10/1/19 - 11/1/19 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 10/1/19 - 11/1/19
Visit Kelantan 2020 & Visit Malaysia 2020

Visit Kelantan 2020 & Visit Malaysia 2020

 

Assalamualaikum. Amacam dengan jerai baru kita ni? Jersi Visit Kelantan bertemakan batik. Nampak Woww kan! Kita seharusnya bangga kerana batik kelantan ini sangat famous dikalangan pelawat/pelancong luar. Jadi untuk menampakkan kita sebagai rakyat “kelate” jadi kita harus memberi sokongan akan corak batik itu ada di baju Jersi Visit Kelantan2020. Apa pendapat anda??? 
Cantik dipandang ke tidak??? Kita sebagai rakyat Kelantan kena la menyokong aktiviti aktiviti yang akan dianjurkan nanti. InsyaALLAH. Kalau tak ada pengajur kita sendiri perlu pandai mengambil inisiatif (peluang) untuk mempersembahkan keistimewaan yang ada di Negeri Kelantan.

 
En suami gembira betul boleh menggayakan baju jersi Visit Kelantan 2020 nih. Puas Hati! #jersibatikkelateku #visitkelantan #kelatekuedition 

 

Bagi sesiapa yang berminat dengan jersi Visit Kelantan Limited Edition ini?
Baju ini perlu itempah terlebih dahulu tapi kalau anda bernasib baik kemungkinan ada size yang ready stok tapi dalam kuantiti yang terhad.
Material torrrrrbaek deh bukan hok cikai cikai nih. 
Material : Premium dan tidak panas ( microfibre evelet 150gsm. 
Ianya sesuai dipakai untuk lelaki & perempuan.

 

Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia, Kelantan Office
Kampung Kraf tangan
Jalan Hilir Balai
15300 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Tel: 09 741 2400 Fax: 09 744 6672


Nasi Kerabu Ayam & Daging Bakar

Nasi Kerabu Ayam & Daging Bakar



Salam dan Selamat Pagi Hari Rabu Kepada anda semua.
Rice To Wednesday!

Nasi Kerabu merupakan makanan tradisional popular yang berasal dari negeri Kelantan. Makanan ini bukan sahaja digemari orang Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah, kalau setiap negeri ada menjual Nasi Kerabu. Lebih-lebih lagi jika disajikan pula dengan Ayam Bakar bersama tumis.


Adakah anda semua masih tercari cari idea nak breakfast kat mana pagi ini tu? 
Kalau belum dapat idea tu mari baca post kami ini yer!!!


Hari ini kami ingin share satu lokasi tempat breakfast dan juga lunch di Jalan Paya Bemban atau 

Hari ini kami ingin share satu lokasi tempat breakfast dan juga lunch di Jalan Paya Bemban atau Jalan Hospital atau pun anda boleh la Search dengan Taip KAK NA NASI KERABU DAGING BAKAR di Jalan Hospital Paya Bemban Kota Bharu.


Pagi ini Kami sudah siap breakfast bersama nasi kerabu tumis dan juga TIJOH masak lemak(Ala Macam LALA tu).  Best juga tau bekena nasi kerabu dengan TIJOH ni. Sekejap jer makan dah habis tau.


Kami shares total harga yang kami breakfast pagi ini yer.
1Nasi Kerabu Tumis Lauk Daging Bakar +
1Nasi Kerabu Tumis Lauk Ayam Bakar + 
1Nasi Kerabu Tumis Lauk Solok Lada&Petola +
1Lauk TIJOH masak Lemak +
2Bungkus Kueh + 
1Air Teh O Beng = Total Semua Harga RM27.00

Banyak Lagi Info Info Menarik Yang Akan Kami Kongsikan Untuk Promosi #VisitKelantan2020
Jangan Lupa Layari Blog Ini Yer,
http://www.niknurehan.com



 










Temujanji di Klinik Kesihatan Kota Bharu

Temujanji di Klinik Kesihatan Kota Bharu


Diabetis adalah penyakit yang tidak akan sembuh atau hilang dengan sendirinya. Penyakit ini boleh dikawal daripada menjadi lebih kronik dan mengelak daripada mendapat komplikasi akibat penyakit ini. Salah satunya adalah melalui kawalan diet dan pemakanan.


Mengawal pengambilan makanan adalah rawatan penting di dalam pengurusan penyakit diabetes. Pesakit biasanya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk memastikan pengawalan gula darah lebih baik dan terkawal melalui diet.


Penyakit ini dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak mempunyai simptom yang jelas sehingga pesakit mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, serangan jantung dan strok, mata menjadi kabur atau buta malah ada kalanya gangren pada anggota kaki dan tangan sehingga menyebabkan amputasi.
“Penyumbang kepada penyakit ini adalah masalah berlebihan berat badan hingga menyebabkan obesiti, kurang bersenam, pengambilan makanan yang melebihi keperluan harian, tinggi kandungan gula dan karbohidrat dan pengambilan serat yang kurang di dalam diet harian.

“Walaupun diabetes tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal melalui pemakanan yang seimbang dan sihat, di samping pengambilan ubat atau insulin mengikut jadual,” 

"Diabetes boleh dicegah seandainya masyarakat peka untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta kurangkan gula dalam makanan dan minuman seharian", 





Public medical center
Jalan HospitalBandar Kota Bharu15200 Kota Bharu

Syed Mokhtar kini pemilik permit akhbar Utusan!

Syed Mokhtar kini pemilik permit akhbar Utusan!

Akhbar Utusan bakal beroperasi semula.
Selepas menamatkan cetakkannya pada minggu lepas, berkemungkinan besar akhbar tertua negara, Utusan Malaysia bakal beroperasi semula.


Jutawan Malaysia beli Utusan
Hal ini berikutan satu kenyataan yang diperoleh daripada Berita Harian Singapura yang mana jutawan negara, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membeli syarikat tersebut.

Sebagai langkah kekal relevan

Langkah yang dibuat adalah bertujuan bagi memastikan akhbar tersebut kekal dicetak seperti sedia kala. Menerusi laporan itu  juga, inisiatif yang diambil Tan Sri Syed Mokhtar adalah sebagai langkah sokongan untuk mengekalkan sektor pengiklanan dan  percetakkan akhbar tersebut terus berkembang.
Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.
“Utusan akan kekal hidup kami bubarkan syarikat induk tetapi pemilikkan lesen percetakan diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan baru.”



Aurora Mulia adalah syarikat yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Namun tidak banyak diketahui mengenai syarikat tersebut selain anak beliau iaitu Syed Danial merupakan salah seorang pengarah syarikat itu.
Terdahulu, Utusan telah memulakan pembubaran dengan memperlihatkan para pekerjanya mengemas barangan dan keluar daripada bangunan tersebut apabila pihak syarikat tidak mampu membayar hutang dan gaji pekerja selama beberapa bulan.
Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah

Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah


Belanjawan 2020: 

KERAJAAN memperuntukkan RM20 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini, berkata program itu akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.
I-Suri diperkenal pada 15 Ogos tahun lalu bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.


Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?
Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:
#1 – Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang
#2 – Warganegara Malaysia sahaja
#3 – Belum mencapai umur 60 tahun
#4 – Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun
Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?
Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
#1 – Semak status di portal e-Kasih
Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih


Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’

Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.



Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:


#2 – Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP

Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.
Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.
Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.
#3 – Buat caruman minimum RM 5 sebulan
Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.
Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,
Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.
Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:
  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)
Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?
Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:
  • bayaran dividen tahunan
  • bantuan hilang upaya dan kematian
  • pengeluaran simpanan
  • pengecualian cukai
Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.
Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun)
Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000
Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan.
Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.
Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.
Untuk simpanan hari tua 🙂


ACUTERA sekali pasti Nak berkali kali

ACUTERA sekali pasti Nak berkali kali



IKAN CELUP TEPUNG DI PANTAI SABAK: 
Nama Kedai: Acu-Tera 
Keistimewaan: Sotong, Ikan, Udang Celup Tepung
Waktu Perniagaan: 3.00 petang ~ 10.00 malam
Cuti: Rabu
Lokasi: Pantai Sabak
Nombor Telefon: +6.014.840.7616
Waze: Acu Tera Sotong Celup Tepung



Harga makanannya adalah seperti berikut:
🐙Sotong Celup Tepung: RM10.00/set
🦐Udang Celup Tepung: RM10.00/set
🐚Kerang: RM10.00/set
🐟Ikan: RM6.00/ekor
Keropok Lekor: RM2/pinggan

Minuman pula berharga antara RM3.00 hingga RM6.00.

#acutera #pantaisabak #kelantan #makanceluptepung 





Lama dah tak makan kat pantai sabak nk. 
puah hati sungguh buleh ngatoh ike, ude, fishball
alohhh laaa “abuk” pun kruk kruk molep.


 

Pekena pulok ice cream nyor sedak sungguh. Harga Rm 5.50. Sero mahal ko muroh deh? Sebabnya kalu ice cream nyor hok jual kat exspo Thailand tu berapo doh. Paling muroh Rm 7.00


 
Coconut Shake pun jadi, rego pun standard dale Rm 2.50


Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com