TIPS MENJAGA ANAK AKTIF - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: TIPS MENJAGA ANAK AKTIF

06 February 2013

TIPS MENJAGA ANAK AKTIF

Nik Nurehan | Wednesday, February 06, 2013 | 0 Komen

Anak aktif pasti memeningkan ibubapa. Tingkah laku yang aktif menyukarkan kawalan oleh ibubapa terhadap anak tersebut. berikut tips dan panduan yang boleh dicuba untuk mengawal anak yang aktif:

• Kurangkan makanan yang bergula. Gula memberi lebih banyak tenaga kepada anak aktif.

• Beri tarikan baru kepada kanak-kanak yang membolehkan beliau duduk diam seperti melukis, membaca, permainan dan sebagainya.

• Memberi ganjaran sekiranya beliau duduk diam.

• Beri ruang kepada beliau supaya bermain sepuasnya.

• Jangan menyekat sifat aktifnya tetapi salurkan ke arah yang betul seperti bersukan, membuat kerja atau sebagainya.

• Banyak bersabar.

• Pastikan persekitaran selamat seperti bucu-bucu tajam, ruang yang selesa, berpagar atau bergril. Elakkan kawasan yang berisiko.

• Ibubapa sentiasa aktif dan memakai pakaian sesuai dengan anak seperti kasut, seluar dan baju. Untuk persediaan untuk mengejar.. hehehehe..

• Membuat penegasan seperti kenakan hukuman jika tidak mendengar arahan.

• Sekiranya anda anda terlalu aktif sehingga tidak boleh mengawal tingkah laku, sila bawa berjumpa doktor kerana anak anda mungkin tergolong dalam kanak-kanak hyperaktif.

No comments:

Post a Comment

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com