9/1/19 - 10/1/19 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 9/1/19 - 10/1/19
Taman Al Furqan Part 2

Taman Al Furqan Part 2



Taman Memorial Keamanan, bersebelahan Taman Al-Fursan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Taman ini adalah hasil sumbangan Rohw Wako. Dengan terbinanya Taman ini, ia InsyaAllah akan menjadi suatu destinasi yang menarik dan santai untuk penduduk sekitar dari semua kalangan usia sebagai pelengkap kepada taman yang sedia ada iaitu Taman Al-Fursan. Perasmian Taman ini pada hari ini (4/7/2019) disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan.










Taman Al Fursan Part 1

Taman Al Fursan Part 1

Taman Jepun di Taman Al-Fursan Pengkalan Chepa

pembinaan taman ini adalah sumbangan peribadi Presiden Kehormat Rohm-Wako Japan Datuk Yosuke Yoshioka sebagai tanda persahabatan berpanjangan antara Kelantan dan Kasaoka, Jepun sejak 20 tahun lalu. 











SUGRO Kelantan

SUGRO Kelantan


BUBUR ASYURA KELATE, ORE SINI PANGGIL 'BUBUR SURO'.

Bubur asyura (SUGHO) merupakan salah satu menu klasik yang agak nostalgia bagi orang-orang Kelantan kerana ia miliki citarasa dan cara memasak yang tersendiri. Ia bukan seperti menu di utara atau tempat2 lain yang dimasak dengan cara mudah dan menggunakan tepung beras. Sebaliknya Sugho Kelate menggunakan beras dan ia dimasak agak lama antara 7 hingga 8 jam. Yang paling menarik ia ada rempah tersendiri yang banyak di jual di pasar Khadijah Kota Bharu. Kalau di Kelantan ia dihias dengan telur dadar goreng bersama sambal kelapa.







1GB FREE INTERNET!! Today Only!

1GB FREE INTERNET!! Today Only!


Bagi pelanggan pascabayar Celcom Mobile dan pascabayar Celcom Xpax pula, pelanggan boleh menikmati 1GB internet secara PERCUMA!
Kesemua tawaran ini hanya sah dalam masa 24 jam pada 16 September 2019 dan boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life App sahaja.

Data percuma ini hadir dengan had masa penggunaan selama 24 jam daripada masa ia ditebus – dan tebusan perlu dilakukan hari ini sahaja, 16 September.
Bagi anda yang menggunakan rangkaian Celcom, anda boleh menyemak penebusan ini dengan ke aplikasi Celcom Life dan seterusnya memilih Privilege dan “Free Internet on Malaysia Day”.


Jadi jangan tunggu lama-lama lagi, dapatkan tawaran istimewa ini dengan segera, hari ini sahaja.
Hak Tegoh Katering Buffet Pagi

Hak Tegoh Katering Buffet Pagi

 
Nahh..ambikk kau..mkn smpai puas..bekpess jer..murahh dan berbaloii sgt..mcm2 blh mkn..byr rm5 jerr..sooo jimatt!!!๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ..mana nk cari la kedai mcm ni... Haha.


Salam, Selamat Pagi Hari Isnin dan Selamat Bercuti kepada anda Semua Sempena Hari Cuti Malaysia Hari ini.

Pagi ini kami ingin share satu lokasi Tempat Breakfast yang paling murah dan teramat lah sedap, kena dengan selero, juga terdapat berbagai bagai jenis menu untuk pilihan anda semua.

Apa nama dan lokasi kedai ini? Di mana lagi kalau bukan di kedai makan HAK TEGOH CATERING yang terletak di Jalan Long Yunus Kota Bharu Kelantan 
Atau anda blh tekan link untuk like page Facebook ini:



Makan la nak makan apa pun sampai kenyang. Dia charge RM5 je satu kepala. Ada nasi berlauk, nasi kerabu, roti bakar, lontong, nasi lemak.



Hari Kebangsaan Peringkaf Sekolah Rendah

Hari Kebangsaan Peringkaf Sekolah Rendah

 

Sebahagian murid penuh bersemangat melaungkan Merdeka dan memakai pakaian bercorak Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Islah.

 
Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah “terhad."

Alhamdullilah, tetap menang walaupun “saguhati”
Berkat kegigihan papa menampal bendera yang dibeli ya di “Mydin”. Haha.
Last minit punya kejaan sebelum anaknya ke sekolah. Haha. Bangun 4pagi ok. Nak buat awal awal tu mengatuk, tidur dulu. Hehe. Tahniah Hadif & Papa.






I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com