tips penting kepada suami, jika isteri mengandung, sewaktu bangun pagi, tanpa diminta atau isteri perlu merengek, cuba urut kaki dan betis mereka.

InsyaAllah, kehidupan seharian akan lebih tenang dan 'terkawal'.

Selamat Malam ~
‎10 Tips Mengajar Bayi:-

‎10 Tips Mengajar Bayi:-

10 Tips Mengajar Bayi:-

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

(Sumber: Pa&Ma Disember 2011)
Hadif Bsama Papanya.. Besfrem 4 eva...!

Hadif Bsama Papanya.. Besfrem 4 eva...!

PhotoPhoto
Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)

Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)


Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)

Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.

Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.

Mengapa anda memerlukan caesarean section ?

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:

1. kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :

1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Prosedur

1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. Saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?

1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .

Mitos

Mitos 1: 
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta: 
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2: 
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta: 
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Mitos 3:
Sebelum bersalin seseorang wanita yang mengandung boleh dijangka untuk bersalin melalui faraj atau sebaliknya.
Fakta: 
Beberapa kajian telah menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk sesetengah bayi. Kaedah ‘ultrasound mempunyai 10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi. Oleh itu, kebanyakan doktor mendapati kesesuaian seseorang wanita untuk bersalin melaui faraj adalah melalui ujian makmal
Bersalin menggunakan vakum

Bersalin menggunakan vakum

Bersalin menggunakan vakum

Prosedur:

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.
2. Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.
3. Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy)
4. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.
5. Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.
6. Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.
7. Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.
8. Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.
9. Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.
10. Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.
11. Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.
12. Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.
13. Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.
14. Plasenta akan dikeluarkan.
15. Luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.
16. Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan.
PERINGKAT PERKEMBANGAN BAYI

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAYI



Tahap Perkembangan Bayi Umur 0-3 bulan
* Mengangkat kepala setinggi 45 derajat
* Menggerakkan kepala dari kanan/kiri ke tengah
* Melihat dan menatap wajah Anda
* Mengoceh spontan atau bereaksi dengan mengoceh
* Suka tertawa keras
* Bereaksi terkejut terhadap suara keras
* Membalas tersenyum ketika diajak bicara/tersenyum
* Mengenal ibu dengan penglihatan, penciuman, pendengaran dan kontak

Tahap Perkembangan bayi Umur 3-6 bulan
* Berbalik dari telungkup ke telentang
* Mengangkat kepala setinggi 90 derajat
* Mempertahankan kepala tetap tegak dan stabil
* Menggenggam pencil
* Meraih benda yang ada dalam jangkauannya
* Memegang tangannya sendiri
* Berusaha memperluas pandangan
* Mengarahkan matanya pada benda-benda kecil
* Mengeluarkan suara gembira bernada tinggi atau memekik
* Tersenyum ketika melihat gambar/mainan yang menarik saat bermain sendiri

Tahap Perkembangan Anak Umur 6-9 bulan
* Duduk (sikap tripoid-sendiri)
* Belajar berdiri, kedua kakinya menyangga sebagian berat badan
* Merangkak meraih mainan atau mendekati seseorang
* Memindahkan benda dari tangan satu ke tangan lainnya
* Memungut 2 benda, masing-masing tangan pegang 1 benda pada saat yang bersamaan
* Memungut benda sebesar kacang dengan cara meraup
* Bersuara tanpa arti, misalnya mamama, bababa, papapa.
* Mencari benda/mainan yang dijatuhkan
* Bermain tepuk tangan/ciluk ba
* Bergembira dengan melempar benda
* Makan kue sendiri

Tahap Perkembangan bayi Umur 9-12 bulan
* Mengangkat badannya ke posisi berdiri
* Belajar berdiri selama 30 detik atau berpegangan di kursi
* Dapat berjalan dengan dituntun
* Mengulurkan lengan/badan untuk meraih mainan/gambar yang diinginkan
* Menggenggam erat pensil
* Memasukkan benda ke mulut
* Mengulang menirukan bunyi yang didengar
* Menyebut 2-3 suku kata yang sama tanpa arti
* Mengeksprolasi sekitar, ingin tahu, ingin menyentuh apa saja
* Berekasi terhadap suara perlahan/bisikan
* Senang diajak bermain “ciluk ba”
* Mengenal anggota keluarga, takut pada orang yang belum dikena
Memohan kpdNYA, YA ALLAH..

Memohan kpdNYA, YA ALLAH..

Photo: "Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.

dibawakan oleh AFD by Mr & Mrs F.....=)
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

 Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. 
 Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal. 

 Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.
Manusia dan Harta

Manusia dan Harta

Suka kepada harta merupakan tabiat semulajadi manusia. Firman Allah .Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 14 bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”.

-          adakah harta yang dimiliki adalah hak mutlak kita atau hak mutlak Allah SWT?
-          Adakah membelanjakan harta di jalan Allah akan menyebabkan harta kita semakin berkurangan atau semakin bertambah ekoran keberkatan yang dikurniakan Allah?
-          Adakah harta yang dikumpul di atas dunia ini akan berkekalan selamanya dan boleh di bawa sekali ke liang lahad?
-          Adakah harta yang dimiliki boleh menjamin kebahagiaan seseorang sekiranya tidak ada keberkatan pada harta tersebut?
-          Apakah yang paling penting dalam kehidupan seseorang demi menjamin kebahagiaan di akhirat kelak?
TIPS MENJAGA ANAK AKTIF

TIPS MENJAGA ANAK AKTIF


Anak aktif pasti memeningkan ibubapa. Tingkah laku yang aktif menyukarkan kawalan oleh ibubapa terhadap anak tersebut. berikut tips dan panduan yang boleh dicuba untuk mengawal anak yang aktif:

• Kurangkan makanan yang bergula. Gula memberi lebih banyak tenaga kepada anak aktif.

• Beri tarikan baru kepada kanak-kanak yang membolehkan beliau duduk diam seperti melukis, membaca, permainan dan sebagainya.

• Memberi ganjaran sekiranya beliau duduk diam.

• Beri ruang kepada beliau supaya bermain sepuasnya.

• Jangan menyekat sifat aktifnya tetapi salurkan ke arah yang betul seperti bersukan, membuat kerja atau sebagainya.

• Banyak bersabar.

• Pastikan persekitaran selamat seperti bucu-bucu tajam, ruang yang selesa, berpagar atau bergril. Elakkan kawasan yang berisiko.

• Ibubapa sentiasa aktif dan memakai pakaian sesuai dengan anak seperti kasut, seluar dan baju. Untuk persediaan untuk mengejar.. hehehehe..

• Membuat penegasan seperti kenakan hukuman jika tidak mendengar arahan.

• Sekiranya anda anda terlalu aktif sehingga tidak boleh mengawal tingkah laku, sila bawa berjumpa doktor kerana anak anda mungkin tergolong dalam kanak-kanak hyperaktif.
My 10 month old Baby Boy!

My 10 month old Baby Boy!

Wow ... 10 months!!! I can't hardly believe that my baby boy will be a year old in just two short months. I can't believe how fast he is growing up. Love You!!
My son in his walker..

My son in his walker..


My son loves it and is happy to play!! 
( kejap2 blh la. dah bosan mula la ngamuk suh angkat) kiki. 
Selamat Pengantin Baru Yatie & Ayie

Selamat Pengantin Baru Yatie & Ayie

Photo: Selamat pengantin baru @ctyati & ayie! Sekoga bkekalan & berbahgia...
Photo

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

  Photo: Bsama pengantin @ctyati
Photo: Incik hadif hassani x tgk cmera la pulak.... @ctyati
Photo: Orait hadif dh ready aunty @ctyati
Photo: @ctyati
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

Photo: @ctyati bsama suaminya, ayie.

Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah. 

1. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja? 

2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’: 
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Terkini bulan February 2013. Sabtu Lepass... Aktiviti Kluarga.

Terkini bulan February 2013. Sabtu Lepass... Aktiviti Kluarga.

Photo
My Hero Hadif Hassani
Photo
Papa dengan ank kesayangan nya... 
Photo
Dah lama x bgambar bdua cam gini. 
Photo
Kalau dulu bdua sekarang btiga. insyaALLAH kami akn brempat tidak lama lg! 
I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com