Nasi Kak Wok Original Bukan Ala-Ala - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Nasi Kak Wok Original Bukan Ala-Ala

05 October 2019

Nasi Kak Wok Original Bukan Ala-Ala

Nik Nurehan | Saturday, October 05, 2019 | 0 Komen

Nasi ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai kerompes ( sayap, tengkuk, pedal, hati.

Siapa itu nasi Kak Wok?

Arwah Kak Wok atau nama sebenarnya Mek Wok Bt Hassan adalah merupakan seorang pengasas nasi berlauk ayam goreng yang dipotong halus bersama gulai kerompes ayam. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah.


Nasi kedai Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan teristimewa malah layan diri sambil berdiri. 

Pasal harga , Nasi Kak Wok standard adalah hanya RM4.50 . Apa lagi yang kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita . Masyaallah.








Pengusaha Nasi Kak Wook, juadah popular di Kelantan dan beberapa negeri luar yang "berperang" dengan menu tiruan menyebabkan pemiliknya mendaftarkan hak paten bagi memelihara kualiti.
Inisiatif itu dilakukan pewaris Mek Wook Hassan yang mendaftar jenama itu mengikut hak paten daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2014 sekali gus melindungi hak cipta jenama itu mengikut undang-undang.



Sebagai jaminan ketulenan tambahan, pemiliknya juga meletakkan logo wajah arwah ibunya di kain rentang di lapan cawangan kedai makanan Nasi Kak Wook bagi membezakan produk mereka dengan peniaga yang mengambil kesempatan menggunakan jenama tiruan.




 

Nasi Kak Wook sudah mempunyai lapan cawangan di sekitar Kota Bharu iaitu Kubang Kerian, Pasir Tumboh, Pasir Hor, Telipot, Taman Sari, Jalan Long Yunus dan Jalan Pintu Pong manakala lokasi induknya di Jalan Sultan Yahya Petra. 

 







Note : Alahai, ayam goreng nya kering sangat. bila dh kering mesti la keras. hurmmm... Harap amik perhatian deh staff staff Kak Wok The Original yang berdekatan dengan Sekolah Zainab.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com