1/1/20 - 2/1/20 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 1/1/20 - 2/1/20
3F KELANTAN EVENT @ FAMILY, FOOD & FESTIVAL 2020.

3F KELANTAN EVENT @ FAMILY, FOOD & FESTIVAL 2020.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Jemput orang ramai ke Stadium Sultan Muhamaad Ke-IV Kota bharu pada malam ini 24 Jan 2020 kerana malam ini berlansungnya perasmian 3F KELANTAN EVENT 2020 yang akan dirasmikan oleh YB MEJAR (B) Dato' Haji Md Anizam Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.

Tengok gambar pun dh terliur! Jom pakat mari ramai-ramai !!! Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini.
FAMILY FOOD FESTIVAL 3F KELANTAN EVENT 2020
TARIKH: 23 Jan - 29 Jan 2020
MASA: 10.00 pagi - 12.00 tengah malam
TEMPAT: Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Pelbagai aktiviti yang menarik ;
Jualan dan Pameran
Demonstrasi pembuatan wayang kulit
Demonstrasi mencanting batik
Persembahan permainan kertok
Pertunjukkan Beca Berhias
Persembahan rebana ubi, silat tari, tadian tradisional, dikir barat
Demonstrasi pembuatan wau
Pertunjukkan permainan gasing terbang
Persembahan tarian singa
Persembahan orkestra simfoni tradisional
Pelbagai jenis makanan Thai, western & korea berasaskan nasi, makanan ringan/kudapan, minuman dan pencuci mulut. Harga pun pastinya berpatutan!
Terdapat hiburan seperti dikir barat, wayang kulit dan persembahan seni silat Melayu dipertontonkan. Bagi yang hadir bersama anak-anak, permainan Soopa Doopa disediakan.
Mari ramai ramai ke 3F KELANTAN EVENT 2020 pada 23 JAN-29 JAN 2020

Mari ramai ramai ke 3F KELANTAN EVENT 2020 pada 23 JAN-29 JAN 2020

  • Untuk tahun 2020 ni Festival 3F@Kelantan akan berlansung selama 7 hari bermula 23 Januari - 29 Januari 2020 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad – IV, Kota Bharu, Kelantan.
  • Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sempena cuti Tahun Baru Cina ini seperti dikir barat, wayang kulit, persembahan okestra, persembahan beca, tarian singa dan banyak lagi.
  • Tapi yang paling penting ialah jualan makanan !! Makan tradisional Kelantan dan pelbagai jenis makanan yang pasti anda sukai !! Yang mana bercuti dan pertama kali datang ke Kelantan ni nak tahu dan rasa makanan-makanan Kelantan inilah masanya !!
  • Apalagi !! Jom isikan masa cuti anda dan memeriahkan lagi Festival 3f@Kelantan bersama anak-anak, kawan-kawan dan keluarga tersayang.
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : 23 Januari - 29 Januari 2020
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : 10 Pagi - 12 Malam

AirAsia bawa โ€˜brand Kelantan Di Hatiku' Kelantan ke seluruh dunia

AirAsia bawa ‘brand Kelantan Di Hatiku' Kelantan ke seluruh dunia

TINJAUAN PERSIAPAN PESAWAT LIVERY KELANTAN SEMPENA TMK2020

Salah satu usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam mempromosikan industri pelancongan Kelantan sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2020 ialah dengan membawa nama Kelantan ke ruangan udara melalui kerjasama strategik bersama AirAsia Berhad melalui syarikat pengiklanan Laduni Services Sdn. Bhd.

Lawatan ke Pusat MRO Air Bus Sepang oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri telah disambut oleh Dato’ Aziz Bakar, Pengasas Bersama AirAsia Berhad dan pengurusan AirAsia serta Ketua Bahagian Fasiliti dan Keselamatan, Sepang Aircraft Engineering, sebuah anak syarikat Air Bus yang mengendalikan Pusat MRO ini.

Lawatan ini bagi meninjau status persiapan sebuah pesawat AirAsia yang akan memaparkan imej Kelantan. Proses menyiapkan projek pesawat Livery ini siap sepenuhnya pada minggu ini dan kempen ini akan berlangsung selama 2 tahun bagi membawa ‘branding Kelantan in the Sky’ ke seluruh destinasi-destinasi utama dengan 6 sektor penerbangan sehari dan dijangka membawa lebih 630 ribu penumpang serta 3.5 Juta views selama 2 tahun pesawat ini terbang.

Turut hadir bersama, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Timbalan SUK, YM YDP MPKB-BRI, YB ADUN Tendong, YB ADUN Chempaka, Bendahari Negeri dan delegasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com