3/1/22 - 4/1/22 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 3/1/22 - 4/1/22
siapa yang khianat, mengkhianati, dikhianati

siapa yang khianat, mengkhianati, dikhianati



Motif di sebalik mengkhianati orang lain ini hanya empunya diri sahaja yang tahu. Mungkin kerana hendak berseronok? Mungkin juga faktor terdesak? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati mereka. Penyebab yang utama ialah hati. Ada sesuatu di hati mereka yang membuatkan diri mereka terasa teruja hendak mengkhianati orang lain. Dalam hati mereka ada perasaan dengki dan dendam terhadap mangsa yang disakiti. Apa yang mereka rasai selepas mengkhianati perasaan orang ialah PUAS.

Apa yang merekad PUAS sebenarnya?

Nafsu mereka yang puas. Hati yang penuh rasa iri hati, dendam, dengki dan sebagainya itulah yang akan rasa puas. Walhal mereka sebenarnya menambah sesuatu perasaan tidak tenang dalam diri. Mungkin hari ini mereka puas setelah menyakiti hati orang tapi hari seterusnya merekalah akan menjadi orang yang paling sakit, iaitu sakit di lubuk hati mereka. Pada saat itulah mereka akan menjadi orang yang paling sakit di jiwanya akibat perbuatannya itu.

Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.

Conflicts with Business Partner

Conflicts with Business Partner

The first thing to know is you are not alone. Many entrepreneurs face issues with business partners with mental illness.

You have no other choice and if you don’t do this now, you will have to down the track when the situation is worse.

many entrepreneurs tell us that their worst mistake in business was taking on a business partner. 

Working with a business partner has its rewards as well as its challenges. Like any relationship, it might be unreasonable to assume that you will always get along. 

The one certainty with a business partnership, as with any close relationship, is that conflicts will arise. But when you’re working very closely with another person or group, it can be easy to get emotional and lose sight of the larger picture, particularly when the stakes are high and money is on the line. Which is why learning how to handle conflicts with your business partner is so important.



After 2 weeks Berpantang Keguguran

After 2 weeks Berpantang Keguguran



This is my 1st experience dengan early miscarriage. And now i know, apa setiap mommy yang lalui ni rasa. Allah bagi Mama An lebih bersyukur dengan healthy pregnancies sebelum ni yang sangat mudah dan lancar. 

But for me, 4 kali pregnant memang tak ada spotting and bleeding. So bila ada spotting and bleeding tu, memang ada something wrong lah.


Ramai tak tahu yang kejadian Allah buat ni cukup sempurna. Bila persenyaawan berlaku, dan janin terbentuk dengan sempurna..InSyaaAllah the baby will survive dan selamat dilahirkan. Tapi, jika waktu pembentukan janin tak sempurna..not fully develop atau ada kecacatan pada kromosom, naturally keguguran akan berlaku. Sebab itulah yang terbaik untuk mommy and baby. 

To all mommies who lost their babies, 

STAY STRONG! Percaya pada rezeki dan ketentuannya. Pasti ada rezeki yang lebih baik di hadapan InSyaaAllah.. 


Alhamdulillah, thank u Allah untuk semua pengalaman bermakna ni 🙏🏼


Sifat hasad dengki memang wujud dalam dunia realiti di sekeliling kita.

Sifat hasad dengki memang wujud dalam dunia realiti di sekeliling kita.

Memang wujud sesetengah manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain dan jika boleh, mereka ingin melihat kejatuhan dan mentertawakannya.Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki) kerana ia akan menghapuskan kebaikan sepertimana api menghanguskan kayu bakar." (Riwayat Abu Dawud)

Jika ada orang lain yang lebih sikit daripada mereka, akan timbul hasad dengki sama ada sedikit atau obses melampau hinggakan sanggup memfitnah atau melakukan sesuatu yang lebih buruk untuk menjatuhkan orang lain.

Kenapa setiap manusia itu berbeza-beza? Allah SWT menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan menjadikan setiap kelebihan serta kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian.

Memang rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain. Ada orang jenis tidak boleh tengok orang lain hidup senang. Kalau nampak orang lain lebih sikit daripadanya, mulalah hati geram tak puas hati.

Mereka rasa terancam setiap kali melihat keistimewaan dan kelebihan dinikmati orang lain. Dalam benaknya, penuh dengan firasat jahat. Sentiasa mencongak strategi dan mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan orang yang lebih daripadanya.

Insya-Allah, kita semua doa terbaik untuk diri sendir dan keluarga

Sembelit vs Keguguran

Sembelit vs Keguguran

Sakit nak buang air besar tu memang menguji kesabaran dan mental fizikal taw.

Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.

Betul la tu, kerana sekarang ni Mama An pantang makan. Siang & malam asyik menu yang sama iaitu ikan bakar & sup. Hari hari menu yang itu sahaja. Mama An tak reti perkataan “bosan”’asalkan dapat makan itu dah Alhamdullilah. Eh dah 2 minggu lebih Mama An makan lauk yang sama ok. Lauk “ikan salmon” dibakar dengan black paper.

Akan tetapi bila dah risau tak “membuang” mula lah makan makan buah pisang. Moga moga dipermudahkan urusan “air besar”.

Hurm tak jalan juga jawabnya terpaksa lah Mama Ann menelan obat “dulcolax”. Obat ini memang num 1 di hati Mama An. Ingatkan tak nak ada pertolongan dari ubat tapi tewasss! Mama An memang recommend sangat dengan ubat ini. Makan sahaja 2 biji confirmmmmmm membuang. 

Dulcolax® biasanya digunakan untuk merawat masalah najis yang keras (sembelit).

Ia adalah ubat julap atau perangsang untuk merawat sembelit atau sembelit. Dulcolax juga boleh digunakan untuk membersihkan usus

Ubat ini berfungsi dengan meningkatkan pergerakan usus dan membantu dalam menghilangkan najis.

Di sini Mama An nak sampaikan bahawa sakit sembelit itu lebih menyakitkan dari “Keguguran” yang di alami olen Mama An sendiri. Lebih parah jawapannya. Itu pendapat Mama An. Sakit sembelit ini sangat pelik kerana terlalu sakit tapi idokk lah kena ke hospital seperti keguguran itu. Hahahaha.. 



Berpantang dengan Bersauna

Berpantang dengan Bersauna

Alhamdullilah kali kedua bersauna sebelah malamnya, tidak lagi “kepeningan kepala”. Hasilnya segar bugar. Hampir 20minit juga duk “sumosauna”. Keluar peluhnya memang lencun. Wap herbanya memang menusuk hidung tapi boleh la tahan dan yang pasti kita dapat “control” wap kepanasan atas keupayaan kita. Lagi mudah bila ada pakej “bersauna” di rumah kita sendiri. Bagi yang berminat boleh jea kalau nak beli “sumosauna” sendiri. Banyak di fesbuk dijual ataupun di shopee.

Selepas siap bersauna ini confirm kita akan terasa “dahaga” amat sangat disebabkan “pengeluaran” air dari tubuh kita. Lain macam “tekak” ini kehausan.

Pantang Selepas Keguguran

Pantang Selepas Keguguran

Di hujung hujung hari berpantang.

Jangan kata walau dah keguguran tidak berpantang yea. Tetap berpantang cuma tidak la seover selepas bersalin. Kali ini berpantang selama 2 minggu sahaja. 

Penjagaan rahim adalah sangat penting, jika bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh masuk ke dalam sistem tubuh dan menyebabkan demam panas dan jangkitan di bahagian peranakan. Mama An buat perkara perkara mudah ada seperti berurut & bertungku.

Mama an keguguran pada 26-02-2022. Hari ini dah 13-03-2022.

Hari ini bermula sesi “bersauna” selama 3 hari. Di sini Mama An menyewa “ sumosauna” dengan harga Rm 50 untuk 3 hari.

Sesi pertama selama 20 minit (10minit dipanaskan) pergghhhh apa yang Mama An boleh share kan di sini, kepala Mama An menjadi pening. Mungkin kerana keluaran air (peluh) terlalu banyak dan kelaparan. Mungkin juga tubuh terkejut kerana ini sesi yang pertama. 

Apa kebaikan bersauna?

Biar salah kain, jangan salah mulut

Biar salah kain, jangan salah mulut

Kredit : ciklapunyabelog

Jika kita masih kekal dengan sikap lama kita yang suka menyusahkan, percayalah, orang akan menjauhkan diri daripada kita.

"Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya.”

Tidak mustahil orang ramai juga enggan lagi berurusan dengan kita disebabkan sikap kita sendiri.

“Berusahalah lebih keras untuk berjaya atau mencapai impian dalam kehidupan masing-masing. Saya tahu, ramai yang melalui kesukaran hidup sekarang namun masih banyak cara lain untuk mengatasi kesusahan tersebut.

Peribahasa Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.  ini membawa maksud:

* Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan.

Emergency HPRZ11 KoTa Bharu

Emergency HPRZ11 KoTa Bharu


#throwback 26/02/2022

Setibanya di hospital, sekitar 1.30tgh hari. Saya di masukkan di ruangan transit. Mama An orang pertama di bilik “transit” dikuti wanita lain yang senasib dengan iaitu keguguran.

Mama diminta untuk menukar “uniform hospital” iaitu kain sahaja. Ketika menukarnya “terjatuh” seperti “perut ikan” di atas lantai. Begitu rasa panic dan takut kerana melihat “perut ikan” sebegitu. Kalau dalam bahasa mudah seperti ketulan darah beku yang amat besar.

Di situ beberapa orang bertanyakan beberapa soalan dan apa yang telah terjadi. Prosedur setelah masuk ke sana, di “jolok” nya hidung kita untuk mengesahkan kita bebas dari covid-19

Alhamdullilah Mama An bebas dari penyakit itu.

Macam biasa lah bila dah urusan “kehamilan dan bersalin” pastinya doc akan “cek jalan”. Sebenarnya kena bertenang dan tarik nafas dalam-dalam baru tak rasa sakit atau ngilu. 

Alhamdullilah syukur pada ALLAH kerana Mama An tak terasa sakit walau darah keluar sebanyak itu. Siap suruh bagi nombor berapa tahap kesakitan itu antara 1 hingga 10. 10 paling sakit, 1 dah tak sakit. 

Mulut ini tak behenti membaca dan menyebut nama ALLAH. Seperti yang tercatat dalam Al-Quran kejadian manusia yang berasal dari air mani kemudian segumpal darah, kemudian ketulan daging, kemudian baru diciptakan tulang dan ditiupkan roh.

Diminta suami menolak Mama An ke tandas untuk mendapatkan “air kencing” untuk dibawa ke makmal sama ada di jangkiti kuman atau tidak.

Mama an tak dapat nak jelaskan lebih detail proses seterusnya untuk sesi pembersihan. Rasa kram di perut juga akan mulai muncul seperti berombak ombak kencang. Prosos nya tidak lama. Sambil membuatnya sambil scan di atas perut untuk melihat “ blood clot”.

Selesainya operasinya Mama An tidak perlu masuk wad dan diberi kebenaran untuk pulang. Jika ada tanda tanda “bleeding” yang banyak semula dikhuatirnya masih tidak habis dan perlu ke “emergency” semula.

Mama An mengangguk tanda faham dan lega. Akhirnya semuanya selesai dan berjalan lancar. Tiada kesakitan yang amat sangat dirasai hanya ujian kecil. Alhamdullilah.

Beza D&C dan S&C ialah kalau kata mudahnya dilate tu korek, suction itu sedut. Ada alat khasnya lah. Proses yang sedikit berbeza tapi tujuannya sama, untuk membuang kandungan  yang gugur dan membersihkan ruang dan dinding rahim daripada darah atau sel-sel yang gugur. Kalau tak buang boleh membahayakan rahim, boleh kena infection.

* Sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”

* Missed miscarriage ialah jenis keguguran yang berlaku pada peringkat awal kehamilan. Biasanya pada waktu ini baby tak dapat develop dengan baik atau berhenti develop dengan sendiri sebelum sempat tumbuh anggota. 

Saat saat Cemas datang.

Saat saat Cemas datang.


Throwback 

25/02/22 pada hari jumaat. Rutin seperti biasa keluar dengan anak anak ke Kbmall untuk brunch di Chicken Rice Shop. Sebelah petangnya bekerja seperti biasa di Kiosk Takoyaki di hadapan Pantai Timor Kota Bharu. 

Alhamdullilah pengujung tak bhenti henti datang ke kiosk kami. Memang non stop bergolek takoyaki beterusan 2 kilo tepung. Niatnya nak kerja slow slow shj disebabkan kesihatan x mengizinkan tapi Alhamdullilah itulah dinamakan rezeki. Selepas satu, sayu order yang masuk.

Badan telah penat dan awalnya bleeding masih dalam terkawal. Akan tetapiiii dalam jam 8malam, perghhhhhh terasa sakit di bahagian ari ari (tekanan di bawah) tapi tidak lah lama. Kembali normal.

Sekitar jam 1 pagi tidak lagi macam biasa. Laju jea keluar. Selalunya kalau kita baring tidak la sebanyak itu. Lepas satu, satu lagi perlu tukar “kotex”.

Menjelang pagi tetap sama, bleeding lebih dari pada hari hari sebelum ini tapi tak ada rasa sakit pun. Kekadang datang juga rasa sengugutnya di ari ari. Itu normal bagi yang “period pain”.

Hari sabtu datang lagi, 26/02/2022. Tetap datang bekerja di Kiosk Takoyaki di hadapan Pantai Timor. Memandangkan semua pekerja ada hal jadi terpaksa la diri ini gagahkan juga ke sana untuk membantu supervisor bekerja seorang diri. Incik suami pun ada beberapa tugasan di luar. Hari ini bekerja tak serancak hari jumaat kerana diri ini rasanya tidak segagah hari kelmarin.

Pada awalnya masih membantu bergolek tako walau sedikit, masih mampu menjawab pertanyaan customer, masih mampu naikki tangga Pantai Timor Supermarket untuk membeli minyak masak di kaunter hadapan. Tik tok tik tok.. tidak lama kemudian.

Setelah duduk seketika Mama An rasa tidak boleh nak bangun lagi kerana terasa “bleeding” semakin banyak. Rasa tidak mampu menampung lagi. Rasa nak keluarkan darah tanpa menahan kuantitinya. Tika ini tidak la terasa sakit seperti mahu bersalin cuma yang rasa seperti ingin “ketulan darah beku”. Pernah juga ia terasa ketika datang “period”’cuma tidak mungkin sebesar ini. Pada waktu ini, hati mula berdebar kerana ketakutan. Tidak bisa lagi membantu supervisor bekerja. Hanya mampu meminta maaf. 

Tepat masanya Incik Suami datang tepat pada masanya. Terima kasih “ALLAH. Datangnya suami, dir mula rasa tak senang duduk lagi. Kalau lambat sebaliknya. Macam mana “supervisor” nak membantu bini orang kan. Disitu ALLAH telah memudahkan urusan. Sehingga suami sampai baru lah terjadinya kejadian ini. Terima Kasih “ALLAH.

Dia datang dengan “kalut” memberitahu yang dia menerima banyak order tako untuk di “cod”. Customer walk in pun ramai. Dibawanya nasi kerabu favourite tapi mulut x mampu nak makan lagi. Runsing.

Mulut masih boleh berkata “settel dahulu kerja” tapi Mama tak boleh nak membantu. Tak boleh nak bangun lagi kerana apa, kerana takut pengunjong, supervisor tekejut melihat limpahan “darah” di lantai. Runsing betul di kepala. Itu sudah limpahan darah akan keluar dan boleh memalukan. Bagaimana kalau limpah, bagaimana nak basuh lantai di tempat kerja. Mesti akan menyusahkan “supervisor” dan juga “suami”.

Seketika itu suami siap melayan customer dan tempahan untuk di “cod”, suami ingin membantu Mama An untuk bangun untuk ke kereta. Nak ke hospital terus? 

Iya sayang. Diri ini dah rasa “bleeding” memang betul betul banyak kali ini. Bukan yang biasa biasa dah. Ini lah masanya.

Mahu panggilkan ambulans? Tidak!! Terasa lambat sahaja ambulans itu akan sampai lagipun masih waras dan “control”. Malu pandangan sekeliling bila sampai anbulans nanti.

Mama An cuma katakan tak boleh nak bangun kerana limpahan akan mula keluar. Macam mana habis ke lantai? Kepala mula pening dan berputar. Pandangan mula tidak jelas disebabkan “bleeding” dah keluar banyak sangat. Incik suami meminta duduk semula dan dia mengambil kereta. Degupan jantung sudah laju. Hati risau sekiranya “pengsan”. Mata rasanya kabur kabur sahaja.

Gagahkan diri untuk Bangun dengan bleeding “meleleh” dan jatuhnya sedikit “ketulan darah” dicelah “seluar” ke lantai. Supervisor laju btindak mengambil plastik dan Suami memungutnya. Kami terus sahaja ke Emergency HPRZ11 Kota Bharu.

Sampai di sana…

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com