11/1/19 - 12/1/19 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 11/1/19 - 12/1/19
Rekreasi Animasi @ Muzium

Rekreasi Animasi @ Muzium

Pameran Rekreasi Animasi @ Muzium yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Muzium Negeri Kelantan. Program yang telah berlangsung sejak 5 November 2019l sehingga 31 Disember 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Tiket masuk berharga RM8.00 untuk kategori dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak. Program ini bertujuan menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti bermain lebih lebih lagi cuti sekolah sudah hampir bermula. Bagi ibu bapa tiada aktiviti di rumah mahupun bercuti ini adalah kesempatan membawa anak anak mereka ke sini. 

Maklumlah, pada zaman serba teknologi ini, anda haruslah memastikan masa anak-anak terisi dengan perkara yang berfaedah.


Pelbagai watak animasi antarabangsa dan tempatan dan pelbagai permainan, pertandingan yang boleh dimenangi. Pameran disini memfokuskan ruangan pendidikan kanak kanak, kerjaya serta pendedahan kepada dunia animasi. anak-anak akan bermain secara fizikal dan mental iaitu dengan berfikir.

Pameran rekreasi ini mengfokuskan kanak-kanak bermain didalam kawasan yang disediakan. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan mengikut kawasan. Yang pasti, ianya memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada kanak-kanak yang sedang membesar.
Ahamdullilah hari ini, sekumpulan pelajar dari SMK Berangan hadir ke pameran rekreasi dan animasi ini.Ianya sangat bagus untuk memberi pendedahan kepada pelajar pelajar mengenai “seronok” nya belajar dan mendalami animasi. Disini boleh mengasah kemahiran motor. Kanan manak disini boleh menjadi seorang bomba. Bawa kereta bomba, berpakaian seperti ahli bomba dan sebagainya. Saya yakin kanak kanak “having fun” dengan aktiviti aktiviti yang ada 
Tempat ini amat bagus untuk membawa anak-anak menimba pengalaman. Ianya sungguh menyeronokkan bagi anak-anak. Selain ianya menghiburkan, ia dapat memberi ilmu dan gambaran sebenar alam perkerjaan yang bakal mereka tempuhi apabila menginjak alam dewasa kelak.
Bawalah anak-anak anda ke sini. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
#visitkelantan #visitmaylaysia #muziumnegerikelantan #pamerananimasidanmuzium

Kitea Fresh Milk All HALAL ingredients

Kitea Fresh Milk All HALAL ingredients

Anda dah cuba “Kitea”? Fenomena teh boba semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dengan rasa lemak susu dicampur pula dengan gula merah daripada bebola mutiara berwarna hitam dan bertekstur kenyal.
Kitea Brown Sugar kurang manis. Hurm for me, air “kitea” ini biasa biasa sahaja. Kalau nak kasi rate dalam 3/5 sahaja. Tiada keistimewaan pun tapi ok lah kalau nak mencuba sesuatu yang baru. Mama ann dengar cendol pearls nya terbaik. Kita try next flavour then kita comment ya.

KB Mall,  Kota Bharu
GK16, Ground Floor, KB Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
#kitea #kiteamalaysia
#halalmaterials #kiteafreshmilktea 
#teatimeanytimeanywhere #bubbletealover 
#bobalife #instagood
Facebook: KITEA.cafe
Instagram: kitea.cafe
Twitter: KITEAcafe

#MalaysianNumber1fav #softopening #brownsugarpearlfreshmilk
#kitekelantan #kiteakotabharu #kbmall #halalmaterials #kiteafreshmilktea  #teatimeanytimeanywhere #bubbletealover #bobalife #bobatea #bubbletea #instagood
Bahan‐bahan yang digunakan dijamin HALAL ! 
Jadi anda semua tak lerlu runsing atau buat buat tanya lagi ya. Tidak perlu ragu ragu sama ada “kitea” ini boleh minum atau tidak. InsyaALLAH dengan sijil “halal” yang dipamerkan, anda perlu yakin dan bismillah.
Minuman Boba unik daripada yang lain , pendek kata lebih berbaloi kalau korang ni peminat setia Minuman Boba. Sedap kaw kaw , yang pentingnya boleh minta kurang manis mengikut citarasa masing masing. 30% 50% atau 70% . Susu Segar yang digunakan adalah Susu Halal import dari Australia. 
#Kitea #KBMall
#MalaysianNumber1fav #thankyou #brownsugarpearlfreshmilk #kiteaipoh #kiteakuantan #kiteakelantan #kotabharu #halalmaterials #kiteafreshmilktea  #teatimeanytimeanywhere #bubbletealover #bobalife
Pelbagai jenama minuman 'bubble tea' muncul 






Tahniah Harimau Malaya Vs Indonesia

Tahniah Harimau Malaya Vs Indonesia

Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30. Aksi cemerlang Safawi sekali lagi berjaya membolosi gawang Garuda pada minit ke-72.

Kemenangan bergaya itu membolehkan Malaysia mendapat sembilan mata daripada lima perlawanan bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Harimau Malaya juga 'dibantu' oleh keputusan seri tanpa jaringan perlawanan Vietnam - Thailand yang berlangsung pada waktu sama. 

PEMAIN MALAYSIA: Khairulazhan Mohd Khalid (Mohd Farizal Marlias), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kapten), La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Muhammad Syahmi Safari, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Mohd Afiq Fazail), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Safawi Rasid. 

PEMAIN INDONESIA: Muhammad Ridho Djazulie, Otavio Dutra, Ricky Fajrin Saputra, Rudolof Yanto Basna (kapten), Gavin Kwan Adsit, Teuku Muhammad Ichsan (Rizki Pora), Hendro Siswanto, Septian David Maulana (Dendi Santoso), Febri Hariyadi, Bayu Pradana Andriatmoko, Gregory Junior Nwokolo (Osas Marvellous Ikpefua). PENGADIL: Alireza Faghani (Iran)


#harimaumalaya
Kota Bharu Street Art

Kota Bharu Street Art

Seni lukisan jalanan mural dan graffiti merupakan suatu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bangunan yang kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan bandar pada masa kini. Kegiatan seni lukisan mural dan graffiti pada masa kini kian berkembang pesat demikian disebabkan oleh inisiatif pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan kawasan persekitaran bandar selain menghargai kegiatan seni. Ini dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaran yang meriah dan ceria dengan karya-karya graffiti di dinding-dinding bangunan. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengaspirasikan bakat yang meraka perolehi dengan berkarya.

Seni awam di kawasan bandar akan membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang membosankan akan diberikan kehidupan atau pandangan baru dengan penambahan seni mural atau 3D. Seni ini dijangka akan menyumbang secara visual  dan pengalaman terhadap kualiti kehidupan masyarakat yang mengalaminya sebagai elemen dalam persekitaran harian mereka. mural merupakan suatu kata yang berasal daripada latin yang membawa maksud Murus yang bermaksud dinding.

Mural merupakan suatu lukisan besar yang memenuhi ruang bangunan atau ruang-ruang dinding. Seni mural ini merupakan salah satu bentuk seni rupa tetapi mempunyai maksud atau nasihat yang terkandung di dalamnya untuk diperlihatkan kepada khalayak umum. Seni mural ini dapat dihubungkan dengan kata atau ungkapan sebagai seni kontemporari, seni lukisan kontemporari ini telah mentakrifkan lukisan mural adalah lukisan yang telah dibuat diatas dinding sebagi penghias yang boleh dikendalikan melalui dua cara iaitu secara langsung pada permukaan dinding seperti fresco atau di papan serta tapak untuk dipasang pada dinding. Graffiti merupakan suatu lakaran yang dibuat pada dinding.

Graffiti merupakan perkataan yang berasal dari itali yang membawa maksud graffito yang membawa maksud lakaran. Ia merupakan sesuatu cabang seni lukisan kreatif yang membawa nilai estetika yang tinggi sangat tinggi dan kebanyakkan pengkarya grafitti ini dipelopori oleh golongan muda. Seni graffiti ini merupakan platform yang sangat berguna kepada golongan muda kerana aktiviti ini memberi peluang kepada golongan muda mengekspresikan bakat yang ada pada mereka dengan berkarya graffiti.
Seni lukisan jalanan mural dan graffiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bangunan di mana kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan perbandaran pada masa kini. Kegiatan seni lukisan jalanan mural dan graffiti pada masa kini kian berkembang pesat demikian oleh inisiatif pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan kawasan persekitaran bandar dengan mengunakan seni. Pihak berkuasa tempatan juga memberikan kebenaran kepada pengiat seni di dalam mural dan graffiti mengekspresikan kesenian yang dimilikinya dan diolahkan di dinding-dinding bangunan tanpa perlu meminta kebenaran kepada pihak yang berkenaan untuk melakukan aktiviti berkenaan tetapi haruslah dengan alasan untuk memperbaiki pandangan sekitar sesuatu kawasan. Seni lukisan jalanan mural dan graffiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Ini kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral dan budaya.

#visitkelantan2020 #bloggerpantaitimur #bloggermalayasia #bloggerkelantan #artstreet

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com