2017 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 2017
Resepi Soda Herbs Paling SEDAP bsama Tepung MALAS!!

Resepi Soda Herbs Paling SEDAP bsama Tepung MALAS!!



Air Soda Herbs Minuman Hari ini.. 

๐ŸนBahan yang diperlukan :

๐Ÿ‘‰Air Aiskrim soda.

๐Ÿ‘‰1 tin laici

๐Ÿ‘‰ batang serai diketuk

๐Ÿ‘‰daun pudina ~ terpulang berapa lai

๐Ÿ‘‰1 biji lemon ~ dihiris nipis.

๐Ÿ‘‰10 biji asam boi putih.

๐Ÿ‘‰ketulan ais secukupnya.

๐Ÿน Cara - Cara :

-Cuci semua bahan hingga bersih.

-Hiriskan lemon nipis nipis.

-Sediakan bekas yang bersesuaian.

-Letakkan daun pudina secukupnya.

-Masukkan lemon yang telah dihiris.

-Diikuti asam boi putih.

-Masukkan buah laici

-Masukkan serai

-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.

-Akhir sekali letakkan ketulan ais

Ok, dah siap dah. Sekarang dah boleh minum!

#airtangansuami #sodaherbs #minuman#segardannyaman #masammanis#cubadulubarutahu #sedap

Pagi pagi dh makan tepung malas/jepuk malas/colek malas tp tak bermakna kita ni malas okeh. Biarpun sblm ni kita mmg malas x smestinya kita kemalasan sepanjang hidup kita. InsyaAllAh dengan doa doa yang baik pasti seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik dan bguna. Setiap manusia ada baik dan buruknya, ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Sama ada kita ikhlas boleh menerima atau tidak itu terpulang pada hak masing masing. Tiada paksaan. Tepuk dada tanya selera. Buang yang keruh amik yang jernih. 

Maksud: Melupakan hal yang tidak baik, dan mengingati hal yang baik sahaja.

Bebel panjang panjang:
Bahan bahan cuma taugeh, carrot, daun kucai, serbuk penaik,tepung,telur,udang & air.

Kembali Menulis...

Kembali Menulis...


Lama dah tak menulis blog.
Macam mana nak dapat jiwa menulis blog.
Entry terakhir tahun 2013, ketika tu tengah mengadungkan anak kedua Irdina Maisarah.
hahaha. Sekarang dah 4 tahun pun dia tahun 2017. Punya lama kan STOP kan. Lagi beberapa bulan dah masuk tahun 2018. Fuuuhhh....
ilmu mengarang pun dah kekok dan kosonggg.
Macam kenal belajar semula la. Tak terlambat bukan.
kalau orang lain guna .com.my kita masih blogspot.com
haha. Ketinggalan bukan?

Macam macam terjadi dalam 4 tahun ni. Alhamdullilah sekarang Ann dah ada 3 orang anak. Alhamdullilah berselang seli jantinanya. Lelaki --> Perempuan kemudiannya Lelaki.
Yang bongsu sekarang ni dh 11 bulan. Yang dua lagi di Tadika di belakang rumah je pun! 
Punyaaaaaaa jauh oke, kalau kita di dapur pun boleh mengitai. Nampak tu tidak la tapi boleh la dengar suara suara anak anak di tadika bserta teacher teacher Pelangi Ilmu.

Banyak je topik, cerita, hal hal yang belaku yang ingin dikongsi sehinggakan tidak tahu nak mulakan dari mana. Huru hara jadinya.

Memandangkan Ann start balik Business Online AN-Wardrobe, boleh la luangkan masa beberapa minit di sini. 
Kenapa mulakan balik Business Online ni? Untuk mencari rezeki halal nak teruskan hidup, kasi anak anak sekolah dan makan. Boleh gitu?
Nak harapkan belas ehsan siapa, dah pandai beranak kena pandai cari duit lah.
InsyaALLAH cepat lambat datanglah rezeki tidak disangka sangka.

Kita perlu bersabar dan yakin akan rezeki dari Allah. Memang benar kita telah berusaha sedaya upaya tapi yang memberi kita rezeki adalah Allah. Perancangan Allah sudah pasti yang terbaik untuk setiap hambanya. Kita perlu redha, bersabar dan sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi. Rezeki pasti akan datang kepada kita.

Ada Orang Cepat Dapat Hasil, Ada Yang LambatRealiti kehidupan, ada orang yang buat kerja sikit tapi dapat hasil yang banyak. Dan ada pula orang yang buat kerja banyak tapi dapat hasil hanya cukup-cukup makan saja.Memang lumrah hidup yang rezeki tidak datang cepat mengikut masa yang kita mahukan. Kuncinya adalah sabar dan yakin yang Allah akan berikan rezeki mengikut keperluan diri kita bukan mengikut kemahuan kita.

Banyak benda dh dibebalkan ini. Ann nk mengundur diri dulu yeap. Kemudian hari kita bebel kasi panjang lagi. Choww!
Proses Pembayaran An-Wardrobe

Proses Pembayaran An-Wardrobe





Cara Pembayaran ;

Sila buat pembayaran ke akaun Maybank atau CIMB.

๐Ÿ‘‰Pembayaran hendaklah dibuat melalui Maybank2u/CimbClicks atau mesin ATM. Sila pastikan Tuan / Puan menyimpan resit bayaran sebagai rujukan untuk masa hadapan.

๐Ÿ‘‰An-wardrobe hanya mengambil maklumat seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat e-mail anda bagi tujuan penghantaran dan komunikasi dalam urusan jual beli. An-wardrobe tidak menggunakan, mendedahkan atau menjual maklumat ini kepada pihak lain. Harap Maklum.
Terima Kasih.

Terms & Condition

Terms & Condition


1) An-Wardrobe akan mempamerkan gambar-gambar produk seperti keadaan yang sebenar untuk kesenangan anda dalam memilih. Walau bagaimanapun, kebarangkalian terdapat sedikit perbezaan dari segi warna yang dipamerkan disebabkan oleh pencahayaan. An-Wardrobe akan cuba lakukan yang terbaik.

2) Tempahan  dibuat secara manual dengan whatsapp ke nombor yang tertera “+60199178190” dengan menyatakan kod produk.

Click the link ๐Ÿ‘‡ http://AnWardrobe.wasap.my/

3) Sila pastikan Tuan / Puan memberi maklumat dengan tepat semasa membuat tempahan, bagi mengelakkan kesilapan. Kami tidak bertanggungjawab diatas kecuaian Tuan / Puan.

4) Pembayaran hendaklah dibuat melalui Maybank2u atau mesin CimbClicks. Sila pastikan Tuan / Puan menyimpan resit bayaran sebagai rujukan untuk masa hadapan.

5) Pembayaran yang diterima sebelum jam 3.00 petang akan dihantar pada hari yang sama. Manakala pembayaran yang diterima selepas jam 3.00 petang akan diproses pada keesokan harinya.
Tiada penghantaran dilakukan pada hari jumaat & sabtu dan cuti umum.

6) Barangan akan sampai ke tangan pembeli dalam tempoh 1-2 hari waktu bekerja selepas tempahan dibuat dan pembayaran disahkan.

7) Penghantaran menggunakan khidmat POSLAJU. Kami menjalankan perniagaan ini secara profesional.

Jom jom pakat like page saya An-Wardrobe
Kita pakat support, follow n share page ni !

https://www.facebook.com/anwardrobe.official/

Terima Kasih.

#peniagalama #bakalmunculkembali #ladiesblouse #supportkawankawan #blouse #longsleeve #muslimah #bajuperempuan #kotabharu #bajuwanita #bajumurah

Terima Kasih.
Minta jasa baik untuk LIKE PAGE ANWARDROBE.OFFICIAL yee..

Minta jasa baik untuk LIKE PAGE ANWARDROBE.OFFICIAL yee..


Minta jasa baik untuk LIKE PAGE ANWARDROBE.OFFICIAL yee.. Terima Kasih

Salam dan selamat sejahtera. Sukaacita diumumkan!! Kedai kembali dibuka setelah bcuti lama hampir 5 tahun agaknya. Hehe..

Tujuan Ann memilih perniagaan ini kerana Ann ingin menyambung semula perniagaan atas talian ini yang sudah sedia ada cuma terhenti disebabkan ketiadaan masa utk menguruskan hal hal peribadi.

Kali in Ann ada buat perubahan sedikit kalau sebelum ini dikenali an-wardrobe tetapi sekarang ini ada penambahan sndiri iaitu anwardrobe.official

Anwardrobe.official melakukan perniagaan menerusi atas talian iaitu melalui "blog"'dan terkini melalui "facebook" serta "instagram"

Lokasi perniagaan anwardrobe.official adalah di Kota Bharu, Kelantan.

Semoga anwardrobe.official dapat membantu untuk pelanggan bergaya dan menepati cita rasa anda yang sentiasa berubah-ubah.


Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com