Sultan Ismail Petra Mangkat - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Sultan Ismail Petra Mangkat

28 September 2019

Sultan Ismail Petra Mangkat

Nik Nurehan | Saturday, September 28, 2019 | 0 Komen

KOTA BHARU: Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pagi ini.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata dengan kedukaan dan kemasyhuran dilafazkan iaitu Sultan Ismail Petra yang dihormati dan dikasihi sudah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi.

“Oleh itu, ketahuilah bahawa dengan titah perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra bermula hari ini iaitu 28 September 2019 bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah.

“Istiadat pengebumian dilakukan selepas solat Asar hari ini,” katanya dalam Sidang Media Pengumuman Kemangkatan di Bilik Gerakan Kota Darul Naim, di sini.

Mengenai pengebumian, katanya, perbincangan rasmi akan dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga mengisytiharkan cuti peristiwa selama dua hari bermula esok bagi menghormati perkabungan Sultan Ismail Petra,” katanya.

———————————————————————————


Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949 - 28 September 2019) was the Sultan of KelantanMalaysia from 30 March 1979 until 13 September 2010. His father was Sultan Yahya Petra and his mother was Tengku Zainab. His consort is now known as Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. He was succeeded by his son, Tengku Muhammad Faris Petra, as Sultan Muhammad V.


Full name
Tengku Ismail Petra ibni Tengku Yahya Petra
Regnal name
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
HouseIstana Mahkota, Kubang KerianKelantan
DynastyLong Yunus
FatherSultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
MotherTengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com