Raya Aidiladha August 2019 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Raya Aidiladha August 2019

13 August 2019

Raya Aidiladha August 2019

Nik Nurehan | Tuesday, August 13, 2019 | 0 Komen
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Islam. 

Dalam menjalani ibadah ini, sudah pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya, apakah yang berlaku di sebalik kewujudan hari raya aidiladha atau hari raya korban ini.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha), Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji
Bagaimanakah tercetusnya ibadah korban yang memerlukan umat Islam melaksanakan ibadah sembelihan?

Tahukah kita, ibadah ini dilakukan bagi memperingati peristiwa dan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah s.w.t juga kesabaran anaknya; Nabi Ismail dalam memenuhi perintah-Nya.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “"Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.

Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. 

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.

No comments:

Post a Comment

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com