Pagi Pagi di Pantai Cahaya Bulan (PCB) - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Pagi Pagi di Pantai Cahaya Bulan (PCB)

01 October 2019

Pagi Pagi di Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Nik Nurehan | Tuesday, October 01, 2019 | 0 Komen

Assalamualaikum. Pagi2 hari lagi kami ke sini dengan tanpa tujuan yang sebenar. Sebelum bersarapan kami ke sini untuk melihat pemandangan yang indah tanpa dirancang. Haha. Time time macam ni mmg tak ramai orangnya. Kalau setakat nak bersenam, berjongging memang tak ada masalah lah. Kalau ada rasa segan segan tu buang jejauh la. Zaman sekarang ni tak de manusia kot yang malu malu untuk bersenam untuk mendapatkan kesihatan yang bagus. Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu.

Pantai PCB ini juga lebih kepada tempat orang releks dan makan-makan di tepi pantai. Walau bagaimana pun pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda.
Kalau anda datang ke Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang. Orang yang menjual layang-layang pun ada beberapa orang di sini. Kalau nak ikutkan dari segi saiz, PCB ini tidak sebesar Pantai Irama, Bachok.
Di sepanjang pantai PCB ini, terdapat banyak deretan warung makan dan juga gerai. Seperti di tempat lain, hidangan makanan di sini lebih kepada santai-santai seperti goreng-gorengan, keropok, bebola, seafood celup tepung dan juga masakan panas.
Terdapat beberapa aktiviti yang popular di sekitar Pantai Cahaya Bulan. 
  • Berkelah
  • Bermain layang-layang
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit
  • Menikmati aneka makanan di gerai-gerai tepi pantai











 




 










No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com