Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dibawa Pedati Diraja - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dibawa Pedati Diraja

29 September 2019

Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dibawa Pedati Diraja

Nik Nurehan | Sunday, September 29, 2019 | 0 Komen













Ribuan rakyat Kelantan yang bersedih di atas kepergian Sultan Ismail Petra berbaris di sepanjang jalan untuk memberi penghormatan terakhir.

 


Pedati khas yang membawa jenazah diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak meninggalkan pekarangan Istana Balai Besar kira-kira jam 5 petang dan tiba di pekarangan Makam Diraja Langgar yang terletak sejauh 3.4 kilometer dari istana, kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Ribuan rakyat jelata berbaris di kiri kanan jalan sepanjang laluan digunakan pedati khas membawa jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra.

Atas perintah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, perkabungan kerana kemangkatan Almarhum Sultan Yahya Petra dimulai hari ini dan berlangsung selama 40 hari.
Katanya, bendera negeri dan bendera lain hendaklah dikibarkan setengah tiang dalam tempoh itu.
“Pejabat kerajaan, gedung perniagaan, sekolah dan pertubuhan yang sempurna hendak ditutup selama tiga hari bermula hari kemangkatan (hari ini), manakala segala bentuk permainan hiburan hendaklah dihentikan selama tiga hari selepas pemakaman.
“Permainan pentas secara sambilan, pertunjukan untuk derma dan sukan tidak boleh dilangsungkan sehingga 40 hari,”


 

Tiga ulama Kelantan, masing-masing Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie Negeri Datuk Daud Muhammad dan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Muhamad Hana Pizi Abdullah diberi penghormatan membacakan ayat-ayat suci al-Quran di atas Pedati Diraja.



Jenazah Almarhum Sultan dibawa dengan Pedati Diraja yang ditarik sejauh 4 kilometer oleh kira-kira 50 anggota keselamatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Makam Diraja Langgar dari Istana Balai Besar di sini.



Sebanyak 72 das tembakan meriam turut dilepaskan mengiringi jenazah Sultan Ismail Petra ke Makam Diraja Langgar.
Jenazah Sultan Ismail Petra kemudiannya disemadikan bersebelahan makam bapanya, Sultan Yahya Petra.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com