Keunikan ukiran seni bina Masjid Ar-Rahman - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Keunikan ukiran seni bina Masjid Ar-Rahman

03 October 2019

Keunikan ukiran seni bina Masjid Ar-Rahman

Nik Nurehan | Thursday, October 03, 2019 | 0 Komen

Keunikan Masjid Ar-Rahman tidak terbatas pada pandangan luar dan dalam bangunan, sebaliknya sudut pandangan atas memberi gambaran lebih menarik seolah-olah masjid berada di sebuah pulau kecil.


Info: Masjid Ar-Rahman
• Lokasi: Kampung Pulau Gajah di Sabak, Kota Bharu
• Dibina 2016 dengan kos RM6 juta dan memakan masa dua tahun untuk disiapkan
• Mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa
• Masjid diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)


Setiap inci binaan Masjid Ar-Rahman menampilkan keunikan seni bina Islam dan Melayu. Tersergam indah di Pulau Gajah di Sabak, ia turut menerapkan gabungan hiasan binaan dari empat negara luar iaitu Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki.
• Penderma individu biaya kos pembinaan.
• Turut sumbangkan idea dan konsep seni bina masjid berpandukan pengalaman berkunjung ke luar negara 
• 10 pekerja Indonesia hasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pada masjid, separuh daripadanya ayat suci al-Quran
• Sudut pandangan atas memberi gambaran seolah-olah masjid berada di sebuah pulau kecil
• Rimbunan pokok dan parit yang mengelilingi menghasilkan udara nyaman dan sejuk kepada masjid




“Dua pintu masuk masjid contohnya dari Yaman, tiang tempat imam solat pula dari Maghribi. Set geduk berasal dari Indonesia dan lakaran al-Quran dalam bulatan di tengah siling pula dibawa dari Turki.



Tempat mengambil wuduk kat sini jugak menarik kerana gabungan senibina kelantan dan pengaruh dari turki.


Individu yang membiayai pembinaan Masjid Ar-Rahman ini sering merantau ke luar negara terutama Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki. Dari situlah cetusan idea hiasan dimanfaatkan.
“Malah pintu kayu berusia ratusan tahun yang dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran di hadapan tempat Imam solat diimport dari Magribi. 


 
























 




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com