Putu Halba Kak Ani Tanjung Chat Kelantan - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Putu Halba Kak Ani Tanjung Chat Kelantan

09 December 2019

Putu Halba Kak Ani Tanjung Chat Kelantan

Nik Nurehan | Monday, December 09, 2019 | 0 Komen
Kuih tradisional putu halba yang membangkitkan selera dengan aromanya yang wangi dan dihidang panas, kini menjadi satu daripada hidangan popular bagi masyarakat di negeri ini pada musim hujan.

Kenapa kuih ini banyak dijual pada musim banjir, dia berkata pada musim ini bekalan ubi kayu mudah didapati kerana penanam akan menuai ubi tersebut bagi mengelakkan ia rosak ditenggelami banjir.

Keenakan putu halba dirasai daripada manisan di tengahnya dan dibalut dengan ubi kayu parut serta dimasak menggunakan wap panas.

Cara pembuatan nya yang masih mengekalkan cara tradisional dengan menggunakan tempurung kelapa atau purung nyor dan kelapa nyor putih nya di letak bungkus secara berasingan supaya lambat basi. Memang sedap kami makan putu halba yang kak ani buat ini.

Lokasi tempat jualnya adalah di Hadapan Masjid Tanjung Chat belakang sungai Keladi.

#putuhalba 
#VisitMalaysia2020 #VM2020
#visitkelantan2020 #KelantanDiHati #TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #bloggerpantaitimur #bloggermalayasia #bloggerkelantan #artstreet
#NikNurehanDotCom
#MEDSOS_VENTURE

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com