Kids ❤️ Raya! - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Kids ❤️ Raya!

14 August 2019

Kids ❤️ Raya!

Nik Nurehan | Wednesday, August 14, 2019 | 0 Komen

Bagi anak-anak, Hari Raya ialah hari yang paling ditunggu-tunggu!

Kegembiraan berhari raya yang dirasai oleh anak-anak ini adalah proses yang sama dilalui oleh setiap individu sewaktu mereka masih kecil. Jika dahulu, ibu bapa mereka yang membelikan pakaian baharu untuk mereka, hari ini mereka pula membelikan pakaian baharu untuk anak-anak. Mereka tahu nikmat kegembiraan yang dirasai oleh anak-anak sebagaimana mereka dibesarkan oleh orang tua mereka terdahulu.

Namun, kemeriahan hari raya juga perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza. Lain orang, lain tahap kegembiraan mereka. Tidak semua mereka yang menyambut hari raya dalam suasana gembira. 

Alhamdullilah walaupun keluarga kami tidak sebesar mana tapi keseronokkan hari raya itu dirasai. Thank to my aunty and my cousin datang datang ke rumah untuk berhari raya bersama. Hehe

Kali ini untuk hari raya haji, anak anak mengenakan baju raya yang lepas. Alaa takkan lah tiap kali raya nak beli kan. Baru beberapa bulan yang lepas je sambut Raya Aidilfitri. Tema Raya 2019 adalah colour Marron tapi bila guna camera cikai ni keluar pulak tone merah. Huhu. Next Year kita kasi tukar colour lain. Sekali setahun je beli baju raya nih itupun sehelai sorang. Haha. Kena budget budget lah bukan nya pakai slalu pun. Ini dh tamat raya haji agaknya dah tak pakai kott!

Ada sesiapa yang buat open house lagi?! 











No comments:

Post a Comment

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com