'Nisey Kerek' MANISAN Pak Da Wae Omar - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 'Nisey Kerek' MANISAN Pak Da Wae Omar

06 January 2020

'Nisey Kerek' MANISAN Pak Da Wae Omar

Nik Nurehan | Monday, January 06, 2020 | 0 Komen
Kredit Gambar dari Johan Ariff ; https://www.facebook.com/johan.ariff

Pengusahanya, Wan Omar Wan Awang, 78
Di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.
Beliau yang sudah lebih 50 tahun mengusahakan ‘nisey kerek’ bersama isteri.

Matanya masih jelas. Mungkin asap kayu membantu? Saya tidak tahu. Cuma mengkagumi beliau ketika meniti akhir usia, masih lagi berusaha dan berkerja. Ditambah dengan kesihatan tubuh badan. Udara segar atau pemakanankah yang membantu kesihatannya. 

Masyarakat Kelantan mungkin sudah biasa dengan perkataan ‘nisey kerek'.
‘Nisey kerek’ adalah manisan yang dihasilkan dengan sepenuhnya menggunakan nira kelapa. Ia sama seperti gula melaka, namun memiliki bentuk serta rasa yang tersendiri mengikut cara pembuatan orang Kelantan.
‘nisey’ berasal daripada manisan, manakala ‘kerek’ adalah kerana bentuknya yang bulat.
Nisey kerek yang boleh bertahan lebih daripada tiga bulan jika disimpan dengan cara yang betul atau diletakkan dalam peti ais.

“Nisey kerek ini biasanya digunakan bagi menggantikan gula dalam sesetengah masakan atau pembuatan kuih muih dan memiliki khasiatnya yang tersendiri,”

Harganya dijual dengan harga RM6 untuk 10 keping.

Penghasilannya dengan memasak nira kelapa di dalam kawah menggunakan kayu api selama lebih empat jam sebelum ia menjadi lebih pekat. Tiada resipi rahsia bagi menghasilkan manisan terbabit selain daripada kesabaran yang tinggi serta tahan panas kerana perlu mengacau dan berdepan dengan bahang api daripada kayu api.
“Selepas nira kelapa bertukar menjadi pekat dan likat, ia perlu diangkat dengan cepat serta diletak di dalam acuan yang dibuat daripada daun mengkuang yang sudah dikeringkan selama sehari dan dipotong dalam bentuk bulat dan seragam.
“Proses menuangkan ke dalam acuan perlu dilakukan dengan cepat dan teknik tersendiri supaya nisey kerek yang dihasilkan tidak rosak atau pecah,”

Adakah anak muda yang berminat nak warisi kemahiran masakan tradisional?

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com